Lagi Karya Anak Tempatan Featured Di Instagram Rasmi Apple Dengan Hampir 30Juta Followers

Mungkin ada yang belum tahu, pada 3 hari lepas Instagram Rasmi Apple telah memilih video 'slow-mo' milik Suffian Ghaffar untuk featured di Instagram rasmi Apple. Bagi yang belum tonton, ini videonya.

Nampak biasa tapi ada story di sebalik slow-mo air terjun ni. Suffian Ghaffar atau lebih dikenali dengan panggilan OD, katanya ke air terjun Lata Bunta kerana ketiadaan air di Selangor pada ketika itu. Alang-alang dah sampai sana, shoot lah gambar dan video sebanyak yang boleh. Rugi jika tidak manfaatkan camera smartphone yang ada. Mana tahu dapat featured di Instagram Rasmi jenama smartphone masing-masing. Atau gambar-gambar yang kita shoot tu pun boleh dibuat jual juga di platform stock photo online.

Video pendek ini juga telah menerima tontonan sebanyak 1.6 Juta views di Instagram Apple. Bukan senang nak dapat featured di Instagram Apple ni. So far baru 4 orang (termasuk OD) yang dapat featured di Instagram rasmi Apple. Tahniah untuk OD dan juga yang lain. 

Bagi yang nak tahu bagaimana nak buat video slow-mo air terjun yang mudah, boleh tonton video tutorial kami di bawah. 

Kalau ada yang nak try buat video slow-mo pokok bunga mak kita kat depan rumah tu, boleh tengok tutorial kami di bawah ni pula. Senang je nak buatnya, dah buat lepas tu boleh tag kami di Instagram okay (Instagram kami: @saifulnangacademy

 


Related Posts

Pengenalan Sinematografi: Visual Yang Menyentuh Emosi
Pengenalan Sinematografi: Visual Yang Menyentuh Emosi
Filem atau movie adalah salah satu medium hiburan yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat berbilang usia. Filem ...
Read More
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Nama Cikgu Haini Hamlin mungkin masih asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi ini adalah salah satu contoh PERSEDI...
Read More
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
Nak jadi content creator yang berjaya, perlu bantuan apps yang memudahkan tugasan kita. Maklumlah, nak hasil video co...
Read More

Filter