Video Dengan View Yang Tinggi Bermula Dari Thumbnails Yang Menarik.

 

 Ini tips membina thumbnail yang menarik :


1. GUNA FONT (JENIS TULISAN YANG MUDAH DIBACA)
Ramai Youtuber buat thumbnails dari font yang susah di baca, saiz tulisan juga tak sesuai, sama ada terlalu besar atau terlalu kecil. Antara jenis font yang cantik dan sesuai utk thumbnails seperti Futura / Bebas / Helvetica

2. WARNA TULISAN MUDAH NAMPAK DAN DIBACA
Pastikan pemilihan warna tulisan sesuai dengan gambar, jika gambar gelap, tulisan biar cerah. Jika gambar cerah pastikan tulisan gelap.

3. GAMBAR MESTI CANTIK DAN MENARIK
Thumbnails yang menarik datang dari gambar yang cantik. Apabila kita memilih gambar, pastikan kita gunakan gambar yang ada ruang untuk kita letakkan tulisan. Jangan gunakan gambar yang terlalu padat dan akhirnya thumbnails kita nampak berkecamuk

4. TAJUK JANGAN TERLALU PANJANG
Tajuk/tulisan yang kita letakkan di dalam thumbnails, pastikan pendek supaya orang masih boleh mampu untuk membaca dan melihat gambar. Bila terlalu panjang akhirnya thumbnails penuh dengan tulisan dan gambar akan tenggelam. Ingat pastikan tajuk video kita pendek tetapi mesej tetap sampai

5. STANDARDKAN ATAU SERAGAMKAN THUMBNAILS ANDA
Perasan tak, setiap channel yang terkenal ada "identiti" thumbnails. Jadi pastikan design thumbnails video kita konsisten dari satu video ke video lain. Ini akan membantu subscriber kita cepat kenal dan cepat nampak video kita. Gunakan apps seperti spark post atau canva untuk untuk mudah buat thumbnails yang seragam untuk semua video kita.
.
Ini sahaja dahulu tips kali ini.

 Daripada - Cikgu Syibli Fakih

Kelas terdekat, seperti jadual di bawah. Nak LEBIH JIMAT, sertai Pakej YouTuber dan dapat sertai 2 kelas ini pada harga HANYA RM100 & PERCUMA Kelas Bina YouTube Income Tinggi.

SABTU | 19 FEBRUARI 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Video Shooting
2.00pm - 5.00pm Smartphone Video Editing

 Jika nak belajar lagi ilmu tentang Youtube, sertai Kelas Bina Youtube Income Tinggi (RM50) di sini :

Nak tambah ilmu belajar buat POSTER MUDAH GUNA SMARTPHONE, di sini :

AHAD | 27 FEBRUARI 2022 

2.00pm - 5.00pm Poster Iklan FB Guna Smartphone (Poster Mudah Smartphone)


Daftar PAKEJ YOUTUBER (2 Kelas Smartphone Video Shooting & Smartphone Video Editing, RM100, PERCUMA Kelas YouTube Income Tinggi) di sini:


Related Posts

Pengenalan Sinematografi: Visual Yang Menyentuh Emosi
Pengenalan Sinematografi: Visual Yang Menyentuh Emosi
Filem atau movie adalah salah satu medium hiburan yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat berbilang usia. Filem ...
Read More
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Nama Cikgu Haini Hamlin mungkin masih asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi ini adalah salah satu contoh PERSEDI...
Read More
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
8 Features InShot Buat Peminat Video Smartphone Pilih Apps Percuma Ini
Nak jadi content creator yang berjaya, perlu bantuan apps yang memudahkan tugasan kita. Maklumlah, nak hasil video co...
Read More

Filter