7 Teknik hasilkan video pakai smartphone ini buat orang ingat kita pakai kamera DSLR.

Apabila menelusuri perbincangan dalam group FB saya selalu terbaca perbincangan mengenai kamera yang sesuai untuk video. Pada hari ini ramai usahawan berlumba-lumba di media sosial untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Dan video ialah antara strategi yang digunakan untuk pemasaran kandungan (content marketing)
.
Kalau dulu memiliki kamera yang baik bukanlah satu keperluan kerana pembangunan kandungan biasanya diserahkan kepada pihak ketiga. Namun dalam dunia digital kini usahawan boleh lakukan pemasaran kandungan sendiri. Justeru ramai orang fikir memiliki kamera terkini dengan harga mahal membuatkan video mereka lebih cantik.

Walaupun ada benarnya lebih mahal kamera lebih cantik gambar dan visual yang dihasilkan, namun ia bergantung pada pengendali kamera itu sendiri. Saya sendiri selalu membuat video dengan smartphone. Hasilnya sangat memuaskan sehinggakan penonton yang melihat video saya terkejut dengan kualiti video saya. Rasa di dalam video seperti saya gunakan kamera DSLR yang mahal.


.Bagaimana caranya saya hasilkan visual yang cantik dalam video menggunakan smartphone? Di bawah ini saya berikan beberapa tips mengambil video menggunakan smartphone. Saya gunakan iPhone sebagai rujukan kerana saya menggunakan iPhone. Untuk pengguna smartphone yang lain tips yang saya berikan ini berguna juga. Yang membezakannya ialah di mana letaknya setting untuk kamera smartphone anda.
.


7 Cara Mengambil Video Menggunakan Smartphone

1. Tentukan kualiti video yang nak dihasilkan sebelum merakam.
Sebelum anda memulakan rakaman, tentukan dulu kualiti video yang ingin dihasilkan. Selepas merakam anda akan membuat suntingan. Semasa menyunting anda perlu membuat pilihan untuk saiz dan kelajuan video. Biasanya saya akan render video pada 1080p dan 29.97 fps. Anda boleh gunakan resolusi dan fps video yang lain. Yang saya sebutkan ini ialah software suntingan pada komputer. Sekiranya anda menyunting menggunakan aplikasi yang terdapat dalam telefon anda hasil render biasanya sama dengan format video yang dirakam.

2. Gunakan resolusi paling tinggi.

Anda beberapa resolusi video yang anda boleh gunakan. Ada 720p, 1080p, 4K dan 8K. 8K ialah resolusi yang paling tinggi boleh diperolehi dalam satu-satu smartphone. Untuk dapatkan kualiti video yang baik anda perlu pilih resolusi yang paling tinggi. Dalam iPhone 7 plus yang saya gunakan resolusi paling tinggi ialah 4K. Saya sudah menetapkan 4K sebagai pilihan. ia memudahkan saya setiap kali nak mengambil video. Saya tidak perlu pergi semula kepada tetapan kamera. Saya mahu apabila saya merakam video kualitinya adalah paling baik saya boleh dapat dengan iPhone saya. Jika smartphone anda ada tetapan untuk 8K lebih baik gunakan yang itu.

Ada sebabnya kenapa nak gunakan resolusi paling tinggi dalam kamera smartphone. Sekiranya anda bercadang untuk menyunting video yang dirakam, ianya sangat membantu. Apabila saya menyunting video kadangkala saya kan mengubah saiz video. Kadang-kadang saya akan besarkan video. Apabila saiz video, ia akan memberi kesan kepada pixel video saya itu. Sebahagian pixel video akan pecah. Jika anda merakam dengan resolusi tinggi tidak menjadi masalah pada pixel video. Video anda masih lagi baik. Tetapi jika anda merakan dengan 720p atau 1080p, ia akan memberi masalah pada video jika saiznya dibesarkan dalam suntingan
.


3. Gunakan fps yang tinggi jika anda nak buat slo-mo.

Kelajuan video bergantung kepada nilai fps nya (disebut frame per second). Dalam tetapan kamera untuk video anda boleh memilih sama ada nak gunakan 30 fps, 60 fps, 120 fps, dan 240 fps. Ada smartphone yang anda boleh pilih sehingga 960 fps. Ia dah termasuk dalam super slomo.
.

Nak memilih fps anda perlu lihat pada resolusi yang anda boleh buat pilihan. Ini kerana kebiasaannya semakin tinggi fps anda pilihan resolusi ialah yang rendah. Yang mana jika anda nak gunakan 120 fps, 240 fps ke 960 fps anda hanya boleh gunakan resolusi pada 720p. Lihat pada pilihan tetapan yang ada dalam smartphone anda. Kebanyakan smartphone begitu kerana nak menggunakan kamera pada resolusi tinggi dan fps tinggi adalah mustahil. Ia memerlukan teknologi yang sangat canggih yang menyebabkan telefon menjadi terlampau mahal. Oleh itu jika pengeluar smartphone menawarkan fps tinggi pada resolusi rendah mereka boleh menawarkan telefon pada harga yang mampu dimiliki orang ramai.


Nasihat saya jika anda hanya nak buat rakam video kandungan yang biasa-biasa berikan keutamaan pada resolusi berbanding fps. Jika anda banyak merakam video aksi yang mana memerlukan slo-mo yang smooth berikan keutamaan pada fps.
.
4. Pastikan Storage mencukupi.

Apa bila merakam video pada resolusi tinggi, ia banyak memakan ruang storan. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan resolusi dan fps yang tinggi. Untuk membuat satu-satu video kandungan pula mengambil masa yang lama. Lebih lama anda merakam lebih besar ruang storan diperlukan. Jika tidak sesi rakaman anda akan terhenti di tengah jalan disebabkan storan penuh.

5. Gunakan mikrofon .
Suara dan audio memainkan peranan penting dalam video. Jika video anda cantik tetapi audionya tak sedap akan membuatkan orang tidak mahu menonton. Mikrofon yang ada pada smartphone lebih sesuai untuk merakam suara latar. Sekiranya anda nak merakam suara berdialog, mikrofon perlu berada dekat dengan kotak suara. Jika anda berbuat demikian bagaimana pula nak merakam muka orang yang bercakap itu. Jadi ia sangat mustahil untuk merakam video dan suara orang bercakap menggunakan smartphone anda pada masa yang sama. Cara nya gunakan mikrofon luar seperti lavalier mic, atau shotgun mic.

.
6. Gunakan AE/AF lock.
Ramai orang yang mengambil gambar dengan terus menekan butang shutter. Jangan terus melulu tekan butang shutter. Berfikir sebelum anda bertindak. Jika anda terus tekan butang shutter, subjek anda mungkin tidak in focus. Gambar anda akan jadi blur. Caranya anda tekan pada skrin selama 2 saat untuk aktifkan ae/af lock. Apa yang berlaku bila menekan pada skrin exposure anda akan di lock. Subjek di bahagian anda tekan pada skrin akan jadi in focus. Yang kedua, exposure anda di lock bermaksud ke mana sahaja anda halakan kamera exposure akan sama. Video anda tidak akan berubah daripada gelap ke cerah ke gelap bila anda gerakkan kamera pada situasi exposure yang berlainan.


7. Gunakan penstabil.

Kebanyakan smartphone sudah datang dengan ciri-ciri penstabil dalam kamera. Tidak salah jika anda gunakan penstabil di luar. Visual anda akan jadi lebih stabil. Anda boleh gunakan stabilizer atau gimbal. Jika anda tiada itu semua, gunakan 3-point contact. Jika anda banyak bergerak semasa merakam video gunakan penstabil supaya visual lebih stabil dan tak banyak goyang.

.

Adakah anda berasa lebih yakin nak shoot dan edit video menggunakan smartphone setelah membaca artikel saya ini? Jika anda rasa perlu belajar lebih lagi tentang videografi smartphone, Saiful Nang Academy (SNA) ada menyediakan pakej lengkap untuk belajar smartphone videografi daripada zero to hero.

Satu kelas videografi berharga RM 70. Jika anda ambil pakej lengkap videografi untuk shooting, editing dan SNA beri kelas bonus untuk belajar buat income tinggi dengan YouTube pada harga HANYA RM 100.00 untuk 3 kelas. Tekan semua gambar untuk links pendaftaran.

Oleh:
Elmy Halily

Related Posts

Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Siapa sangka kan, umur baru setahun dah boleh jadi influencer travel. Ini yang terjadi pada seorang bayi bernama Brig...
Read More
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More

Filter
7 Teknik hasilkan video pakai smartphone ini buat orang ingat kita pakai kamera DSLR. - Saiful Nang Academy
7 Teknik hasilkan video pakai smartphone ini buat orang ingat kita pakai kamera DSLR. - Saiful Nang Academy