Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu

Jadi cikgu ni, tak kiralah di zaman bila pun, cabarannya memang tetap ada. Zaman Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al Fatih), yang membuka Kota Konstantinopel, lain cabarannya. Nak didik 'orang hebat', hebat jugalah cabarannya. 
Zaman kita, pasti berganda-ganda lagilah. Sebab itu, peribahasa "guru ibarat lilin yang membakar diri", di zaman mana pun, seorang cikgu itu pasti akan perlu 'membakar diri' dalam mendidik anak muridnya.
.
Lihat komen saudara di bawah ni, teringat dialog sahabat saya yang tengah berlatihan mengajar di satu sekolah menengah.
"Dah beberapa minggu dah saya mengajar. Sampai sekarang saya bagi salam tak ada pelajar yang jawab.
"Bila mereka last seen baru boleh tahu yang mereka baca ke tidak. Itu pun tiada juga respon. PM sorang-sorang pun tak berbalas".
.
Kita tak salahkan 'abang motor' yang viral tu. Kita juga tak salahkan 'kakak terbang', sebab ada juga yang mengatakan ianya mencuit hati dan menghiburkan. Dalam kita berlama-lama dalam PKP ni, sesekali perlukan 'hiburan santai' sesekali.
.
Kesian juga sebenarnya pada generasi adik-adik sekolah. Ujian antara betul-betul nak belajar. Atau betul-betul sengaja cari alasan untuk tidak belajar.
Kalau tengok di instagram, yang menjadi influencer dan penyokong-penyokong setia mereka kebanyakannya remaja sekolah.
.
Video-video tiktok yang berjoget-joget dengan aksi yang acah-acah comel pun banyak dari remaja sekolah.
.
Malah, kalau keluar rumah tersempak dengan remaja-remaja sekolah, masing-masing hanya tumpu dengan telefon.
Yang gunakan media sosial dan aplikasi yang pelik-pelik pun menjadi cabaran untuk remaja sekolah.
.
Yang menjadi viewers video permainan atas talian banyak dari remaja sekolah.
Yang menjadi penonton video-video Kpop dan jadi army artis Korea pun banyak dari kalangan remaja sekolah.
.
Dalam masa yang sama,
Ramai cikgu-cikgu berusaha nak menghadap masalah PdPR dan pelajar-pelajar mereka. Bukan mereka tak berusaha. Tidak.
.
.
Siap bertungkus lumus buat video, buat rakaman, cari kaedah mengajar secara atas talian, cari permainan atas talian, cuba pelbagaikan abm dan teknik mengajar dan sebagainya.
.
Semuanya nak bagi pelajar seronok dan berusaha belajar walaupun musim pandemik. Semua orang tak mahu nak belajar macam ni, tapi terpaksa. Kita perlu survive.
.
Tetapi ada yang hampa. Pembelajaran tidak semeriah video tiktok dan permainan atas talian. Tiada respon. Tidak masuk kelas. Dan sebagainya.
Ya tak semua. Sebab memang ada keadaan yang memang ada masalah gangguan internet. Tiada cukup peranti nak belajar. Tiada telefon. Perlu bekerja untuk sara hidup. Ya memang ada. Ini cerita lain.
.
Tapi yang kita kecewa ialah mereka yang ada kelengkapan dan kemudahan yang baik untuk PdPR, tapi disalahgunakan untuk hiburan dan bukan untuk belajar.
.
Mereka banyak masa untuk hal yang tidak berfaedah, tetapi selalu beralasan bila nak masuk kelas. Tak pelik. Sebab kalau tidak musim PdPR pun, memang ada yang tak minat untuk belajar.
.
.
Adik-adik, jika tak mahu belajar dan tak minat nak sambung belajar sekalipun, sekurangnya hormatilah cikgu-cikgu anda. Mereka berusaha untuk mengajar anda.
.
Adik-adik, hargailah usaha ibu ayah yang menanggung kos untuk bersekolah. Internet, telefon, alat tulis dan alat pembelajaran yang lain dibelikan untuk tujuan pembelajaran.
.
Dan usahakan untuk hadir ke kelas setakat termampu. Faham saja ada pelbagai cabaran ketika pandemik ini, tapi kita cuba usahakan sehabis baik untuk belajar.
.
Mak ayah abang kakak, walaupun kita tak mampu dan tak reti nak mengajar, pantau-pantaulah dan ambilah tahu perjalanan PdPR mereka. Sama-sama kita usahakan pendidikan yang terbaik dalam fasa pandemik sekarang.
.
Olahan dari perkongsian asal Ain Nisrina, di SINI.
Tambahan : Peringatan juga bagi mereka yang sedang menuntut ilmu.
Kredit gambar : Mohd Rodzi
.
Kasihan cikgu, semoga terus tabah ya.
Nak hasilkan video contents menarik guna hp untuk elak murid lesu, tambah ilmu dalam Pakej YouTuber. Belajar ilmu 3 kelas shoot / edit video guna hp dan hasilkan income tinggi dari channel YouTube. Tekan gambar untuk maklumat lanjut.

Related Posts

Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Siapa sangka kan, umur baru setahun dah boleh jadi influencer travel. Ini yang terjadi pada seorang bayi bernama Brig...
Read More
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More

Filter
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu