5 Langkah Jimatkan Kuota Data Untuk PdPR Dan Youtube

Ada satu masalah yang sangat merunsingkan ibu bapa dengan sesi PdPR. Sesi Google Meet dan ditambah lagi dengan video-video di Youtube yang tentunya memakan data yang banyak untuk dimuat turun.

Walaupun kerajaan sudah melakukan pelbagai inisiatif untuk membantu ibu bapa dengan memberi 1 GB data percuma setiap hari dan juga kemudahan melalui Jaringan Prihatin. Namun masih lagi ramai ibu bapa yang mengadu tentang penggunaan data yang banyak. Banyak duit dibazirkan untuk data semasa sesi PdPR.

Sukacita saya nak kongsikan di sini, ada cara penggunaan data boleh dikurangkan semasa menonton video di Youtube. Kami sudah cuba cara ini untuk anak saya menonton video di Youtube. 

Secara purata penggunaan data hanya 250MB untuk sejam tontonan video di Youtube. Dengan pemberian 1GB data percuma sehari anak saya boleh menonton video di Youtube selama 4 jam. Tempoh yang lebih daripada cukup untuk anak saya belajar sehari-hari. 

Ibu-ibu dan cikgu boleh ikuti panduan di bawah ini untuk penjimatan data semasa menonton video di Youtube.

1. Buka aplikasi Youtube di telefon pintar. Tekan pada butang identiti anda di sebelah kanan atas. Pastikan anda sudah login terlebih dahulu.

2. Tekan butang ‘Settings’.

3. Tekan pada ‘Video quality preferences’

4. Ibu bapa atau cikgu boleh tekan mana-mana sama ada ‘On mobile networks’ atau ‘On wi-fi’

5. Pilih ‘Data saver’ untuk kedua-dua ‘video quality preferences on mobile networks’ dan ‘video quality preferences on wi-fi’. Pastikan kedua-duanya sudah ditandai ✔️ di sebelah 'Data saver' sebelum meninggalkan paparan.

Dengan ‘data saver’, kualiti video dikurangkan. Namun visualnya masih terang dan jelas untuk ditonton dalam telefon pintar. Diharap perkongsian ini membantu ibu bapa dalam mendapatkan penjimatan kuota semaksima mungkin dan pada masa yang sama cikgu-cikgu juga dapat menghasilkan video PdPR yang lebih berkualiti dan menarik dari masa ke masa. 

Video PdPR yang best pasti dapat menarik minat murid-murid untuk terus belajar. Ibu bapa juga sudah tentu berasa senang hati melihat kegembiraan anak-anak belajar di rumah.


Untuk cikgu-cikgu, jangan tak tahu bahawa sebenarnya kita juga boleh menghasilkan video pendek yang menarik hanya dengan menggunakan smartphone. Jika boleh, video itu kemudiannya cikgu-cikgu boleh upload di Youtube channel untuk beri lebih kemudahan kepada para pelajar untuk mereka akses. 

Pelajar tak perlu download video tersebut yang semestinya makan banyak data, dan juga tak perlu masuk website yang 'heavy'. Cuma perlu buka Youtube dan pelajar serta ibu bapa dah boleh akses kepada video pembelajaran itu. Ada rezeki, cikgu juga boleh mula jana pendapatan secara pasif dari platform itu. Berkongsi ilmu dengan pelajar dapat, income pasif pun dapat. 

Kami di Saiful Nang Academy boleh ajarkan cikgu-cikgu (dan ibu bapa dan pelajar) cara untuk shoot video dengan menarik guna smartphone, dan edit video guna aplikasi percuma di smartphone tetapi masih boleh menghasilkan video ala profesional. 

Tak cukup dengan itu, kami berikan sekali kelas Youtube Income Tinggi secara PERCUMA. Rugi lah kan kalau dah tahu cara nak buat video tapi tak pandai nak jana pendapatan menggunakan video tu dengan mudah. Jadi kami dalam kelas Youtube tu nanti kami akan kongsikan bagaimana untuk mula jana pendapatan pasif dari platform Youtube. 

Nak belajar dan masuk kelas, boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" untuk mendaftar. Kelas-kelas yang mampu milik dan kami berikan juga akses 2 bulan untuk buat ulangkaji sampai faham. 


Related Posts

Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Jadi cikgu ni, tak kiralah di zaman bila pun, cabarannya memang tetap ada. Zaman Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al...
Read More
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Baru-baru ini Google Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada salah seorang Youtuber tempatan, Syafiq Aiman yang ber...
Read More
Bagaimana Youtube Gamers Jana Pendapatan 4-5 Angka Dari Youtube
Bagaimana Youtube Gamers Jana Pendapatan 4-5 Angka Dari Youtube
Orang main game memang ramai, tapi tak ramai yang berjaya jana pendapatan melalui platform Youtube. Ada juga yang men...
Read More

Filter
5 Langkah Jimatkan Kuota Data Untuk PdPR Dan Youtube
5 Langkah Jimatkan Kuota Data Untuk PdPR Dan Youtube