6 Cara Naikkan Subscribers Youtube Dan Jana Pendapatan Setanding Jurutera Oil & Gas

Youtube channel ada dah. 
Video content pun dah buat. 
Tapi subscribers tak naik-naik? Kat mana silapnya? 

Alright jadi kali ini kami nak kongsikan 7 cara untuk menaikkan subscribers Youtube channel. BACA SAMPAI HABIS dan kemudian tengok semula Youtube channel kita dan study di mana silap kita. Dari situ kita belajar, perbaiki dan teruskan usaha. Jangan mengalah sebab orang yang cepat mengalah ni orang yang rugi.

1) BUAT VIDEO CONTENT YANG MENARIK 

Cadangan kami, kenal pasti niche video kita. Jika kita seorang agen hartanah dan buat video untuk bina kredibiliti, pastikan kita stick dengan konsep video yang berkaitan dengan hartanah, rumah, aset, tips dan teknik contohnya. Jangan lah pula dari video content mengenai hartanah, tiba-tiba lari konsep buat video masak pula. Jadi tak kena - dan subscribers original kita pun akan lari. 

Sama konsep juga jika kita kaki pancing, buat video memancing, tips, teknik pasang umpan, dan sebagainya. 

Jika kita suka masak, boleh videokan bila kita memasak. 

Jika kita seorang mekanik, boleh buat video dan kongsikan mengenai penjagaan kereta, cara nak repair kereta, tips bila berlaku kerosakan dan sebagainya. Selagi kita hasilkan video yang related dengan kemahiran dan minat kita, pasti kita akan hasilkan content yang menarik. Record video guna henfon jer, sebab henfon tu yang jer yang sentiasa ada dengan kita. Content pula ada di mana-mana. 

2) RECOMMEND VIDEO LAIN DI PENGHUJUNG VIDEO KITA

Selalu kan bila kita tonton video di Youtube, di hujung video itu pasti akan ada beberapa video recommendation. Video yang kita recommend itu semuanya merupakan video dari Youtube channel kita sendiri.

Bila buat macam ni, potensi untuk penonton klik video itu sangat tinggi dan ini akan membuatkan mereka tertarik untuk subscribe channel kita bila melihat content yang dihasilkan oleh kita sangat menarik. Ini umpama free marketing lah untuk penonton terus menonton video-video kita dan secara tidak langsung meningkatkan watch time di Youtube channel kita. Sifirnya mudah, lagi lama orang tonton video kita, lagi bagus kerana kita juga boleh jana pendapatan dari situ.

3) BINA THUMBNAIL VIDEO YANG POWERFULL

Contoh thumbnail video-video kami di Youtube channel RareTV

Dah letak recommendation video di hujung video kita, thumbnail pula tak menarik. Aduh! Rugi-rugi.. 

Selain daripada content yang menarik, thumbnail juga merupakan pulling factor yang buatkan penonton klik video itu. Bagi yang tak tahu, thumbnail itu ialah gambar depan bagi video kita. Kalau nak tahu, thumbnail yang ada gambar orang akan buatkan orang lagi minat nak klik video itu. Tapi jangan sampai buat thumbnail yang misleading pula ya. Dalam thumbnail ada gambar Siti Nurhaliza, tapi dalam video tak ada cerita mengenai Siti Nurhaliza pun. Itu akan buatkan penonton menyampah dan rasa tertipu. 

4) BINA 'PLAYLIST'

Video content banyak dah, tapi bersepah-sepah. Penonton nak cari semula video tu pun rasa serabut dan terus hilang mood nak tonton video kita. Create playlist untuk koleksi video-video kita. Senang untuk penonton cari dan view video dalam playlist itu sehingga habis. Boleh rujuk gambar di atas jika tidak jelas.

5) PENGGUNAAN KEYWORD DAN SEO

Ini agak teknikal, tapi SANGAT PENTING. Penggunaan Search Engine Optimization (SEO) berfungsi untuk menambah visibility dalam setiap video content yang kita hasilkan. Contoh kalau kita buat video masakan, kita kena tahu apa KEYWORD yang sesuai supaya apabila mereka search, video kita akan keluar dalam carian mereka di Google. 

Mudah kata, setiap kali kita nak hasilkan video content, kita perlu study dahulu apakah carian terbanyak dalam Google supaya content kita lebih terarah dan tidak tersasar kepada target yang bukan sasaran kita. Dalam kelas Youtube Income Tinggi ada kami jelaskan dengan lebih lanjut mengenai ini. 

6) KUALITI VS KUANTITI  

Consistent dan istiqamah buat video tu bagus dah. Tapi perlu dipastikan juga bahawa video yang dihasilkan itu berkualiti. Jangan lah pula upload video raw tanpa sebarang suntingan (edit) dan tiada kredibiliti. Kita mahir mengenai bercucuk tanam, tapi kita buat video mengenai bidang yang tiada kena mengena dengan kita (video gadget review contohnya). Bukan tak boleh, boleh...tapi video itu nampak seperti tiada kredibiliti dan susah untuk dipercayai. 

Kualiti dari segi rakaman video dan suntingan juga tidak boleh dipandang ringan. Video yang gegar-gegar dan suntingan yang tidak kemas buatkan penonton pening kepala melihatnya. Shoot video guna smartphone mahupun camera, perlulah dipastikan kualitinya tip top. Jangan jadikan alasan tak ada camera untuk kita hasilkan video yang low quality kerana kami sendiri juga menghasilkan video content di Youtube channel RareTV menggunakan henfon sahaja.  


Bila subcsribers kita semakin meningkat, secara tak langsung views dan watch time juga semakin bertambah. Semakin tinggi watch time di Youtube channel kita, maksudnya bertambah la juga orang yang menonton iklan di video kita. Bila ramai yang tonton iklan, dari situ lah datangnya pendapatan pasif bulanan kita. Jelas ya? 

Paling penting di sini ialah perlu konsisten dalam menghasilkan video content yang berkualiti dan belajar juga cara penggunaan keyword dan SEO yang tepat untuk video kita. Kesemua ini ada kami ajarkan dalam PAKEJ YOUTUBER. Kami ajarkan bagaimana untuk buat video guna henfon, dan edit video guna aplikasi percuma di henfon tapi nampak seperti profesional. Dalam kelas Youtube Income Tinggi pula kami ajarkan bahagian teknikal. Pendek kata dengan harga RM100 lengkap ilmu videography dan ilmu Youtube yang akan kami kongsikan. 

Nak belajar ni tak perlu ada mic dan lighting equipment, cuma perlu ada smartphone dan/atau laptop sahaja. Masuk kelas dulu dan belajar, kemudian baru fikirkan semula sama ada kita perlukan atau tidak extra equipment itu. Boleh klik sahaja di gambar ni ya untuk mendaftar. 


Related Posts

Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Jadi cikgu ni, tak kiralah di zaman bila pun, cabarannya memang tetap ada. Zaman Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al...
Read More
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Baru-baru ini Google Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada salah seorang Youtuber tempatan, Syafiq Aiman yang ber...
Read More

Filter
6 Cara Naikkan Subscribers Youtube Dan Jana Pendapatan Setanding Jurutera Oil & Gas - Saiful Nang Academy
6 Cara Naikkan Subscribers Youtube Dan Jana Pendapatan Setanding Jurutera Oil & Gas - Saiful Nang Academy