Bagaimana Youtuber Boleh Dapatkan Income Setanding Doktor Pakar

Kebanyakan Youtuber dari dalam dan luar negara bermula sebagai hobi dan minat, dan kini menjadi sebagai sumber pendapatan utama bagi mereka. Setiap bulan mereka menerima pendapatan anggaran serendah 5 angka sehingga ke 6 angka dari channel mereka; dah setaraf dengan orang kerja oil and gas dah.

Macam mana pula nak dapat income dari channel ni?

1. PRODUCT REVIEW

Jika anda seorang food Youtuber, ini perkara biasa. Banyak pengeluar produk makanan akan hantar makanan mereka untuk kita review di channel kita. Begitu juga dengan restoran. Sifir yang sama juga jika kita seorang travel Youtuber, akan ada tempat percutian dan peranginan yang akan bayar kita untuk review tempat mereka. 

2. IKLAN

Biasa kan bila kita tengah syok layan video Youtube, tiba-tiba ada iklan kat tengah-tengah video, atau pun di permulaan video. Bila viewers kita tengok iklan tu, kita juga akan dapat jana pendapatan dari situ.

3. SPONSORED VIDEO

Sponsored video ni konsepnya sesebuah produk membayar kita untuk meletakkan produk mereka di dalam video kita. Sebagai contoh, Nestle minta kita review produk susu mereka yang terbaru. Jadi dari resepi yang kita buat kita selitkan sekali mengenai produk susu itu. 

Beza product review dengan sponsored video? Product review 1 video cerita pasal product itu sahaja, sponsored video kita selit sekali produk client dalam video kita.

*****************************************************
Belajar hasilkan video dengan mudah hanya dengan menggunakan smartphone. Shoot guna smartphone, edit video juga guna smartphone. 

SMARTPHONE VIDEO SHOOTING (RM50)
Klik di SINI untuk mendaftar

SMARTPHONE VIDEO EDITING (RM50)
Klik di SINI untuk mendaftar

SMARTPHONE FOOD VIDEOGRAPHY (RM100)
Klik di SINI untuk mendaftar

*****************************************************

4. JUAL PRODUK SENDIRI

Ini paling terbaik dan memang ramai Youtuber/Content maker buat. Sugu Pavithra ada jual buku masakan. Youtuber cilik Ryan Kaji jual merchandise. Syahmi Sazli pula produce filem sendiri. Jika kita ada Youtube dengan follower yang ramai tetapi tiada produk sendiri, rugi sebenarnya. Sebab antara 4 cara buat duit ini, nombor 4 ni yang paling menguntungkan.

Dah tahu macam mana nak jadi Youtuber/content maker pun boleh jadi kaya-raya sampai boleh hidup selesa? 

The best thing about Youtube ni, tak ada limit umur. Maksudnya kalau ada anak-anak kita yang nak jadi Youtuber pun tiada masalah. Atau kalau ada ibu ayah kita yang minat pun boleh mula juga.

 

Kami sendiri pun mula secara serius bina content di Youtube pada Oktober 2020 dan bermula dari 12,000 subscribers pada ketika itu, kini Youtube channel kami RareTV sudah pun mempunyai hampir 80,000 subcribers. Sikit lagi nak dapat Silver Play Button dari Youtube. Kebanyakan content yang kami bina semuanya di shoot menggunakan smartphone sahaja. 

Nak buat video ni bukan susah sangat, dengan smartphone pun boleh. Tapi kena ingat, kejayaan, followers dan income ribu-ribu takkan datang dalam 1 malam tetapi dari ilmu yang betul dan usaha yang berterusan.

Ada yang bercita-cita nak jadi seperti Youtuber idola kita? Modalnya cuma smartphone yang ada di tangan dan kerajinan.

Rajin upload video dan rajin belajar upgrade ilmu. Nak belajar dengan kami cara nak shoot dan edit video hanya dengan gunakan smartphone, boleh klik sahaja gambar di bawah ni.


Related Posts

Vlog Kami Rakam Guna Smartphone di Timah Tasoh Viral Dan Jadi Tumpuan Pelancong Lokal
Vlog Kami Rakam Guna Smartphone di Timah Tasoh Viral Dan Jadi Tumpuan Pelancong Lokal
Kami sendiri pun tak sangka! Asalnya sekadar nak mencari tempat yang rare dan tidak dikenali ramai untuk kami buat co...
Read More
6 Apps Terbaik Tahun 2021  Untuk Edit Video Menggunakan Smartphone
6 Apps Terbaik Tahun 2021 Untuk Edit Video Menggunakan Smartphone
Kalau dulu nak edit video kena ada komputer atau laptop yang high performance tapi gajet begini mahal pula harganya. ...
Read More
6 Tips Untuk Yang Nak Jadi Youtuber/Content Creator Tapi Pemalu Depan Camera
6 Tips Untuk Yang Nak Jadi Youtuber/Content Creator Tapi Pemalu Depan Camera
Ramai yang ada cita-cita nak jadi Youtuber tapi tak tercapai sebab malu nak cakap depan kamera katanya. Banyak juga r...
Read More