Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun

Program Artcamp daripada Artman baru sahaja melabuh tirai. Seminggu cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk anak-anak moden menjalani kehidupan harian seperti anak-anak di RPWP. Banyak yang kami perhatikan daripada anak-anak generasi Tiktok yang kelihtan sangat canggung dengan budaya bekerja.
.
Kasihan.
.
Kita ajarkan anak untuk merasa jijik dengan sikap malas, tidak jujur dan bercakap bohong. Kerana semua itu bakal membesar menjadi kejijikan lain dalam profesi lebih tinggi seperti rasuah, salahguna kuasa dan penipuan yang pelbagai.
.
Di dalam kem itu juga, kami menghilangkan rasa jijik anak-anak ini dalam kerja menternak haiwan, mengusahakan tanah dan juga bertani. Di sini, akhlak anak-anak ini tersingkap satu persatu tanpa boleh diselindung.
.
Peperiksaan akademik bolehlah ditipu-tipu
Peperiksaan secara kerja tak boleh menipu
.
Dari bekerja, kita mampu lihat akhlak anak-anak. Akhlak menipu, curi tulang, kaki mengular, tidak jujur, cakap banyak kerja kurang dan banyak lagi. Mereka boleh menipu dalam peperiksaan, tetapi di lapangan, tiada ruang untuk penipuan.
.
MODUL ARTCAMP DITIRU DARI YANG TERBAIK DAN TIADA YANG LEBIH BAIK.

Itulah modul utama Artcamp iaitu BEKERJA. Modul ini bukan modul kami di RPWP, ini modul tiru. Kami tiru dari apa yang Allah berikan seperti firmannya yang berikut
.
"Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu’min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS. At-Taubah : 105)
.
Ibu-ibu dan bapa-bapa, kita kadangkala terlalu sayang pada anak kita sehingga mereka mendapat segala kemewahan dalam kondisi hidup tidak perlu bersusah payah. Hanya duduk berteleku menela'ah pendidikan akademik, yang penting semasa peperiksaan akan terlihat banyak gred A.
.
Wakil kami mengembara seluruh dunia mengintai sistem pendidikan negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi kanak-kanak dan juga menentang buruh bawah umur. Namun ironinya, di negara mereka remaja berumur 14 tahun juga telah bebas bekerja dan menimba pengalaman.
.
Bekerja dah tentu belajar.
Belajar belum tentu bekerja.
Tak pandai belajar tak mengapa.
Rajin bekerja, pasti dipandaikan
.
Namun sayang sekali, ramai anak-anak generasi terkini canggung bekerja dan menjadi penggeli. Semasa wakil kami di Switzerland, anak-anak muda mereka masuk ke universiti untuk menjadi peladang yang akan digeluti tinja haiwan ternakan mereka. Mereka tak canggung kerana sedari kecil mereka telahpun dibudayakan dengan kerja. Di Jepun, anak-anaknya berkebun dahulu dan menjaga ternakan sebelum masuk ke kelas belajar ABC 123.
.
Pergi ke Israel, kita akan lihat kanak-kanak berumur 2 tahun yang masih berlampin telahpun masuk ke ladang-ladang membantu mengutip epal. Pada umur mereka 13 tahun sudah belajar teknologi tani aras canggih dan terkini. Selepas sekolah mereka tak terus masuk ke universiti sebaliknya menjalani khidmat ketenteraan wajib ataupun dilepaskan dengan dana mencukupi bagi mereka menerokai dunia dahulu. Setelah mereka jelas apa yang mereka minati, barulah mereka masuk ke universiti bukan untuk cemerlang atas kertas. Hanya sekadar cukup ilmu yang ada untuk dilaksanakan dalam profesi mereka.
.
Namun mereka pastikan, kita terus disibukkan dalam pendidikan akademik serta menghafaz tanpa memahami apatah lagi melaksana sehingga kita tiada masa untuk belajar di lapangan yang tidak boleh ditipu. Kerana jika kita jadi bangsa bekerja, pasti kita akan jadi bangsa pencipta. Kerana dari bekerja, kita jumpa masalah. Bila jumpa masalah, kita cipta solusi.
.
Itulah inovasi aras tinggi.
Bermula dari hanya membudayakan KERJA
.
Bangkit ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian. Jika tidak dibiasakan anak-anak kita dengan kerja atas alasan "kasihan" kita bakal menjadi babu kepada anak kita selama-lamanya.
.

Jika anak tidak kita didik seperti hamba, mereka bakal membesar seperti raja yang menjadikan kita sebagai hambanya.
.
Dalam kajian kes kami, ada banyak kes sebegini. Mungkin hanya akhbar dan media kurang berminat bercakap tentang sesuatu yang bersifat time-bomb tetapi hanya dipandang ringan pada semua.
.
Ubah sudut pandang kita
Mula hari ini
Bekerja itu satu kemuliaan
Dengan bekerja kita bakal dipandaikan
Dengan bekerja kita jadi bangsa pencetus
Dengan kerja kita jadi bangsa inovator
Dengan kerja kita pasti di landasan kemajuan bangsa.
.
Semoga apa yang kami kongsikan ini, boleh menjentik minda fikir kita melakukan anjakan pola fikir kepada yang lebih konstruktif.
.
.
Kredit artikel:
Warga Prihatin

Bagi ibubapa yang berminat untuk mengisi masa lapang cuti sekolah anak - anak hujung tahun ini dengan aktiviti kerja tangan, jom daftarkan ke KEM CUTI SEKOLAH ARTMAN


Related Posts

5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Kisah Kimi pernah viral 6 tahun lalu iaitu, seorang anak yang dibuang ibunya dan menderita hidup dalam angan-angan se...
Read More
Anak lebih peka bila lebih awal didedahkan dengan warna
Anak lebih peka bila lebih awal didedahkan dengan warna
Persekitaran yang berwarna-warni membawa kesan yang besar kepada pemerhatian, pemikiran dan ingatan kanak-kanak. Kana...
Read More

Filter
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun