3 Wanita Bekerjaya Yang Tukar Bidang Dan Jadi Full Time 'Chef' Youtuber

Pasti ada suri rumah mahupun yang masih bujang dah pernah tengok video resepi dari 3 'chef' Youtuber terkenal ni. 

Siapa Youtuber tu? Baca sampai habis okay, kami kongsikan di bawah ni.

1. LIMAU NIPIS 

Bermula buat video Youtube pada tahun 2016, pemilik Youtube channel yang bernama Nur Hidayatul Akma Sazli ini sudah pun mempunyai 453K subscribers. Bukan buat video seorang diri, tetapi Youtube channel ini juga dibangunkan bersama suami yang bekerja di belakang tabir dalam urusan shooting dan editing video.

Resepi yang dikongsikan di Youtube channel ini kebanyakannya resepi harian yang mudah dan menarik. Jadi kalau ada antara kita yang tak ada idea nak masak apa, boleh la tengok video-video dari Youtube channel Limau Nipis ni okay. Kalau nak tahu, sebelum bergelar full time Youtuber, Hidayah Sazli sebelum ini bekerja sebagai jurutera petroleum.  

Hidayah bukan sahaja aktif di platform Youtube, tapi beliau juga aktif di Facebook page nya, Limau Nipis yang mempunyai 793K followers. Boleh KLIK SINI kalau nak follow Facebook Page beliau. 

2. BUAT ORANG LAPO

Nama Youtube channel pun dah berjaya buat kita lapar! 

Youtube channel yang dibangunkan oleh pasangan suami isteri; Azman Razali dan Nazatul Fairuz. Puan Nazatul sebagai 'The Cooker' dan suaminya pula yang bertanggungjawab sebagai videographer dan editor. 

Bermula bangunkan channel pada 5 tahun lepas dan kini sudah pun mencecah hampir 644K subscribers dengan video yang mempunyai tontonan tertinggi sebanyak 4.5 juta tontonan. 

Yang menariknya, jika ada yang nak gunakan resepi beliau untuk tujuan berniaga pun boleh, tiada masalah. Pemilik Youtube channel tersebut untuk gunakan perkongsian resepi dari mereka tanpa perlu minta izin. 

Perkongsian yang di buat oleh Facebook Page Buat Orang Lapo yang mempunyai 1 juta followers.

3. CHE NOM

Pertama kali kami menulis mengenai Che Nom atau nama sebenar beliau Norma Bakar, pada ketika itu Youtube channel beliau mempunyai dalam lingkungan 800K subscribers. Fast forward to few months after, kini Youtube channel Che Nom sudah pun mempunyai 1.37 juta subscribers. Tahniah Che Nom dan team! 

Bagi yang masih belum tahu, Che Nom juga sebelum ini bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat telekomunikasi negara dan membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi Youtuber sepenuh masa. Sama seperti Youtube channel Limau Nipis dan Buat Orang Lapo, Che Nom juga mempunyai tulang belakang di sebalik pembikinan video-video beliau, iaitu suami Che Nom sendiri. 


Sebenarnya suri rumah dan yang bekerjaya juga boleh jadi seperti mereka. TAPI nak jadi seperti mereka perlulah ada ilmu videografi (shoot dan edit video) dan PERLU KONSISTEN. Disebabkan mereka ini konsisten upload video content setiap minggu, jadi subscribers pun semakin bertambah. Bila subscriber makin bertambah, views kita juga akan meningkat. Bila views meningkat, income bulanan kita juga meningkat.

Kami tak nak janji bulan dan bintang. Tapi kami nak semua tahu, senang saja nak buat duit dari Youtube ni. 

Senang kalau rajin buat video. 
Susah kalau malas buat video. 

Mereka sendiri pun ambil masa bertahun untuk ke tahap ini dan kekal istiqamah dalam penghasilan video content. Wanita dan suri rumah yang lain pun boleh juga. Guna henfon jer dulu. Shoot video guna henfon, edit video juga guna henfon. Kalau tak reti, kami boleh ajarkan dalam kelas food video shooting dan editing nanti. Tips nak bangunkan Youtube channel juga ada kami kongsikan dalam kelas Youtube. Usahawan pun boleh join juga untuk create branding awareness melalui video -- free marketing orang kata. Tak rugi apa pun. 

Yang penting, belajar dan upgrade ilmu dan kemahiran videografi kita. 
Kemudian, mula buat video. Alang-alang ada kelas LIVE ni :

SABTU | 19 FEBRUARI 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Video Shooting
2.00pm - 5.00pm Smartphone Video Editing

Nak tunggu video perfect baru nak buat, memang sampai ke sudah lah kita tak bergerak. Nak belajar ilmu yang lebih bersesuaian dalam bidang yang masakan, boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" untuk mendaftar. 


Related Posts

6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
Kalau dulu nak edit video kena ada komputer atau laptop yang high performance tapi gajet begini mahal pula harganya. ...
Read More
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Seperti yang sering kami beritahu sebelum ini, semua orang pun boleh jadi Youtuber walaupun kita seorang mekanik! You...
Read More
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More

Filter
3 Wanita Bekerjaya Yang Tukar Bidang Dan Jadi Full Time 'Chef' Youtuber - Saiful Nang Academy
3 Wanita Bekerjaya Yang Tukar Bidang Dan Jadi Full Time 'Chef' Youtuber - Saiful Nang Academy