5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar

Gambar oleh De an Sun

Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang kepada anda untuk menggunakan kamera DSLR, mirrorless atau smartphone. Saya percaya, kadangkala anda mesti pernah terfikir untuk habiskan masa di tempat-tempat yang tenang dan jauh dari bunyi bising buat seketika. Terdetik saya ingin menulis blog ini kerana saya juga seperti anda, inginkan ketenangan di tempat yang kurang sibuk sebagai terapi minda. Tambahan lagi, saya lebih suka untuk bersendirian menikmati suasana di sekeliling saya sambil menghirup secangkir kopi segar dan ditemani irama merdu. Sambil kita meluangkan masa di tempat yang tenang, apa salahnya kalau hendak mengasah hobi fotografi kita.

1. Anjung Tinjau & Anjung Spotter, KLIA 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, Anjung Tinjau dan Anjung Spotter adalah antara tempat kegemaran saya ketika masa lapang. Bagi yang belum tahu tentang kewujudan lokasi ini, kedua-duanya adalah lokasi yang berbeza tetapi agak berdekatan.

 

Anjung Tinjau terletak di dalam bangunan KLIA itu sendiri, di aras perlepasan (departure). Tempat ini direka khas untuk pengunjung yang berada di situ atau penumpang yang sedang menunggu penerbangan mereka. Tempat ini dikatakan santai kerana suasananya yang agak senyap, dilengkapi penyaman udara, tidak terlalu ramai, diiringi bunyi melodi tenang dan pengumuman penerbangan. Selain pemandangan luas pesawat yang melintas, cahaya luar yang cukup terang menjadikan kawasan ini sesuai untuk sesi fotografi.

 

Anjung Spotter pula terletak di luar bangunan, iaitu berdekatan dengan landasan. Ya, hal ini kerana ia direka khas untuk para jurugambar merakam gambar pesawat yang mendarat dan berlepas dengan jarak lebih dekat. Lokasi ini menyediakan sebuah platform berbumbung dengan kerusi yang bakal membuatkan anda relaks menikmati pemandangan dengan bunyi deruman enjin yang mengasyikkan. Namun, saya tidak sarankan anda berada di sini pada waktu tengahari kerana cuaca yang terlalu panas dan terik.

 Gambar oleh Alexandre Barbosa

2. Pantai

Jika sebut sahaja ketenangan, tidak sah tanpa memikirkan suasana pantai. Pantai merupakan salah satu lokasi yang sesuai untuk meluangkan masa jauh daripada kesibukan hidup. Kelebihan pantai adalah tempat parkir yang mudah dicari, kawasan yang luas, cahaya semula jadi dan disertakan dengan jualan makanan di situ. Elemen-elemen yang terdapat di pantai seperti pasir, pokok, daun, khemah dan air bakal membuatkan foto anda meriah. Saya yakin, anda akan akan dapat banyak inspirasi dan idea baru selepas manghabiskan masa berjam-jam di situ.

Gambar oleh Srecko Skrobic

3. Taman 

Selain pantai, jika anda seorang yang gemar dikelilingi alam semula jadi, taman adalah tempatnya. Taman adalah tempat yang boleh dikatakan senang dicari dan terdapat di hampir semua kawasan. Tidak perlu pergi ke taman-taman yang popular dan ramai. Taman berdekatan dengan rumah anda pun sudah memadai untuk dinikmati sambil merenung aktiviti pengunjung di sekeliling anda. Renungan inilah yang membantu anda mendapatkan inspirasi dan juga sebagai terapi minda.

 

Gambar oleh Qiming Chen

4. Kafe

Setelah sekian lama menikmati  pemandangan di luar, sekali-sekala apa salahnya duduk bersantai di sudut hujung sebuah kafe. Saya sering kali tertarik dengan hiasan dalaman sesebuah kafe dan setiap kafe mempunyai keunikan masing-masing. Cahaya persekitarannya yang sederhana, dihiasi dengan tanaman, tempat duduk yang selesa serta aroma kopi diiringi melodi jaz membuatkan kita teruja untuk merakamkan pengalaman itu dalam bentuk fotografi.

 

Gambar oleh Lesly Juarez

5. Rumah

Anda mesti tidak jangka lokasi terakhir ini. Ya, di rumah anda sendiri. Saya percaya, di rumah anda terdapat satu sudut di mana anda sering mencari ketenangan untuk melupakan kesibukan kerja atau masalah lain. Rumah adalah lokasi yang santai untuk kita berehat sambil mengeratkan kemesraan bersama keluarga. Dalam kita duduk bersahaja, gunakan imaginasi bagi menentukan sudut dan komposisi yang menarik untuk digambarkan. Selain itu, anda juga boleh menggunkan cahaya semula jadi yang masuk melalui tingkap rumah.

 

Akhir sekali, kamisarankan agar anda tidak memaksa diri untuk mencari idea fotografi di lokasi-lokasi ini. Kadangkala kita perlu berhenti seketika dari kesibukan hidup, biar sahaja inspirasi itu datang dengan sendirinya apabila anda duduk merenung persekitaran kita. Perlu diingat bahawa konsepnya adalah relaks dan renung. Percayalah, anda kita dapat hasilnya kemudian.

Untuk mengetahui lebih lagi ilmu fotografi, sertai sahaja KELAS SMARTPHONE PHOTOGRAPHY bersama kami secara online. Hanya klik ADD SELECTED TO CART untuk mendaftar mengikut pakej dibawah

Related Posts

Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Bagi penggemar fotografi di luar sana, pasti sudah faham dengan terma digital noise. Ia adalah salah satu perkara yan...
Read More

Filter
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar