Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop

Seperti yang sering kami beritahu sebelum ini, semua orang pun boleh jadi Youtuber walaupun kita seorang mekanik! Youtube channel 199 Garage mungkin satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat kereta keluaran Jepun. 

199 Garage; Youtube channel kepunyaan Tasnim Azath, 31 yang juga seorang pemilik workshop 199 Garage di Putra Height, Selangor. Youtube channel yang ditubuhkan pada tahun 2017 itu kini sudah pun mempunyai 106K subscribers. Bagi yang masih belum mengenali beliau, di bawah ini merupakan salah satu video beliau yang mendapat tontonan yang paling tinggi; 253K views.

Beliau juga maklumkan yang melalui Youtube sahaja beliau sudah boleh jana pendapatan sampingan dalam anggaran RM2k++ sebulan dengan kekerapan memuatnaik 3-6 video sebulan. 

Ikuti temubual lanjut kami bersama En Tasnim di bawah; 

Saiful Nang Academy: Tahniah di atas kejayaan perolehi 106,000 subscribers.. Bagaimana mulanya timbul niat nak buka Youtube channel ni?

Tasnim Azath: Pada mulanya memang tak ada niat pun, tapi disebabkan saya banyak post hasil kerja saya di Instagram dan followers di sana semakin bertambah, jadi kawan-kawan saya suggest untuk buat Youtube channel dan upload video di situ. 

Pada permulaan penghasilan video content di Youtube, saya hanya menggunakan henfon iPhone X saya sahaja pada ketika itu. Kemudian, apabila channel saya sudah boleh monetise, saya bertukar ke Go Pro dan sekarang dah ada rezeki lebih sikit saya upgrade ke kamera Canon M50. Alhamdulillah.. 

Menarik.. Edit sendiri ke video-video tu? 

Betul. Saya lah host, saya juga yang shoot dan saya juga lah yang edit video tu. Sebelum ni ada juga hire professional videographer tapi saya rasa saya lebih selesa untuk buat sendiri. 

Ada effect tak bila dah ada Youtube channel ni dengan business workshop? Mungkin Tasnim boleh kongsikan juga perbezaan sebelum dan selepas ada Youtube channel ni..

Memang ada effect yang besar. Sebelum ini client saya hanya datang dari area Klang Valley, tapi selepas ada Youtube channel ni banyak client saya yang datang dari luar negeri dan ada juga orang dari luar negara yang beli barang dengan saya selepas tengok video saya di Youtube. Saya pun terkejut dan memang tak sangka. Kebanyakan mereka datang dari USA, Mauritius, Dubai, Singapore, Thailand dan juga Indonesia. 

Bagaimana pula dengan penerimaan dengan penonton dari luar negara bila 199 Garage buat content mengenai kereta ni?

Sejujurnya, memang saya mendapat sokongan dari mereka disebabkan video yang saya hasilkan berkaitan dengan kereta JDM (Japanese Domestic Market). Kereta JDM ni boleh dikatakan satu dunia suka, dan satu dunia nak. Demand memang tinggi. Mereka pun mula subscribe dan tonton video-video saya tapi sayangnya saya mempunyai kekangan masa untuk buat subtitle kerana sibuk di bengkel. Saya buat Youtube channel ni untuk market Malaysia tapi tak sangka orang luar negara pun tengok sekali. Saya percaya jika video saya ada subtitle, pasti Youtube channel saya boleh pergi lebih jauh. Saya akan cuba buat bila ada masa. 


Kenapa 199 Garage pilih content berasaskan kereta? Mungkin boleh kongsikan dengan pembaca..

Saya pilih untuk hasilkan content kereta disebabkan kereta ni ialah saya punya passion. Selain tu, nama saya dan workshop saya juga dikenali dengan kereta jepun ni - selalu repair dan buat modify. Kebanyakan kereta yang saya terima ialah Mitsubishi, dan sekarang saya dah mula main dengan Toyota dan juga Nissan. Bila ada Youtube channel sendiri ni, saya lebih senang nak kongsi ilmu saya dengan viewers di luar sana.  

Kenapa 199 Garage pilih content berasaskan kereta? Mungkin boleh kongsikan dengan pembaca..

Saya pilih untuk hasilkan content kereta disebabkan kereta ni ialah saya punya passion. Selain tu, nama saya dan workshop saya juga dikenali dengan kereta jepun - selalu repair dan buat modify. Kebanyakan kereta yang saya terima ialah Mitsubishi, dan sekarang saya dah mula main dengan Toyota dan juga Nissan. Bila ada Youtube channel sendiri ni, saya lebih senang nak kongsi ilmu saya dengan viewers di luar sana.  

Kat Malaysia ni susah kita nak jumpa mekanik dan pada masa yang sama buat video content di Youtube. Akhir kata mungkin En Tasnim ada sedikit nasihat bagi mereka yang baru nak bina Youtube channel untuk naikkan branding / personal branding mereka? 

Pandangan saya, nak buat Youtube ni jangan fikir nak kaya atau nak hidup senang. Kita buat sebab minat dan sebab nak share ilmu. Bukan apa, bila kita buat Youtube dengan mindset nak duit sahaja, nanti kita akan stress bila tengok views tak naik, subscriber tak naik, duit dalam Youtube account tak naik.

Nasihat saya sebagai seorang mekanik, kita buat video Youtube ni santai sahaja. Niatkan untuk jadikan platform ni sebagai tempat untuk kita kongsi ilmu, dan pilih content yang betul. Kalau nak buat pasal duit, buat la content yang bermanfaat dan jangan buat content merapu-rapu. Paling penting sekali, jangan cepat putus asa..  


Begitulah sesi temubual pihak kami bersama En Tasnim. Nak jadi orang yang berjaya memang tak mudah, tapi usaha yang kita berikan perlu seiring dengan matlamat. Tahun 2021, zaman berubah jadi cara kita berniaga juga perlu berubah. Kalau dulu kebanyakan orang kita yang buat bisnes workshop, hanya berdasarkan marketing word-of-mouth.

Tapi dengan adanya platform Youtube yang PERCUMA ini, sebenarnya semua peniaga boleh buat video marketing juga -- 199 Garage dah buktikan. Mula buat video guna henfon jer. Edit video pun sendiri. 

Tak reti tak apa boleh belajar. 
Yang penting ada niat nak improve diri sendiri. 

Kami boleh ajarkan shoot dan edit video guna henfon. Guna henfon jenis apa pun tak kisah janji henfon ada kamera. Cara nak shoot dan edit video menarik macam profesional nanti kami ajarkan dalam kelas. Tak perlu sediakan apa-apa equipment pun. Cuma sediakan buku nota dan smartphone je ok. Lagi best, kami beri juga PERCUMA kelas Youtube Income Tinggi - kelas ni kita ajarkan bagaimana strategi nak buat content, penggunaan keywords dan SEO yang betul supaya video kita boleh dapat views tinggi.

Kelas online sahaja dan tarikh yang terdekat ialah hari Sabtu (25 September 2021). Nak belajar boleh klik "ADD SELECTED TO CART" dan daftar terus. 


Related Posts

Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Nama Cikgu Haini Hamlin mungkin masih asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi ini adalah salah satu contoh PERSEDI...
Read More
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
Nak jadi content creator yang berjaya, perlu bantuan apps yang memudahkan tugasan kita. Maklumlah, nak hasil video co...
Read More
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Siapa sangka kan, umur baru setahun dah boleh jadi influencer travel. Ini yang terjadi pada seorang bayi bernama Brig...
Read More

Filter
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop