5 Gamers Dengan Jumlah Subscriber Melebihi 1 JUTA di Youtube

Tahun 2021 ni, pakai coat dan kemeja dan bekerja dalam aircond bukanlah satu-satunya cara untuk jana pendapatan. Ada yang jana pendapatan dengan berniaga, ada yang jadi rider, dan tak kurang juga yang jana pendapatan melalui video game. 

Pelik tapi benar.

Kami senaraikan beberapa Youtuber gamers yang berjaya menjana pendapatan hasil dari upload video main game di Youtube. 

1. PEWDIEPIE

Feli Arvid Ulf Kejllberg atau lebih dikenali dengan nama PewDiePie, memegang antara rank tertinggi di Youtube dalam kategori gamers Youtuber ni. Beliau mula bina content pada penghujung tahun 2006 dan bermulalah kisah beliau menjadi 'influencer' dalam bidang ini. Kini, mempunyai sejumlah 110 JUTA subscribers di Youtube channel beliau. 

Dari segi pembinaan content, PewDiePie specialise dalam bermain pelbagai Esports games seperti The Minecraft Series. 

2. MARKIPLIER 

Pemilik account Youtube channel ini ialah Mark Edward Fischbach yang juga dari Amerika. Bermula pada 2012 dan tujuan asal Mark buat Youtube account ialah untuk upload video komedi beliau, tapi kemudiannya beliau buat keputusan untuk bina content berasaskan game. Kini, Youtube channel beliau mempunyai hampir 30 JUTA subscribers

Mark juga terkenal kerana video collaboration bersama Youtuber gamer terkenal seperti PewDiePie, Muyskerm and LordMinion777 dan juga melalui video-video beliau bermain game Esports series di channel Markiplier. 

 

Jadi Youtuber pun boleh jana pendapatan secara pasif. Buat content guna henfon pun boleh. Jangan merendah diri kalau tak ada equipment yang gah. Ramai sahaja Youtuber Malaysia yang bermula dengan gunakan smartphone.

3. NINJA


Ninja; atau nama sebenarnya ialah Richard Tyler Blevins. Seorang warganegara Amerika yang mula secara aktif memuat naik video content di Youtube pada tahun 2011. Bermula dari situ, Richard memulakan 'career' nya melalui streaming dan juga sebagai seorang professional gaming. Youtube channel Ninja kini mempunyai 24.1 JUTA subscribers dan mempunyai jumlah tontonan sebanyak 2.4 billion semenjak Youtube channel tersebut ditubuhkan. 

Richard mula terkenal dan menempah nama apabila beliau memulakan streaming Fortnite Battle Royale Esports. Di acara itu, Richard bermain bersama selebriti Drake and Travis Scott dan beliau juga turut menderma sebanyak $2,500 kepada Alzheimer's Association. 


MALAYSIA

4. SOLOZ CLUB

Rata-rata gamers kat Malaysia ni pasti dah kenal Soloz atau nama sebenar beliau Mohd Faris Zakaria, 27 tahun. Soloz mula viral di serata Malaysia apabila gambar beliau membeli kereta berjenama Mustang berharga RM250,000 dengan hanya memakai selipar. Kejayaan ini membuka mata rakyat Malaysia bahawa seorang gamer juga boleh berjaya dan jana pendapatan yang lumayan. 

Soloz juga mempunyai hampir 1.5 JUTA subscribers di Youtube channel beliau dan mempunyai hampir 300 juta jumlah tontonan semenjak tahun 2017. Selain dari income dari platform Youtube, Soloz juga jana pendapatan utamanya melalui Facebook streaming. Facebook page beliau sahaja mempunyai 2.4 juta followers! Padu gila. 

5. SYAFIQ AIMAN

Pemuda berusia 19 tahun ini baru-baru ini telah pun berjaya mendapatkan 1 JUTA subscribers di channel Youtube beliau dan mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak 217 juta tontonan semenjak mula aktif pada 4 tahun lepas. Terbaru pada usia 17 tahun Syafiq Aiman sudah berupaya untuk membeli kereta Honda Civic Turbo hasil penat lelah beliau membina content di Youtube. 

Mungkin masih ada yang belum mengenali nama beliau -- tetapi Syafiq mula terkenal dengan videonya bermain game Grand Theft Auto (GTA) Five bersama kawan-kawannya. Walaupun buat video main game sahaja, tapi video content yang dihasilkan Syafiq lebih dekat dengan masyarakat Malaysia (rujuk video di bawah). Kebanyakan video Syafiq edit sendiri sahaja. Yang pasti, kedua ibu bapa Syafiq juga menyokong penuh minat Syafiq sehingga beliau berjaya ke tahap ini.

Inspiring sungguh! 


Ada juga ke di sini ibu bapa yang menyokong penuh minat anak nak menjadi gamers sejati? Tak dinafikan pelajaran juga penting, tetapi jangan juga dibunuh minat si anak selagi tidak mengganggu rutin harian. Jika ada ibu bapa yang menyokong anaknya mengikuti apa yang diminati dalam 'bidang' ini, boleh juga sediakan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk mereka. 

Nak jadi Youtuber gamers ni, semestinya kena ada ilmu untuk shoot dan edit video selain dari ilmu Youtube. Dalam kelas Youtube Income Tinggi kami ada ajarkan bagaimana nak baca analisa dan data dari Youtube, cara penggunaan keywords dan SEO yang terbaik untuk dapatkan subscribers dan viewers yang tinggi. 

Nak jadi Youtuber tak ada masalah, tapi pastikan kita jadi seorang Youtuber yang berilmu barulah apa yang kita buat tu ada hasil. Bila buat tanpa ilmu tu yang tiada kemajuan dalam 'bidang' ini. Jangan risau, kelas ni PERCUMA je kami berikan kepada yang mendaftar PAKEJ YOUTUBER. Shoot dan edit video pula kami ajarkan guna smartphone sahaja, jadi kalau tak ada kamera mahal pun tak apa. Klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" di bawah untuk mendaftar. Kelas yang terdekat ni pada 31 Julai 2021 (Sabtu) ini secara online di website kami. 


Related Posts

Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
Read More

Filter
5 Gamers Dengan Jumlah Subscriber Melebihi 1 JUTA di Youtube
5 Gamers Dengan Jumlah Subscriber Melebihi 1 JUTA di Youtube