Video Peha Lembu Masak Steak Kami Rakam Guna Smartphone Dapat 72 Ribu Tontonan

Orang lain guna peha lembu masak gulai, tapi kami masak steak! Tak percaya, tengok dulu video kat bawah ni. Video ini dari YouTube channel kami, RareTV.

Tengok video masak-masak ni je pun dah terbau-bau sampai ke sini. Dah boleh bayang kalau masuk kat tekak macam mana kesedapannya. 

Daging yang fresh.
Cheese yang meleleh-leleh.
Sayur-sayuran segar dan ada yang di butter kan.
Fuhh! Confirm makan melayang-layang perasaannya~

Begitulah craving dan perasaan menggiurkan yang kami nak semua penonton alami. Bila penonton ada rasa macam tu jer, maksudnya video kita berjaya. Bayangkan pula jika video ini ialah video marketing untuk produk makanan kita, bagaimana impak yang boleh kita hasilkan dan dapat dari video pendek ini. 

Jika anda ialah usahawan makanan, ultimate goal kita bila hasilkan video makanan sebegini ialah nak convert kan penonton menjadi pelanggan. Nampak video begini senang nak dihasilkan tapi sebenarnya ada teknik yang kami guna pakai. 

Pelbagai angle dan shot kami guna.
Teknik pencahayaan yang diambil kira. 
Teknik pemilihan props masakan. 
Teknik masukkan lagu dan voice over. 
Teknik makan yang terbaik - nampak kelakar tapi ianya beri impak pada video kita.

Semua yang disenaraikan di atas ni sangat penting untuk menghasilkan video makanan yang menggiurkan dan boleh buatkan penonton lapar. Nak kami ajarkan bagaimana nak buat video macam ni pun boleh. Boleh klik je gambar kat bawah ni. Shoot dan edit video guna smartphone jer, tak perlu susah payah beli camera dan equipment mahal-mahal. Boleh lihat sendiri dalam video kami shoot tu pun guna smartphone sahaja. 



Filter
Video Peha Lembu Masak Steak Kami Rakam Guna Smartphone Dapat 72 Ribu Tontonan - Saiful Nang Academy
Video Peha Lembu Masak Steak Kami Rakam Guna Smartphone Dapat 72 Ribu Tontonan - Saiful Nang Academy