Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Dulu kami fikir, umur bawah 7 tahun masih belum wajib nak bertudung. Masih kanak-kanak lagi kononnya. Namun kami rasa itu salah dan merugikan. 7 tahun pertama dalam kehidupan setiap anak adalah masa pembentukan jatidiri. Kalau buat bangunan, tempoh 7 tahun pertama adalah tempoh pasak bangunan. Kalau tak dipasak, bangunan yang naik pasti tidak kukuh sekalipun hanya setingkat rumah kecil. Jika pasak kuat, bangunan tinggi pun kukuh.
.
Kita geli makan babi kerana dari kecil dah ditanam kegeliannya. Piawaian pakai tudung biar mula dari kecil biar sampai bila besar nanti, tersingkap rambut sehelai pun, menyesalnya bagai satu dosa besar yang sengaja dilanggar.
.
Ramai yang bertanya bagaimana kami jadikan anak-anak ini setia bertudung? Jawapannya cuma ia bermula awal semasa jatidiri mereka sedang dibentuk. Bukan sekadar bertudung, nak wujudkan perasaan malu dan jijik kepada kemungkaran seperti perbuatan menipu pun perlu dibuat awal sebelum rebung dah mula mengeras jadi buluh.
.
Mudahnya, umur 7 tahun pertama ialah fasa pembudayaan yang dibiasakan sehingga membentuk jatidiri. Setelah umur mereka melangkah ke 7 tahun seterusnya, mereka telah kukuh pegangannya. Ketika itu, barulah kita masukkan input akademik keagamaan untuk mengikat kuat lagi apa yang telah dibudayakan yang telah membentuk jatidiri anak-anak.
.
Jangan mula lewat. Mulakan awal walaupun orang ejek dan kritik kita dengan teguran sinis seperti "Budak kecik jer pun, janganlah serius sangat". Teruskan sahaja, jangan pandang kiri dan kanan. Pandang terus ke arah pematuhan perintah Allah.
.
Jika lewat, ia tak sempat dibudaya dan melekat menjadi jatidiri. Jumpa kawan seksi, terus hilang tudung hilang maruah diri kerana ikut-ikutan sahaja tudungnya.
.
Mulakan hari ini. Jika terlewat, juga mulakan sekarang. Lewat itu lebih baik dari terus tak buat. Selamat berkongsi jika rasa ini satu ilmu yang baik.
.
Kredit artikel: Warga Prihatin
.
Kredit artikel: Warga Prihatin
.
Bagi ibubapa yang ingin mengisi kekosongan aktiviti anak semasa hujung minggu dan meningkatkan kreativiti mereka, jom daftarkan ke KELAS SENI ARTMAN bersama kami. Kelas ONLINE sahaja dan ibubapa boleh pantau anak depan mata.
Klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar
Bagi ibubapa yang ingin mengisi kekosongan aktiviti anak semasa hujung minggu dan meningkatkan kreativiti mereka, jom daftarkan ke KELAS SENI ARTMAN bersama kami. Kelas ONLINE sahaja dan ibubapa boleh pantau anak depan mata.
Klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar