6 Bulan Kami Buat Video Youtube Guna Smartphone Hingga Boleh Dapat Income Pasif RM6K++ Sebulan
Ini kisah benar dan pengalaman kami sendiri membangunkan Youtube channel kami, RareTV. Dulu semasa kami mula secara serius membangunkan channel kami, masa tu baru ada dalam 10K subscriber sahaja. Masa tu pula PKP 1.0 jadi nak travel luar negara pun tak boleh, jadi kami bincang dan buat keputusan untuk manfaatkan masa yang ada dengan bina content Youtube.
Tak mudah tapi kami kerja keras bina content yang best mengikut selera rakyat Malaysia dan hingga boleh dapat purata 1 JUTA TONTONAN SETIAP BULAN. Alhamdulillah setelah 6 bulan secara serius kami bina content berterusan, kini kami mampu menjana pendapatan sebanyak RM 6.3K SEBULAN.
Jadi pada PKP 1.0 kami mula dengan buat content travel dan bila kami dah mula nampak momentum yang baik, kami teruskan pula dengan buat video content pergi tempat makan yang best dan UNIK. RARE lah orang kata - tak ada di buat di tempat lain. Dah steady buat content, tiba-tiba PKP 2.0 pulak! Alamak macam mana ni takkan nak stop buat content?
Tak boleh ni. Kami kena fikir juga apa yang boleh kami sediakan untuk 'feed' subscribers kami yang setia menunggu video terbaru dari kami setiap minggu. Selepas crack our head fikir macam-macam idea, kami buat keputusan untuk buat content masak-masak.
Dah PKP semula ni orang tak boleh keluar rumah. Bila tak boleh keluar rumah, orang ada banyak masa. Jadi orang ada extra masa nak masak dan cari resepi baru. Jadi kami istiqamahkan keluar video masak-masak setiap hari. Yup, SETIAP HARI. Ini antara video masak-masak kami yang mendapat hampir 120 RIBU TONTONAN di Youtube.
Kalau nak tahu, kebanyakan video yang kami upload di Youtube kami semua tu kami rakam guna smartphone je. Sebab smartphone lah yang paling senang dan ringan nak bawa ke hulu ke hilir, nak panjat bukit, nak redah sungai, nak pergi tengah bendang sawah padi.
Yang lain pun boleh juga mula buat video dengan apa yang ada kat tangan tu dulu. Tak susah mana, guna henfon sahaja. Shoot sampai edit guna henfon. Content pulak mudah, kalau awak tu mekanik tunjuk content tentang kereta. Kalau awak kaki pancing, buat content tentang pancingan anda. Kalau kami traveler, kami buatlah vlog tentang travel. Senang jer kan? Yang penting kena tahu asas dan teknik videografi baru boleh hasilkan video yang menarik.
Bayangkan kami ni baru ada 88k subscribers pun dah RM 6.3k sebulan income pasif. Kalau content kita disukai ramai, mahu RM 20-30k sebulan boleh dapat hanya guna henfon 100%.
Nak jadi Youtuber perlu ada 2 perkara penting ni; ilmu dan kerajinan / istiqamah.
Ilmu buat video.
Kerajinan dan istiqamah hasilkan content.
Ada ilmu tapi tak istiqamah pun tak guna.
Ada kerajinan tapi tak ada ilmu buat video yang betul pun tak boleh juga.
Nak kami ajarkan tak cara nak hasilkan video yang viral hanya dengan gunakan smartphone? Kami ajar shoot guna smartphone, edit video pun guna smartphone. Guna apa yang ada je dulu. Nak belajar boleh klik je gambar di bawah ni.