Anak Pandai Melukis Tanda Genius, Kalau Tak Pandai Lukis Pula?

Kebanyakan ibubapa hari ini ramai yang berbangga dengan anak yang duduk diam dan belajar sahaja setiap masa untuk skor A dalam peperiksaan akademik sekolah. Mungkin bagi mereka itu sahajalah ukuran KEBIJAKSANAAN anak.

Tapi tahukah bahawa pakar psikologi dari Kolej King di London telah menemui kebolehan ARTISTIK daripada kanak - kanak adalah petanda yang mereka akan jadi BIJAK.

Mereka katakan, kanak - kanak yang boleh melukis muka manusia dengan betul akan jadi LEBIH BIJAK bila mereka besar nanti.



Pengkaji telah mengkaji lebih 15,000 gambar yang dilukis oleh kanak - kanak umur 4 tahun.

10 tahun kemudian, mereka dapati kanak - kanak yang dapat markah tinggi dalam ujian  adalah yang mempunyai paling banyak BAKAT MELUKIS.

Hebatnya! Kalau ramai yang tahu perkara ni, mesti masing - masing nak anak PANDAI MELUKIS juga.

 

 

Dari Dr Rosalind Arden dari Institut Psikatri di Kolej King London, “Kebolehan untuk menghasilkan bentuk adalah kebolehan unik manusia dan tanda kebolehan kongnitif.

Ia sama seperti menulis, yang kemudiannya bertukar menjadi kebolehan manusia untuk menyimpan maklumat dan mencipta tamadun.

“Tapi, ini tidak bermakna yang ibubapa perlu risau jika anak tidak pandai melukis mereka akan menjadi orang yang TIDAK BIJAK”

Ada banyak cara sebenarnya untuk KEMBANGKAN KEBIJAKSANAAN anak yang boleh ibubapa cuba. Berikut kami kongsikan untuk ibubapa cuba aplikasikan.

 

1. Sentiasa bercakap dengan anak 


Berbual dengan anak akan membantu mereka MENGEMBANGKAN pusat bahasa pada otak dan membantu mereka untuk BERFIKIR dan RESPON dengan BAIK. Selain itu juga dapat eratkan KASIH SAYANG antara ibubapa dan anak. Bila kita selalu cakap dengan anak, anak mesti senang dengar cakap kita juga.


2. Beri galakan melalui seni
 

Bagus kalau anak dah minat untuk MELUKIS, MEWARNA, menyanyi dan apa - apa bentuk seni yang mereka suka. Tanamkan minat ini dari kecil agar tidak susah bila dewasa nanti. Bila mereka minat seni, tanda MINDANYA KREATIF, secara tak langsung mereka ini juga mampu menyelesaikan masalah dengan cara mereka sendiri.


3. Cabar memori anak


Tanya soalan mudah sahaja pada anak untuk anak recall semula apa yang dipelajari dalam satu hari, apa tugasan yang dilakukan. Ini akan meningkat DAYA INGATAN anak sekaligus dapat menjadikan mereka ini seorang yang TELITI terhadap apa yang dilakukan.


Tiada ibubapa yang mahu lihat anaknya tidak berjaya. Berusaha dan carilah jalan yang terbaik untuk mendidik anak, jangan JUMUD dengan gunakan satu cara sahaja kerana KELEBIHAN setiap anak itu berbeza.

Jom tingkatkan kreativiti anak di hujung minggu dengan mengikuti KELAS SENI ARTMAN kami. Anak - anak boleh belajar MELUKIS KOMIK dan juga tingkatkan kemahiran MEWARNA juga. Lagi menarik, kita akan ajar mewarna menggunakan OIL PASTEL

Jangan tunggu lagi, KLIK GAMBAR di bawah untuk daftarkan anak dan tekan ADD SELECTED TO CART dan nikmati HARGA DISKAUN sebelum slot penuh!

 


Related Posts

Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah, bukanlah bermakna mak ayah boleh rehat - rehat goyang kaki. Mestilah...
Read More
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Dalam fasa anak - anak membesar, adakah kita perasan masalah perkembangan pada mereka? Contohnya, ada perkara yang pa...
Read More
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Tanpa kita sedar, sebenarnya melukis merupakan aktiviti yang luar biasa. Mungkin bagi sesetengah individu mengganggap...
Read More

Filter
Anak Pandai Melukis Tanda Genius, Kalau Tak Pandai Lukis Pula?
Anak Pandai Melukis Tanda Genius, Kalau Tak Pandai Lukis Pula?