3 Tanda Anak Ketagihan Gajet Yang Ibu Bapa Perlu Sedar
Sememangnya di musim pandemik ini, masa kita bersama gajet meningkat secara mendadak untuk memenuhi keperluan hidup. Namun, penting juga untuk kita berhati-hati supaya kadar penggunaan gajet anak tidak berlebihan sehingga boleh meninggalkan kesan negatif terhadap mereka.
Ketagihan gajet boleh difahami sebagai sebahagian daripada masalah tingkah laku yang perlu dikenal pasti dan dirawat sebelum parah.
Jom kita kenali 3 tanda utama yang menunjukkan bahawa anak anda mungkin ketagihan gajet:
1. Pemikirannya terlalu bertumpu kepada penggunaan gajet (Preoccupation)
Anak hendak sentiasa bersama gajet 24 jam sehari. Dia tidak mahu berenggang langsung daripada telefon pintar, tab, komputer riba mahupun TV. Fikirannya selalu dipenuhi dengan perkara yang hendak ditonton di gajet tersebut.
Jika anak dibiarkan mengikut kehendaknya yang ini tanpa kawalan ibu bapa, perkara ini boleh menyebabkan kemampuan untuk anak mengawal diri terjejas. Apabila anak tidak mampu menahan dirinya untuk berehat daripada menggunakan gajet, ini menunjukkan bahawa kemampuan anak untuk mengawal dirinya sendiri (self-control) ialah lemah.
2. Emosi terganggu (Affect disturbance)
Tanda yang seterusnya ialah apabila kestabilan emosi anak-anak seolah-olah bergantung kepada sama ada mereka dapat menggunakan gajet atau tidak. Apabila anak tidak dapat menggunakan gajet, dia rasa resah, tertekan, cepat untuk marah atau ‘tantrum’. Sebaliknya, jika dia dapat menggunakan gajet, dia rasa lega dan akhirnya diam.
Kasihan dengan anak-anak yang ada simptom sebegini. Lagi-lagi bila anak kita tak mempunyai adik-beradik yang ramai. Lebih kasihan kalau hanya anak tunggal dan bergantung dengan 'kawan' yang merupakan watak dalam games sahaja.
3. Fungsi sosial terganggu (Social disturbance)
Rentetan daripada dua tanda di atas, jika keadaan semakin parah, kita boleh perhatikan bahawa anak semakin kurang berinteraksi dan bergaul dengan ahli keluarga lain. Sebaliknya dia lebih suka menyendiri. Selain itu, penggunaan gajet yang berlebihan boleh menyebabkan masa tidur berkualiti anak serta masa belajarnya berkurangan dek kelekaan mereka dengan gajet. Jika dibiarkan, prestasi sekolahnya juga mulai menurun.
Adakah wujud tanda-tanda ketagihan gajet ini pada anak-anak anda? Jika ada, mari kita bertindak dan cuba kawal keadaan sebelum situasi menjadi lebih parah.
Kami ada sediakan Pakej Kelas Seni Artman dan Pakej Oil Pastel untuk anak-anak asah bakat serta minat kesenian mereka melalui aktiviti melukis komik kartun, mewarna dan oil pastel. Hanya belajar teknik-teknik dalam kelas seni sekali, kemudian anak-anak sudah bebas untuk berkreativiti dengan teknik yang sudah dipelajari. Aktiviti seni jauh lebih menyeronokkan dan berimpak positif kepada anak-anak daripada mereka menatap gajet sepanjang hari.
Kita harus bertindak untuk buat perubahan. Cukup-cukuplah kita lalai dan biarkan anak ketagih gajet. Jom daftarkan anak dalam Kelas Seni Artman kami hari ini! Hanya tekan link di bawah:
- Kelas Komik Kartun: https://www.snap.my/products/kelas-komik-kartun
- Kelas Teknik Mewarna: https://www.snap.my/products/kelas-teknik-mewarna
- Kelas Oil Pastel: https://www.snap.my/products/kelas-oil-pastel
Nak mudah, pilih sahaja salah satu dari pakej di bawah!