3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula

Gambar oleh Paul Skorupskas

Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR atau mirrorless anda. Seperti yang tertera pada tajuk, blog ini ditujukan khas buat anda yang baru sahaja bermula menceburi hobi fotografi. Juga dimaklumkan bahawa blog ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pendapat saya sendiri sepanjang saya bermula fotografi sejak 9 tahun lalu. 

 

 Gambar oleh Eden Constantino

Lensa 18-55mm “Kit Lens”

Mengikut standard, apabila anda membeli kamera baharu, pakej kamera tersebut termasuk satu unit lensa yang dipanggil “kit lens”. Lensa dengan focal length 18 hingga 55mm ini adalah lensa pemula yang kebiasaannya dijual dengan harga murah berbanding lensa lain. Teringat kali pertama menerima kamera sulung saya, saya menghabiskan masa beberapa tahun untuk cuba mempelajari dan bereksperimen dengan lensa 18-55mm daripada jenama Jepun tersebut. Ya, lensa ini sangat sesuai jika anda ingin belajar teknik asas dan perkara-perkara teknikal berkenaan fotografi. Lensa ini direka untuk pemula kerana focal length dengan julat (range) yang sederhana, iaitu tidak terlalu wide dan tidak zoom terlalu jauh. Selain itu, lensa ini juga mempunyai bukaan aperture dengan nombor serendah f/3.5 sahaja. Setelah menggunakannya dalam jangka masa panjang, anda akan faham bahawa lensa ini tidak sesuai dalam suasana malap kerana nombor aperture yang tidak cukup rendah seperti lensa lain. Setelah anda mahir dan yakin dengan lensa jenis ini, tiba masanya untuk anda cuba lensa seterusnya.

 

Gambar oleh Frédéric Paulussen

Gambar oleh Miller Jacob

Lensa 50mm “Prime Lens”

Dari pengalaman saya, ini adalah lensa kedua saya setelah bertahun menghabiskan masa memahirkan diri dengan kit lens. Lensa kedua yang saya maksudkan ini dipanggil prime lens dengan focal length 50mm. Ya, lensa ini agak unik kerana ia tidak mampu untuk zoom in atau zoom out. Mungkin anda tertanya-tanya apa kelebihannya jika tidak boleh zoom? Jawapannya, lensa ini dipanggil prime lens kerana focal length yang kekal dan kebolehannya dalam suasana malap. Hal ini kerana lensa ini mempunyai bukaan aperture yang cukup luas, dengan nombor serendah f/1.8 atau f/1.4 yang memberikan lebih banyak ruang untuk cahaya masuk melaluinya. Lensa ini juga popular kerana ia menghasilkan gambar dengan bokeh (background blur) yang menawan. Kelebihan ini yang membuatkan saya tergila-gilakannya dahulu.

 

Gambar oleh Buhai Alexandru Constantin

Gambar oleh Lukáš Vaňátko

Lensa 70-300mm “Zoom Lens”

Lensa terakhir saya adalah zoom lens. Seperti namanya, lensa dengan focal length 70-300mm ini mampu memberikan visual walaupun dengan jarak subjek yang sangat jauh. Dengan kebolehan zoom jarak jauh, anda akan rasa kagum dan puas apabila mengambil gambar subjek seperti kapal terbang, haiwan di zoo dan juga potret candid. Tetapi, kekurangan yang tak dapat dinafikan pada lensa ini adalah nombor aperture f/4.5, yang mana tidak cukup rendah untuk suasana malap. Terdapat pelbagai pilihan lensa sebegini dengan nombor aperture yang lebih rendah di pasaran, tetapi harganya juga jauh lebih mahal. Perlu diingat bahawa lensa ini tidak mampu mengambil gambar dari jarak dekat kerana focal length minimanya adalah 70mm, menjadikannya lensa yang direka khas untuk jarak jauh sahaja.


Terdapat pelbagai lagi lensa dengan potensi yang bagus di luar sana, tetapi saya hanya mampu kongsikan lensa yang pernah saya teroka sepanjang 9 tahun ini. Jika anda ingin beralih ke taraf profesional suatu hari nanti, anda mungkin memerlukan lensa yang lebih canggih bagi memenuhi keperluan kerja anda. Saya berharap semoga perkongsian berdasarkan pengalaman peribadi saya ini dapat memberi manfaat kepada anda yang berhasrat untuk menceburi bidang fotografi ini. Semoga berjaya!

 Bagi anda yang berminat untuk menceburi bidang fotografi, bolehlah sertai kelas ASAS FOTOGRAFI kami ataupun kelas SMARTPHONE PHOTOGRAPHY, sesuai untuk beginner kerana kita ajarkan dari ASAS!

Klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah


Related Posts

4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Bagi penggemar fotografi di luar sana, pasti sudah faham dengan terma digital noise. Ia adalah salah satu perkara yan...
Read More
Pengalaman Terbang Dalam Pesawat Latihan Secara Percuma
Pengalaman Terbang Dalam Pesawat Latihan Secara Percuma
Ini adalah pengalaman yang bukan semua orang pernah merasa, sehingga saya sendiri pun seakan-akan tidak percaya saya ...
Read More

Filter
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula