6 Tips Untuk Yang Nak Jadi Youtuber/Content Creator Tapi Pemalu Depan Camera

Ramai yang ada cita-cita nak jadi Youtuber tapi tak tercapai sebab malu nak cakap depan kamera katanya. Banyak juga request yang kami terima tanyakan tips bagaimana untuk hilangkan perasaan malu dan segan bila nak buat video. 

Okay baik! Bertenang semua content creator beginner. Kami kongsikan beberapa tips yang boleh di praktikkan oleh semua baik yang perempuan, lelaki dan juga anak-anak kecil. 

1. Cakap dengan diri sendiri

Cuba banyakkan bercakap dengan diri sendiri. Masa kita tengah seorang diri di dalam kereta, atau masa tengah cuci pinggan, masa tengah masak, tengah main game ke, atau even masa tengah berkebun.  Cakap kuat-kuat. Praktis keluarkan apa yang bermain di minda kita, atau boleh cakap mengenai produk dan juga expertise (kemahiran) kita. Latihan ini membantu untuk menjadikan pertuturan kita lebih jelas dan ayat yang keluar dari mulut kita jadi lebih natural, tidak nampak fake dan awkward. 

2. Berbual dengan lens camera

Dah try step pertama? Okay good! Sekarang kita praktis pula cakap depan camera. Bila pandang camera, jangan pandang screen yang ada muka kita (faham akan ada perasan awkward pada mulanya tapi practice makes perfect, remember?). Instead, kita pandang lens dan mula bercakap. 

Bila kita bercakap dengan lens, ibarat kita bercakap sambil pandang mata penonton kita. Tak ada orang suka bercakap tapi tiada eye contact. Rasa macam tumpuan dia tak fokus kat kita, betul tak? 

3. Pencahayaan

The best lighting is natural lighting. Guna jer apa yang kita ada. Kalau kita shoot di rumah, kita set kan tempat shooting kita di bilik yang ada tingkap dan ada banyak cahaya matahari masuk. Tapi ingat, jangan guna direct sunlight. Direct sunlight dengan natural lighting ni tak sama okay. 

Direct sunlight = kita berada di bawah cahaya matahari 
Natural lighting = non-direct sunlight. Cahaya yang masuk dari tingkap, glass window dll

Bila guna natural lighting baru lah kita boleh nampak lebih flawless dan menutupi garis-garis kedut di muka (ni paling penting!) Tak perlu keluar kos untuk beli lighting equipment yang mahal-mahal. 

4. Berdiri bila bercakap depan camera

Bila kita berdiri dan bercakap depan camera, energy dan enthusiasm kita akan nampak lebih menyerlah berbanding kalau kita duduk. Tapi tak semua orang macam ni. Kita boleh cuba pelbagai posisi seperti berdiri, duduk bersandar di sofa, atau duduk atas kerusi. Dah cuba lepas tu tengok semula video tu yang mana lagi sesuai untuk kita. 

Apa yang sesuai untuk orang lain, tak semestinya sesuai untuk kita. Jadi sebagai permulaan ni kita perlu kerja keras sikit untuk dapatkan posisi yang sesuai dengan kita.

5. Jangan terlalu cerewet

Cerewet itu penting, tapi bila terlalu cerewet ni satu benda pun tak gerak. Jangan tunggu perfect baru nak shoot, sebab sudahnya nanti sampai bila-bila pun tak keluar videonya. Perfection comes over the time. Practice makes perfect. 

Contoh jika kita ni suri rumah dan nak shoot video content di rumah, tapi terbatas dan teragak-agak sebab rumah bersepah, atau ada habuk halus di cabinet yang hanya boleh nampak kalau tengok dari jarak dekat. Yang perlu kita ingat, screen camera kita 4 segi petak tu sahaja. Jadi hanya ruang dalam 4 segi petak tu sahaja yang akan nampak di dalam video. Tak perlu risaukan sangat lokasi yang bukan tempat kita nak shoot video. 

6. Camera angle 

Ni pun tips penting juga especially untuk semua perempuan. Dari camera angle yang betul boleh berikan kita effect yang kurus. Bila nak shoot, letakkan camera sedikit tinggi dari eye level kita. Position camera begini boleh sorokkan double chin kita dan nampakkan dagu kita lebih runcing. Barulah semakin confident nak bercakap depan camera kan?

 

Okay cukup itu dulu tips yang kami nak kongsikan kali ini. Boleh praktikkan supaya kita nampak lebih yakin bila berbicara depan camera. Tapi kalau tak tahu cara nak shoot dan edit video pun tak jadi apa juga. Kesemua ini kena seiring baru lah video kita menarik untuk ditonton. Kalau nak belajar teknik yang betul untuk shoot dan cara nak edit video dengan mudah boleh klik je "ADD SELECTED TO CART" ni. Kami ajar shoot dan edit guna smartphone jer jadi semua orang boleh join. 

EH EH BELUM TAK HABIS LAGI.. KAMI NAK BERI JUGA PERCUMA KELAS YOUTUBE INCOME TINGGI (RAKAMAN) UNTUK YANG PILIH PAKEJ YOUTUBER NI. Boleh belajar sekali bagaimana penggunaan keyword yang betul, SEO, thumbnail video dan banyak lagi tips pembangunan Youtube channel. 


Related Posts

Pengenalan Sinematografi: Visual Yang Menyentuh Emosi
Pengenalan Sinematografi: Visual Yang Menyentuh Emosi
Filem atau movie adalah salah satu medium hiburan yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat berbilang usia. Filem ...
Read More
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Nama Cikgu Haini Hamlin mungkin masih asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi ini adalah salah satu contoh PERSEDI...
Read More
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
Nak jadi content creator yang berjaya, perlu bantuan apps yang memudahkan tugasan kita. Maklumlah, nak hasil video co...
Read More

Filter
6 Tips Untuk Yang Nak Jadi Youtuber/Content Creator Tapi Pemalu Depan Camera - Saiful Nang Academy
6 Tips Untuk Yang Nak Jadi Youtuber/Content Creator Tapi Pemalu Depan Camera - Saiful Nang Academy