8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini

Nak jadi content creator yang berjaya, perlu bantuan apps yang memudahkan tugasan kita. Maklumlah, nak hasil video content menarik guna smartphone, nak edit perlu bersegera. Kalau lambat upload, content yang 'panas' dah jadi 'suam'.
Sebab itu team Saiful Nang Academy memang pilih apps ini sahaja buat masa ini untuk edit footages yang banyak dalam tugasan harian. Shoot / edit, upload terus dari smartphone yang ada. Best sangat. Tak bayar pun, sebab features yang ada dalam versi percuma pun dah banyak. Nak lagi banyak, bayarlah sikit.
.
Ini bukan AUTA, ini FAKTA yang Team RareTV dah buktikan. Guna ilmu dalam kelas-kelas dalam Pakej YouTuber. Dapat 'gaji' dari YouTube 4 angka sebulan. Alhamdulillah.
Antara kelebihan apps INSHOT berbanding yang lain, di dalam apps itu sendiri sudah ada koleksi lagu dan muzik yang kita boleh guna tanpa perlu risau isu copyright

Ingat ya, bila kita guna lagu orang tanpa kebenaran, video kita akan di “senyapkan” atau kena mute, atau pun dibuang terus dari FB atau YT
Silver play button pun dah dapat. Alhamdulillah.
.
Sebab itu, jangan ambil ringan bila pilih lagu untuk dimasukkan dalam video kita. Nanti penat2 edit video akhirnya kena mute. 😭
.
Boleh baca setiap gambar untuk maklumat utama tentang apps INSHOT untuk EDIT VIDEO guna SMARTPHONE ini.
1. APPS INI BOLEH DI'INSTALL' SECARA PERCUMA KE SMARTPHONE YANG ADA.
Tak perlu nak mengangkut pc/laptop nak edit video lepas ni.
.
2. NAK LEBIH FEATURES, BOLEH BAYAR SEDIKIT
Antara feature menarik versi percuma adalah boleh remove watermark, tapi perlu buat setiap kali nak edit video baru. Tak susah pun. Tekan je dekat logo inshot, delete. Nak mereka terus siap delete logo inshot, bayar sedikit.
.
.
3. BOLEH EDIT VIDEO YANG ADA FOTO DAN / ATAU VIDEO
Kadang-kadang kita nak tambah koleksi foto-foto dan nak dijadikan video. Kadang-kadang nak masukkan kedua-duanya sekali. Dua-dua boleh.
.
'Gaji' dari YouTube yang RareTV terima selepas amalkan ilmu dalam kelas-kelas dalam Pakej YouTuber
.
4. BOLEH RAKAM AUDIO SENDIRI SEMASA EDIT VIDEO
Kadang-kadang semasa rakam video, kita tak sempat / tak ada idea nak tambah audio apa. Selepas rakam, semasa edit video, masih boleh rakama audio kita sendiri dan masukkan dalam fail video yang sedang diedit.
.
5. BOLEH GUNA FREE MUSIC DALAM KOLEKSI APPS TERSEBUT
Jangan risau. Mana-mana lagu yang tersenarai dalam apps, boleh digunakan secara percuma juga. Tak ada masalah copyright atau video kena mute dan lain-lain.
.
6. BOLEH IMPORT LAGU PILIHAN SENDIRI KE APPS INI DAN GUNAKAN
Biasanya kalau di socmed, kita tak jumpa lagu yang kita perlukan / sesuai dengan video kita, kita boleh import ke apps ini. Nanti selepas kita upload di socmed seperti di IG, secara automatik akan dikemaskini maklumat lagu tersebut di socmed berkaitan. Kalau memang diizinkan, tak akan ada masalah muzik kita tu nak di 'mute' kan socmed.
.
7. BOLEH TAMBAH SOUND EFFECTS DALAM VIDEO KITA
Nak tambah bunyi buang angin, takkan nak rakam sendiri kan? Apps ni dah siap-siapkan audio pilihan. Nak jenis yang macam mana, pun ada pilihannya. 😂
.
8. BOLEH UBAH SAIZ FILE VIDEO IKUT SOCMED BERBEZA
Kadang-kadang kita nak guna footage video yang sama untuk Facebook / Instagram / TikTok / YouTube dll. Boleh, tak ada masalah. Ubah je ikut pilihan yang ada dalam apps tu. 
.
Best kan, apps ini. Yang tersenarai, BARU 8 FEATURES apps ini sahaja. Ada banyak lagi dalam apps versi percuma tu. Dalam Kelas Smartphone Video Editing, kami nak ajarkan cara TERBAIK manfaatkan apps percuma ini. Install siap-siap dalam smartphone sendiri sebelum kelas bermula ya!
.
Nak mudah SHOOT / EDIT VIDEO guna smartphone dan DAPAT PERCUMA Kelas (Rakaman) Bina YouTube Income Tinggi (bernilai RM50), TEKAN SAHAJA MANA-MANA GAMBAR dalam blog ini untuk link pendaftaran. ADA SMARTPHONE MAHAL-MAHAL, LEBIH BAIK KITA JADIKAN SUMBER JANA PENDAPATAN, KAN? Tekan gambar SEKARANG untuk mendaftar! 

Related Posts

Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
Read More

Filter
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini