Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Nama Cikgu Haini Hamlin mungkin masih asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi ini adalah salah satu contoh PERSEDIAAN UNTUK MASA DEPAN yang bagus dipersiapkan oleh pendidik ini.
Berbekalkan gajet asas seperti smartphone, beliau memulakan 'kerjaya' sampingan sebagai YouTuber bermula setahun lalu. Kerja-kerja mengedit video juga hanyalah dengan menggunakan smartphone sahaja kerana Cikgu Haini "pentingkan praktikaliti dan cepat proses. Flow yg cepat."
.
Bakal menamatkan perkhidmatannya dalam bidang pendidikan bermula 16 June 2023 nanti, pendidik ini lebih senang bersedia awal sebelum persaraan, berbanding menunggu sahaja tarikh tersebut tiba. Boleh berbakti dan dapat 'gaji' sampingan lagi walaupun SELEPAS bersara.

Bermula dengan video subjek Bahasa Malaysia, Tatabahasa : Kosa Kata, beliau terus mengorak langkah membuat lebih banyak video yang dirakam guna smartphone dengan bantuan gajet tambahan seperti tripod dan go pro untuk menambah lagi penghasilan video content yang menarik.
Ini salah satu contoh content video yang disediakan beliau menggunakan smartphone.
Tidak hanya terhad kepada bidang pendidikan Bahasa Melayu sahaja, tetapi pelbagai aktiviti lain seperti aktiviti riadah sekitar bandar Kuching dan kawasan sekitarnya.
Bakal menambah contents dalam beberapa episod mengenai contents riadah lebih lasak seperti go cart, wall climbing dan flying fox. Ini antara yang bakal dikongsikan beliau selepas ini selepas selesai shooting semalam.

Tak nampak seperti Cikgu Haini akan berhenti mencuba berkongsikan sesuatu yang lebih extreme selepas ini. Tak nampak seperti guru yang nak bersara dalam masa kurang setahun lagi, kan? Hebat semangatnya.
.
Dah tahu cara nak ada sumber pendapatan sampingan selepas pencen, pasti akan buat sesiapa pun lebih bersemangat!
SABTU | 19 MAC 2022 | |
9.00am - 12.00pm | Smartphone Video Shooting |
2.00pm - 5.00pm | Smartphone Video Editing |
Kalau tak sempat ikuti secara LIVE, boleh sahaja ikuti secara RAKAMAN, dalam tempoh 1 bulan bermula dari tarikh daftar. Sertai secara PAKEJ YOUTUBER, lagi MENJIMATKAN.
Tekan sahaja mana-mana gambar dalam artikel ini untuk maklumat lanjut dan MULAKAN PERSEDIAAN PERSARAAN YANG LEBIH STABIL HARI INI.