Lagi Mahal Dari Thermomix, Kenapa Berbaloi Beli iPhone 13

iPhone 13 dah keluar, harga bermula dari RM3,399 untuk iPhone 13 sehingga ke varian paling mewah iaitu RM7,599 (iPhone 13 Pro Max 1 TB).

Harga iPhone 13 yang paling murah pun dah boleh beli sebiji laptop. Dilihat pada varian-varian iPhone yang mahal pula, harganya boleh jadi lebih mahal dari Thermomix, lebih mahal dari peti ais, setanding harga Honda RS150 Repsol V2.

Jadi berbaloi ker beli iPhone mahal-mahal ni ?

BERBALOI JIKA PHONE KITA INI DIGUNAKAN SEBAGAI 1 PELABURAN.

Apa maksudnya ?
Bahasa mudah kita beli iPhone 13 untuk kita buat duit dari iPhone tu, bukan sekadar untuk selfie di cermin toilet.

Macam mana nak buat duit ? Banyak caranya.

1. JUAL GAMBAR & VIDEO SECARA ONLINE

Siapa sini dalam phone dia ada lebih dari 1,000 keping gambar dan lebih dari 100 video? Mengaku cepat.
Tahu tak gambar dan video yang berlambak dalam phone kita ni boleh jual secara online dan boleh buat income secara pasif. Upload gambar dan video kita di stock photo dan nantikan pembeli dari seluruh dunia.

Jangan terkejut, tak perlu pun gambar yang terlalu professional, gambar siram pokok, gambar lauk makan tengah hari, gambar roti canai, semuanya boleh dijual. Yang penting pastikan rajin upload gambar dan upload dengan keywords dan description yang betul.

Gambar siram pokok pun boleh dijual. Foto ialah testimoni dari alumni kami.


Lauk makan tengahari, sebelum jamah kita ambil gambar dulu. Alhamdulillah ada yang beli dengan nilai USD 1.23. Foto ini ialah dari alumni kelas Fotowang kami. Surirumah yang lain pun boleh buat begini juga.

Sekarang dah boleh dine-in. Pergi makan luar jangan lupa ambil gambar. Gambar roti canai ini telah dibeli hampir 60 kali dgn jumlah nilai jualan RM100. Beli roti canai RM1 tapi dapat pulangan 100x ganda.

Foto ini dari alumni kelas Fotowang kami. Dia ambil gambar semasa di site tengah bekerja dan jual online. Alhamdulillah ada rezeki orang beli dgn jumlah jualan USD 20.73. 

Belajar lebih lanjut macam mana nak jual gambar dan video online di SINI: KELAS FOTOWANG

2. BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE

Sugu Pavitra, Zukiee, Amir Arsad memulakan karier Youtube hanya dengan phone. Malah kami sendiri dalam channel RARETV juga menggunakan phone untuk rakaman video. Dah berakhir zaman bawa kamera besar-besar, cukup dengan iPhone untuk menghasilkan video yang berkualiti tinggi.

Kelebihan bekerja dengan phone, dengan phone kita rekod video, dalam phone juga kita edit dan dalam phone juga kita upload ke Youtube. Semuanya di hujung jari.

Tak perlu dah nak transfer masuk pc. Malah dengan phone ini dimana-mana sahaja kita boleh bekerja.

Jadi kalau kita nak jadi Youtuber, pelaburan ke iPhone 13 mmg berbaloi lagi-lagi dalam iPhone 13 Pro ada fungsi cinematic mode yang membuatkan video di hasilkan dengan iPhone 13 Pro setanding seperti dlm filem.

Kalau korang masih lagi blur macam mana nak shot dan edit dengan phone, Belajar terus dengan RARETV di SINI: KELAS VIDEOGRAFI GUNA HENFON

Ketahui ilmu macam mana Raretv dapat 1.6 juta tontonan setiap bulan dan income sehingga 5 angka dengan youtube.



3. SOCIAL MEDIA INFLUENCER

Jika kita ini aktif dlm media sosial dan mmg influencer, upgrade ke iPhone 13 mmg berbaloi. Bukan sebab nak show off tunjuk logo Apple bila selfie depan cermin toilet.

Tapi iPhone ini memudahkan kerja dari segi penghasilan video, gambar dan poster yang lebih menarik. Lagi-lagi sebagai social media influencer ni content perlu di buat SETIAP HARI. Jadi dengan adanya peralatan yang baik lebih mudah dan pantas utk buat content. Dan dari content ini juga akhirnya akan menarik lebih ramai follower dan dari follower itu boleh menjana wang kembali.

Sebagai rumusan, tak salah sebenarnya nak beli phone mahal, tak semestinya iPhone. Andoird pun ada phone yang harganya perlu jual buah pinggang.

Yang penting kita beli phone itu untuk menjana wang kembali, beli untuk PELABURAN bukan PELEBURAN.

Dan belilah lah phone mahal selepas kita dah mula jana wang dari phone yang sedia ada di tangan dulu. Bukan beli iphone13 dengan "HARAPAN NAK BUAT DUIT", buat loan, jual buah pinggang, guna duit i-Sinar semata-mata nak beli iPhone dan akhirnya hanya guna iPhone untuk menjadi i-pokai.

Konon-konon nak buat videolah, nak jual gambarlah, nak jadi Youtuber lah tapi hujungnya phone mahal tu cuma guna untuk Whatsapp dan main FB sahaja. Mulakan dulu buat duit dengan apa yang ada di tangan dulu, dah nampak duit dah mula masuk barulah boleh merancang untuk upgrade.

Tepok poket tanya duit.

Semoga bermanfaat.

Jika berminat nak belajar dengan kami secara online cara buat duit guna phone, boleh klik sahaja 'Add Selected To Cart' di bawah untuk masuk kelas.


Related Posts

Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone
Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone
Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Nak makan, order. Nak masuk kelas, daftar sahaja online. Nak ambil gambar, gu...
Read More
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
Satu yang menyeronokkan bila dapat berguru secara berdepan / bersemuka, kita boleh tanya terus soalan-soalan dekat Ci...
Read More
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More

Filter
Lagi Mahal Dari Thermomix, Kenapa Berbaloi Beli iPhone 13
Lagi Mahal Dari Thermomix, Kenapa Berbaloi Beli iPhone 13