5 Tips Buat Video Viral Di Youtube Sebagai Panduan Untuk Semua Content Creator

Bila ada YouTuber yang famous dan dapat generate income dengan banyak dari YouTube, kita pun sama juga nak jadi macam mereka. Tapi tak tahu bagaimana nak mula dan video apa yang nak di buat.

Tak apa, ini kami berikan guideline untuk semua yang baru nak berjinak-jinak buat video di YouTube.

1. Ikut isu semasa

Pertama sekali, semua kena tahu yang video viral di Facebook dan YouTube tak sama. Kalau di Facebook, video viral cepat panas, tapi cepat juga sejuk. Maksudnya lepas 'viral fever' video tu dah habis, orang dah tak ingat dah. Tapi kalau di YouTube, setiap kali orang search, setiap kali tu video kita berpotensi tinggi untuk ditonton oleh mereka. 

Contoh mudah, pada permulaan PKP tahun lepas ada seorang YouTuber yang tiba-tiba menjadi terkenal dan viral out of sudden. Siapa ingat siapakah gerangannya?

Yes betul! Sugu Pavithra. Mereka buka YouTube channel khusus untuk upload video masakan mereka. Kebetulan masa tu PKP dan semua orang tak boleh keluar rumah. Nak keluar makan tak boleh, nak keluar beli makanan pun tak boleh. Jadi orang opt for watching recipe video di YouTube. Kalau nak tahu sepanjang kuarantin Covid-19 ni, tontonan video di YouTube meningkat berganda-ganda. Yelah, nak keluar berjalan tak boleh. Layan YouTube je lah.

Selain itu, kita boleh juga buat video ulasan isu dan situasi semasa yang sedang viral. Benda viral memang orang akan search nak cari info lebih, dan bila mereka search, akan keluarlah video kita. 

Contoh carian di YouTube mengenai pernikahan selebriti Noor Nabila dan Engku Emran.

2. Ikut apa yang orang cari di Google

Buat homework dan study apa yang selalu orang cari di Google. Digalakkan buat video yang relevan sepanjang masa. Video sebegini mungkin tak akan naik views nya dalam masa yang singkat, tapi in the long run video ini masih relevan untuk di tonton. 

Contohnya, buat step by step cara buat kad raya menggunakan smartphone. Setiap kali nak raya, mesti views video kita akan meningkat sebab bila orang search di Google, video kita antara yang appear di carian. 

Contoh lain yang lebih mudah faham bagaimana video resepi Che Nom 2,3 tahun lepas masih ditonton sehingga kini. Setiap kali kita search resepi di Google, pasti video Che Nom di antara carian teratas. Sebab tu video resepi dan masak-masak ni memang mudah untuk dapatkan views yang tinggi. 


3. Thumbnail mesti power

Bagi yang tak tahu thumbnail tu apa, thumbnail tu ialah gambar yang diletakkan di dalam video. Mudah kata, muka depan video itu. Thumbnail kena power, baru boleh trigger penonton untuk klik video kita. Macam mana nak pastikan thumbnail kita ni bagus? 

Simple. Gambar dan tulisan memainkan peranan penting. 

Guna gambar yang menarik dan berkaitan dengan video kita.
Guna gambar orang/selebriti (jika berkaitan) mempunyai high tendency untuk penonton klik play.
Guna gambar yang boleh buat orang teruja dan tertanya-tanya.

Contoh thumbnail video yang boleh buat orang klik video kita. Nak tengok video boleh klik gambar.

PANTANG LARANG: Jangan guna thumbnail clickbait. Kat thumbnail ada gambar Siti Nurhaliza tapi dalam video tak ada cerita yang berkaitan dengan Siti Nurhaliza. 

Kenapa tak boleh buat macam tu? 

Audience akan rasa tertipu. 
YouTube akan 'read' atau analyse video kita sebagai tak menarik kerana orang tak tonton video kita sampai habis. Kesannya, video kita tidak akan bertahan lama.

4. React video viral (reaction video)

Untuk reaction video ni, ada peminatnya yang tersendiri. Contohnya, video mat saleh react video Malaysia, atau Korean seperti YouTube channel Blimey yang sering buat video reaction terhadap penyanyi dan selebriti Malaysia.


Contoh reaction video yang mendapat jumlah tontonan yang tinggi.

Yang popular dengan reaction video di Malaysia ni contohnya Caprice. Ada yang menarik dan tak kurang juga ada video beliau yang menerima kecaman hebat.  

5. Realistic content

Jangan buat video macam production TV. Orang tak nak tengok content seperti di TV. Kalau nak tengok video content yang commercial macam tu, baiklah mereka tengok TV dan Netflix je. Tak perlu layan YouTube.

Video di YouTube ni orang suka tonton sesuatu yang real, natural dan jujur. Penyampaiannya juga santai dan video shooting dan editing juga tak perlukan something yang terlampau canggih seperti di Netflix. 

Contoh cara penyampaian yang santai, shooting video yang tak extravaganza dan nampak lebih realistik. 

 
**Tambahan tips penting untuk semua Youtuber, tajuk video kita haruslah menarik perhatian orang yang untuk mencari jawapannya di dalam video kita. Bila kita sedang buat plan untuk buat video content, step pertama yang harus kita fikirkan ialah TAJUK VIDEO. Dah ada tajuk, maksudnya kita dah ada visualisation video bagaimana yang ingin kita hasilkan. 

Lepas tu baru kita pergi shooting. Kena ingat juga nak jadi Youtuber ni, benda pertama yang paling penting BUKAN camera dan equipment. Tapi IDEA dan CONTENT. Walaupun guna smartphone tapi content kita power, memang boleh pergi jauh. Just confident dengan idea kita walaupun tak ada camera dan gear mahal-mahal okay? 

Kalau nak upgrade ilmu dan belajar cara nak shooting dan edit video dengan kami, boleh klik je dekat gambar bawah ni. Semua tips dan teknik videografi akan kami kongsikan dalam kelas nanti. ALL OUT, ilmu tak ada simpan-simpan, tak ada tapis-tapis punya. 

 


Related Posts

Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
Read More

Filter
5 Tips Buat Video Viral Di Youtube Sebagai Panduan Untuk Semua Content Creator - Saiful Nang Academy
5 Tips Buat Video Viral Di Youtube Sebagai Panduan Untuk Semua Content Creator - Saiful Nang Academy