Smartphone Video Shooting

Regular price RM70.00 MYR Sale price RM50.00 MYR Save RM20.00 MYR
/

INFO KELAS SECARA LIVE 
13 MAC 2021 | SABTU
9.00am - 12.00pm

BERMULA DARI HENFON RM300+ SEKARANG ZUKIE MENERIMA PENDAPATAN SEHINGGA RM200K SEBULAN

Kalau Zuki dan Sugu Pavithra pun boleh buat video hanya menggunakan smartphone apatah lagi kita? Menggunakan teknologi yang ada sekarang ni tak mustahil nak buat video dengan smartphone yang tak mahal pun. Paling penting adalah content yang kita nak sampaikan dalam video tersebut. 

Dalam kelas Smartphone Video Shooting ini kita bukan nak belajar pasal teknikal sahaja malahan seni yang bakal kita pelajari untuk jadi seorang Youtuber. Yang akan mengajar dalam kelas nanti adalah seorang Youtuber juga dari channel RARETV. Mana-mana kami pergi dan buat vlog, pasti selepas itu lokasinya viral. Boleh subscribe dan tengok bagaimana kami buat content hanya dengan menggunakan smartphone sahaja. Cikgu Asyraf seperti dalam gambar di bawah merupakan seorang traveler tegar, Youtuber dan pengajar di Saiful Nang Academy.  
 
Mudah je kelas ni kita ajar cara shoot video pakai smartphone je. Tak perlu beli camera mahal-mahal untuk shoot dan edit video pun tak perlu pakai software berbayar. Pakai apa yang ada di tangan sahaja dan edit pun guna apps percuma. Dah belajar shoot video, kena belajar edit video juga, baru lah lengkap ciri-ciri nak jadi Youtuber. Nak daftar kelas edit video boleh ke sini

PESERTA TERMUDA KAMI BERUMUR 8 TAHUN !

Ya betul, yang termuda pernah join kelas kami ialah budak lelaki berumur 8 tahun. Ibu nya yang mendaftarkan untuk anaknya sebab anaknya minat buat video dan bercita-cita nak jadi Youtuber juga. Si ibu bukakan jalan dan berikan ilmu buat anaknya. Elok sangat lah daripada anaknya buat perkara tidak berfaedah, kan? Eh tapi tak semestinya Youtuber je yang boleh join, yang berminat nak belajar untuk bina content di bisnes page pun boleh juga belajar, atau sekadar nak belajar buat video untuk simpanan sendiri, pun boleh juga. 

APA YANG AKAN DIPELAJARI

1. Pengenalan Videografi 

Fahami perbezaan videografi antara kamera dan smartphone. Apa kelebihan dan kekurangan menggunakan smartphone berbanding kamera biasa.



2. Teknik Kawalan Audio

Bahagian jarang diambil berat bila ambil video, kita akan belajar mendapatkan audio yang jelas, tiada noise dan peralatan yang digunakan untuk rakaman audio yang baik. Audio yang jelas sangat penting di dalam penghasilan video yang menarik.

3. Pergerakan dan Sudut Kamera

Berbeza dengan kamera, video melibatkan pergerakan. Setiap pergerakan kamera memberikan emosi dan maksud yang berbeza di dalam rakaman. Selain pergerakan, sudut kamera juga memainkan peranan menghasilkan video yang lebih kreatif. Ketahui pergerakan dan sudut pandang yang sesuai untuk digunakan di dalam setiap shot.

4. Komposisi

Sama seperti foto, komposisi juga amat penting untuk menghasilkan video yang cantik. Antara komposisi yang akan di kongsikan seperti rule of third, leading line, framing dan pelbagai lagi teknik komposisi yang menarik. Simple composition nak buat VLOG pun kami bolej ajar.

5. Praktikal

Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.

MATLAMAT KELAS
Selesai kelas ini anda akan mahir dengan teknik kawalan smartphone untuk penghasilan video dan audio yang baik. 


PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Smartphone
2. Clip Mic


MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah

2. Ada nota dan video Live bersama cikgu
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan.
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM50 SAHAJA.

 

TESTIMONI


PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas Live, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Community Group untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Jika terlepas sesi kelas live, tidak mengapa jangan risau. Anda masih boleh menonton semula video rakaman kelas dalam tempoh satu (1) bulan.

8. Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN