Dorongan Ibubapa Buat 5 Youtuber Cilik Ini Mempunyai Net Worth Ratusan Juta Ringgit

Ramai sebenarnya Youtuber kanak-kanak yang popular dan mampu menjana pendapatan jutaan ringgit, dan disebalik video-video itu ialah ibu bapa mereka yang bertungkus lumus merakam dan menyunting video semenarik yang boleh sehingga ditonton oleh jutaan manusia. Kami kongsikan di sini 5 famous Youtuber kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

1) Gaby & Alex (16.8 juta subscriber)

Gaby & Alex yang berasal dari England masing-masing berumur 5 dan 6 tahun. Youtube channel yang dibina oleh ibu nya, Sabine Vilumsone sebenarnya hanyalah digunakan untuk upload video anak-anaknya bermain alat permainan. Sekarang, ibunya menguruskan Youtube channel anak-anaknya sepenuh masa dan juga menguruskan content di platform itu juga. Youtube channel Gaby & Alex juga merupakan ranking pertama di Britain. Pada Februari 2020, networth Gaby & Alex juga bernilai USD 16 Juta (RM 64.7 juta).

 

2) Ryan's World (42 juta subscriber)

Sama seperti Gaby & Alex, Youtube channel Ryan World juga ditubuhkan oleh ibu bapanya. Pada mulanya, ibubapa Ryan cuma ingin membuat video kerenah anaknya, Ryan ketika membeli dan memilih barang permainan. Hanya dari satu video, kemudian ibu bapa Ryan mula membuat video Ryan membuat toys review dan sehingga lah kini content mereka semakin berkembang ke bidang sains. Networth Ryan Kaji pada 2020 bernilai USD 32 Juta (RM 129.5 juta).

3) Vlad & Niki (60.3 juta subscriber)

Youtube channel yang baru berusia 2 tahun ini menggandingkan dua beradik lelaki dari Rusia yang bernama Vladislav Vasketov, 7 tahun dan Nikita Vashketov, 5 tahun yang kini menetap di Dubai bersama kedua ibubapanya. Permulaan 'career' Vlad & Niki bermula apabila ibu mereka, Victoria Vashketova ingin membuat video mengenai hobi keluarga mereka bersama. Victoria mereka pelbagai aktiviti yang seronok dan adventure untuk kedua-dua anak lelaki mereka. Pada tahun 2020, Vlad & Niki networth bernilai USD 138 Juta (RM 558.5 Juta). 
 

Jangan bazirkan gajet yang ada di tangan itu, gunakan peluang ini untuk hasilkan video dan upload di Youtube. Dalam pada kita jadikan untuk kenang-kenangan untuk 10-15 tahun akan datang, boleh juga kita monetize dari platform Youtube itu sendiri secara pasif. 

4) Like Nastya (66.2 juta subscriber)

 Like Nastya, atau nama sebenarnya Anastasia Radzinskaya berbangsa Russian-American dan baru berumur 6 tahun pada tahun ini. Nastya dan ibubapanya juga menguruskan beberapa lagi Youtube channel mereka. Pada mulanya ibubapa Nastya membina Youtube channel ini untuk menunjukkan progress Nastya yang ketika itu dilahirkan dengan Cerebral Palsy kepada ahli keluarga dan sahabat mereka. Dari ketakutan anak mereka tidak boleh bertutur sehingga kini menjadi antara Top 10 Youtubers yang menjana pendapatan paling tinggi dari Youtube. 

Tulang belakang bagi Youtube channel ini ialah bapanya. Video Nastya bermain bersama bapanya, menyanyikan lagu-lagu nursery rhymes dan storytime telah menghiburkan 40 billion penonton di serata dunia. Dalam masa 4 tahun Youtube channel ini dibina, Nastya menjadi fenomena antarabangsa dan memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak yang menghidap Cerebral Palsy. Pada tahun ini, Nastya's networth ialah sebanyak USD 18 Juta (RM 728.5 Juta).

5) Kids Diana Show (71.7 juta subscriber)

 Diana, Youtuber yang berumur 6 tahun ini kini mempunyai networth sebanyak USD 44.7 juta (RM 180 Juta). Pada mulanya Youtube channel ini dibuka oleh ibunya, Olena kerana ingin mendokumenkan perjalanan Diana membesar dan ingin berkongsi mengenai hal keluarganya dengan saudara mara sahaja. Video pertama yang di upload oleh Olena ialah video mereka membuat scrapbook. Olena juga pada mulanya hanya bermula sebagai hobi sahaja kerana beliau berminat untuk membuat video bersama anak-anaknya. Kini Youtube channel Kids Diana Show mempunyai jumlah tontonan sebanyak 47.2 billion.

 

Sebagai ibu bapa, kita lah sebenarnya yang mencorakkan masa depan anak-anak. Jika kita rasa Youtube itu membawa pengaruh yang buruk, buruklah jadinya. Tapi jika kita rasa Youtube itu sebagai platform yang baik, baiklah jadinya. Malah, Youtube sekarang pun sudah mempunyai specific guideline untuk video dan Youtuber kanak-kanak. Sejak kewujudan video-video kanak-kanak ini, anak-anak kita pun dah ada yang bercita-cita nak jadi seperti mereka. 

Boleh! Kita yang belajar untuk mereka; kita rakamkan video mereka, kita edit kan video mereka. Sama juga seperti senarai Youtubers kanak-kanak yang kami kongsikan di atas, video-video mereka semua di buat oleh ibubapa mereka sendiri. Kalau kita nak jadi macam mereka pun boleh, ibubapa boleh mula belajar dulu bagaimana nak buat dan edit video. Tak perlu bazir duit beli camera mahal-mahal lagi, kita guna apa yang ada di tangan je dulu sebagai permulaan; iaitu smartphone. 

Nak mula belajar mengenai teknik terbaik shoot/edit video guna smartphone, klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" di bawah ni. Kita ajarkan dari asas videografi dan kita bagi sekali KELAS PERCUMA YOUTUBE INCOME TINGGI -- belajar bagaimana nak dapatkan views dan subscribers dengan penggunaan keywords yang betul, SEO yang tepat, thumbnails dan banyak lagi.  


Related Posts

Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
Read More

Filter
Dorongan Ibubapa Buat 5 Youtuber Cilik Ini Mempunyai Net Worth Ratusan Juta Ringgit - Saiful Nang Academy
Dorongan Ibubapa Buat 5 Youtuber Cilik Ini Mempunyai Net Worth Ratusan Juta Ringgit - Saiful Nang Academy