INFO KELAS LIVE
27 MAC 2021 | SABTU
2pm - 4.30pm
Jangan lengah-lengah kerana penyertaan hanya dibuka untuk 90 orang sahaja setiap kelas.
Salah satu yang dinilai dalam temuduga kemasukan pelajar undergrad di University of Cambridge United Kingdom ialah HOBI YANG MENARIK terutama dalam bidang seni.
Penyertaan hanya dibuka untuk 90 orang sahaja setiap kelas.
**sijil ada disediakan (optional) dgn sedikit bayaran tambahan. Sijil ini juga boleh digunakan utk lengkapkan sijil PAJSK sekolah anak kita. Jika nak tukar nama di atas sijil, boleh hubungi admin di sini +6010 667 2738 (Alya).
Sekiranya tidak berkesempatan untuk melihat sesi live jangan risau kerana kami dah prepare bahan rakaman kelas zoom yang boleh anda ikuti.


Kelas ini sesuai untuk anak kecil berusia dari 5 tahun sehingga 12 tahun. Sesuai pada waktu cuti sekolah dan cuti umum terutamanya. Jangan risau tak boleh tengok on time lepas mendaftar sebab kita akan bagi masa selama 1 bulan untuk peserta akses kelas ini. Jadi boleh tengok sampai puas dan fahamkan syllabus hingga boleh lukis sendiri sampai jadi.
UNTUK SIAPA KELAS INI?
Anak-anak berumur 5 - 12 tahun & anak-anak yang berminat untuk melukis


APA YANG AKAN DIPELAJARI?
1. Warna asas
Warna asas atau warna utama adalah warna dari pigmen yang asli dan tidak dicampur dengan warna-warna lain. Melalui warna asas ini, lain-lain warna dapat dihasilkan setelah dicampur.
Bagi kanak-kanak, penting bagi mereka untuk memahami warna kerana ianya adalah asas penting yang akan mereka gunakan untuk belajar di semua bidang kehidupan mereka. Warna juga dapat mempengaruhi mood, kesejahteraan emosi, produktiviti, pembelajaran dan tingkah laku anak-anak.
2. Warna sekunder
Warna sekunder adalah warna yang berasal dari pencampuran dua warna asas. Pencampuran dua warna asas akan menghasilkan warna baru yang disebut warna sekunder. Dengan aktiviti mencampurkan warna anak-anak boleh kembangkan kreativiti tanpa had dengan menghasilkan warna-warna baru yang pelbagai,
3. Tone warna
Tone warna pula adalah nilai warna iaitu dari terang ke gelap. ton warna ini dihasilkan mengunakan warna asas atau sekunder sedikit demi sedikit dengan warna hitam atau warna putih dengan nisbah berlainan.
Bagi kanak-kanak yang mahir dengan perbezaan tone warna, ini boleh bantu mereka menghasilkan ruang dan bentuk 3 dimensi, seperti contoh objek yang berada jauh mempunyai nilai cahaya yang lebih cerah berbanding dengan objek yang berada dekat. Jadi arkitek atau jurutera pun perlukan kemahiran membezakan tone warna.
4. Aktiviti mewarna Kartun
Selepas aktiviti melukis kartun dibuat, anak-anak boleh menggunakan ilmu tentang warna dan menjadikan lukisan kartun mereka benar-benar menarik dan lebih 'hidup'. Dalam aktiviti ini, kemahiran dan emosi anak dilatih seiring. Kombinasi warna-warna yang menarik, menjadikan anak-anak lebih ceria dan menambah keyakinan mereka.

DURASI KELAS
2 jam 30 minit
MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, peserta dapat memahami dan mampu mengahasilkan komik yang menarik dari segi lukisan karakter kartun dan juga pada jalan cerita.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN DI RUMAH
1. Pensil Warna
2. Kertas Kosong
MENGAPA WAJIB DAFTARKAN ANAK KE KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah
2. Nota dan video bersama cikgu disediakan
3. Boleh lihat siaran ulangan selama 1 BULAN bermula dari tarikh pendaftaran.
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM50 SAHAJA.