Video Rakam Guna Smartphone Makan Sate Jer Pun Boleh Dapat Hampir 110 Ribu Tontonan

Kalau ada yang tak tahu kami cakap pasal video sate yang mana satu, ini video yang kami maksudkan.

Sabar semuaa! Puasa-puasa ni jangan marah bila kami cerita mengenai sate. Mesti ada yang tengah lapar tu kan. 

Okay dah tengok video tu sampai habis? Jadi apa yang membuatkan video ni boleh mendapat tontonan sebanyak itu? Kami kongsikan di bawah ini :

1. TAJUK VIDEO YANG MENARIK 
Tajuk video sangat memainkan peranan penting. Tajuk yang baik ialah tajuk yang boleh membuatkan penonton tertanya-tanya. Dan jawapan kepada persoalan itu ada di dalam video kita. Barulah mereka akan tonton video kita sehingga penghujung. Make sure juga tajuk video kita berkaitan dengan apa content video kita.

2. THUMBNAIL YANG POWERFUL
Thumbnail tu apa? Thumbnail tu ialah gambar muka depan video kita. Macam video kat atas ni gambar sahaja pun dah cukup tempting dan membuatkan kita nak tahu sate mana satu yang paling sedap. Pemilihan font dan size font juga tidak mengganggu gambar sate itu sebab sate itu ialah SUBJEK UTAMA dalam video ini. Pastikan thumbnail yang kita letak juga tak ada unsur clickbait.

Kenapa tak boleh? Sebab nanti penonton akan rasa tertipu. Thumbnail letak gambar sate, tapi cerita pasal ayam. Thumbnail letak gambar Siti Nurhaliza, tapi video content tak ada cerita mengenai Siti Nurhaliza pun. Jadi penonton akan rasa tertipu dan akan stop video di pertengahan jalan. YouTube juga akan detect bahawa video kita tidak berkualiti dan tidak akan recommend video kita di homepage YouTube user. 

3. ANGLE CAMERA & SHOT YANG PELBAGAI
Kami record video ni guna smartphone sahaja, tapi yang membuatkan video ini berkualiti ialah kerana skill videography yang kami guna pakai ketika shooting. Ini antara beberapa shot yang kami guna sepanjang video 30 minit ini:

Extreme close up
Medium close up  
Close up 
Medium shot

Transition yang kami gunakan juga dalam video ini pelbagai. Jadi penonton tak boring dengan video yang mendatar dan 'flat'. Kita juga boleh main dengan emosi penonton. Bila kita buat video makanan ni, yang paling penting sekali kena bagi penonton rasa terliur bila tengok video kita dan craving makanan itu. Untuk usahawan makanan, perkara ini sangat penting sebab dari video itu lah boleh menjadi penentu sama ada mereka nak membeli dengan kita atau pun tak. Video makanan yang padu juga boleh digunakan untuk tujuan marketing dan pengiklanan. 

4. JADI DIRI SENDIRI
Boleh lihat sendiri bagaimana Youtuber Akhmal Asyraf dalam video itu hanya menjadi diri sendiri. Bila tengok pun kita tahu yang character itu tidak dibuat-buat atau pun fake mat salleh kata. Kalau malu nak cakap dengan camera, boleh baca tips yang kami kongsikan di sini.  Paling penting, jadilah seorang yang likeable dan humble supaya orang sekeliling/penonton lebih senang dengan kita. Nak sombong-sombong pun nak pergi mana kan.

Itu dulu yang ingin kami kongsikan kali ini. Sebenarnya apa yang kami nak semua orang tahu especially usahawan makanan, tak susah pun nak hasilkan video begini. Cuma kena tahu teknik nya sahaja. Belajar sekali dan ilmu tu boleh diguna pakai banyak kali dan generate sales berganda-ganda. Perniagaan kita juga yang untung dan lebih dikenali. Sekarang ni nak viral senang jer, guna video. Tengok lah sendiri bulan Ramadan ni berapa banyak video resepi dan video makanan yang viral. Lagi pula video keluar waktu perut tengah berkeroncong lagu ghazal, memang lagi senang buat penonton terpengaruh. 

Jika ada yang nak belajar buat video seperti mereka dan seperti kami, boleh klik sahaja gambar kat bawah ni. Kami ajar shoot guna smartphone, dan edit juga guna smartphone. Tak perlu beli equipment mahal-mahal okay. Dah stabil nanti baru kita upgrade. Buat masa ni kita tambah ilmu dulu. 

 


Related Posts

6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
Kalau dulu nak edit video kena ada komputer atau laptop yang high performance tapi gajet begini mahal pula harganya. ...
Read More
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Seperti yang sering kami beritahu sebelum ini, semua orang pun boleh jadi Youtuber walaupun kita seorang mekanik! You...
Read More
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More

Filter
Video Rakam Guna Smartphone Makan Sate Jer Pun Boleh Dapat Hampir 110 Ribu Tontonan - Saiful Nang Academy
Video Rakam Guna Smartphone Makan Sate Jer Pun Boleh Dapat Hampir 110 Ribu Tontonan - Saiful Nang Academy