10 Guideline Bagaimana Nak Menjadi Youtuber Berjaya Dan Boleh Menjana Pendapatan
Jangan tak tahu dari Youtube channel sekarang pun dah boleh buat duit. Dari pengiklanan, reviews, product placement dan licensing, funding dan beberapa lagi
Visibility juga sangat tinggi di Youtube. Dunia teknologi sekarang ni yang paling cepat tersebar dan viral ialah melalui video. Asal tak kena sikit mesti viral.
Kami kongsikan 10 guideline kepada semua yang berminat nak jadi Youtuber tapi tak yakin dan tak tahu nak mula dari mana.
1. SMARTPHONE
Selalu orang ingat kena guna peralatan yang high tech untuk buat video, tapi sebenarnya tak perlu pun. Kebanyakan Youtuber bermula dari smartphone masing-masing. Bila dah dapat generate profit baru lah slowly beli equipment yang lebih baik.
Selain tu, pentingnya kita start small sebab kita nak dapatkan rentak pembinaan dan pembuatan video content itu sendiri. Kalau dah separuh jalan tiba-tiba kita rasa Youtube ni tak kena dengan jiwa kita, tak ada la kita dah membazir beli equipment harga ribu riban kan.
2. PILIH BIDANG KITA
Ini pun salah satu yg perlu kita beri perhatian bila kita nak buat video content di Youtube. Kami galakkan buat video yang kita minat. Sebab dari minat (passion) tu lah boleh drive motivation dan spirit kita untuk menghasilkan video-video content yang lebih menarik di masa akan datang. Jika kita minat masak, buat video masak, jika kita suka travel, buat vlog travel, jika kita suka makan, kita buat video review tempat-tempat makan best...
Boleh tak kita buat video campur-campur berlainan bidang? Boleh sahaja tiada masalah. Cumanya crowd yang subscribe channel kita tadi ada potensi untuk lari bila kita buat video yang tak sesuai dengan minat mereka. Jelas ya?
Bila kita dah letak mindset nak jadi Youtuber, kita perlu fikir yang benda ni akan jadi secara berpanjangan. Jadi seeloknya untuk kita jadi diri sendiri dalam video-video kita supaya viewers kita Boleh differentiate identiti kita dengan personaliti Youtuber yang lain. Bila orang kenal identiti dan branding kita, lagi senang untuk tarik ‘job’ masuk. Yang paling penting jangan cuba jadi fake kerana ianya akan nampak dalam video. Just be yourself okay!
4. BUAT SHORT & SWEET INTRODUCTION
Ini optional, nak buat Boleh taknak buat pun tak apa. Perasan tak kebanyakan Youtuber di awal video Mereka akan ada short video introduction mengenai channel mereka? Pendek sahaja video mereka dalam beberapa saat sahaja.
Jangan buat video introduction panjang meleret-leret Sebab orang akan jadi bosan dan peluang untuk viewers stop dan tukar ke channel lain adalah tinggi.
5. KUALITI VIDEO
Video blurry dan bergegar-gegar is a total turn off. Hilang minat viewers nak tengok video kita sampai habis. Kalau kita shoot di tempat yang bising atau berangin, boleh juga gun wireless mic atau pun earphone (dah ada built-in microphone) untuk menguatkan lagi volume suara kita dan boleh tapis bunyi-bunyi angin dan noise yang lain.
6. BUAT VIDEO TRENDING ATAU ISU SEMASA
Sebagai permulaan ni memang agak susah nak dapatkan rentak kita, tapi jangan risau. Kita Boleh mula dulu dengan buat video berkaitan topik-topik yang trending atau pun isu semasa. Lagi Banyak views yang kita dapat, lagi bagus. Boleh google isu semasa yang related dengan ‘bidang’ yang kita nak buat video tadi atau Boleh juga search menggunakan platform Tube Buddy. Ada banyak keywords yang Youtubers serata dunia guna sebagai search results.
7. BERCAKAP PANDANG LENS KAMERA
Bila bercakap dengan camera smartphone kita, make sure pandang tepat pada lens camera tu. Sebab apa? Supaya viewers kita dapat rasa yang kita tengah bercakap dengan Mereka dan Pandang mata mereka.
Ya kami tahu Lebih Mudah bercakap dan tengok muka kita sendiri tapi kalau Boleh Elakkan ya. Malu? Kalau malu kena banyakkan practice practice dan practice! No short cut.
8. GALAKKAN VIEWERS UNTUK SUBSCRIBE CHANNEL KITA
Kalau perhatikan kebanyakan Youtubers di awal video akan minta viewers untuk subscribe channel Youtube mereka jika kita suka video-video content dari Mereka. Bukan kat awal video je, kadang-kadang di pertengahan dan pengakhiran video juga ada mereka buat request ini juga.
Bukan apa, kadang-kadang viewers ni lupa untuk subscribe, like dan tinggalkan komen jadi tak ada salahnya pun untuk kita ingatkan Mereka. Subscribers bertambah, likes bertambah, lagi menguatkan semangat mereka untuk bina content yang menarik.
9. THUMBNAIL VIDEO YANG MENARIK
Tahu tak thumbnail video tu apa? Thumbnail video tu Ialah gambar yang kita tengok di video-video sebelum kita click untuk play video tu.
Kenapa thumbnail video ni SANGAT PENTING? Sebab thumbnail ni beri first impression kepada viewers.
Dari thumbnail ni boleh beri vibe and expectation kepada viewers akan video tu. Kalau hambar thumbnail nya, expectation orang hambar juga lah kat video tu. Users pun tak nak click video kita.
Nak buat thumbnail pun bukan susah sangat. Guna henfon je pun boleh siap kurang dari 10 minit. Dan kalau nak tahu, thumbnail yang ada gambar muka orang akan lebih senang untuk dapat clicks!
Kalau tak reti nak buat thumbnail, kami boleh ajarkan. Yuran kelas murah je dan ilmu tu Boleh guna pakai untuk buat poster, announcement, logo dan banyak lagi keperluan lain dalam pembinaan video.
Of course, rakam diri sendiri di tempat public ni susah. Lagi-lagi jika kita ni pemalu orangnya. Tak ada apa yang normal bila orang tengok kita tengah bercakap dengan henfon sorang-sorang di restoran, atau shopping mall. Paling penting kita tak ganggu mereka. Sebab tu la kena guna microphone dan tripod/stabilizer supaya suara dan perbuatan kita tak buat orang annoying dan menyusahkan orang lain. Nanti tak ada kena simbah air sirap kat kedai makan.
Jika kita malu, boleh la cuba buat shooting di tempat yang tak ramai orang dulu contohnya, atau pergi ke kawasan itu bukan pada peak hours/day.
Banyak tips dah kami kongsikan, tapi kalau tak tahu basic video shooting dan editing pun tak guna juga. Skill ni perlu seiringan baru lah boleh hasilkan video yang mantap. Jom lah kami ajarkan teknik dan cara-cara nak hasilkan video kualiti tinggi. Kami ajarkan cara create dan edit video dengan mudah guna henfon. Sebab apa guna henfon? Sebab henfon tu semua orang ada. Jadi tak perlu beli equipment mahal-mahal dulu sebab nak jadi Youtuber. Kita guna apa yang ada je dulu sebagai permulaan ni. Klik gambar dibawah untuk view kelas.