5 Trend Fotografi 2022 Yang Semua Pengguna Smartphone Patut Cuba 

Walaupun pandemik Covid-19 masih berlarutan, itu bukan penghalang untuk penggemar fotografi terus merakam gambar-gambar yang menarik. Kamera pada telefon pintar hari ini boleh setanding atau hampir setanding dengan kamera DSLR tau. 

Jom lihat trend-trend terkini fotografi yang MASIH “in-demand” dalam pasaran walaupun dah hampir 2 tahun kita dalam fasa SOP dan penjarakan : 

 

1. Gambar berpelitup muka 

Elemen yang paling sinonim dengan pandemik ialah memakai pelitup muka. Lagi-lagi sekarang ini, ramai usahawan sudah keluarkan pelitup muka dengan pelbagai variasi design yang menarik dan ‘trendy’. Apa lagi, jom ambil gambar potret berpelitup muka dengan pose-pose yang menarik!

 

2. Alam semula jadi 

Dengan pergerakan yang masih terbatas (walaupun sudah boleh travel di dalam dan luar negara), ramai orang mulai kembali menghargai alam semula jadi sebagai sumber ketenangan. Sambil-sambil berjoging menyusuri tasik, menapak bukit mahupun beriadah di pantai, boleh sahaja keluarkan telefon pintar dan ‘snap’ foto-foto indah sekitar alam.

.

Boleh juga sambil-sambil bercucuk tanam di belakang rumah, kita ambil gambar pokok-pokok tersayang dan hasilnya. Mana tahu boleh jual sekali macam gambar pokok ini. 

 3. Selfies, potret keluarga dan komuniti kecil

Gambar dalam kumpulan besar atau majlis keramaian akan kelihatan janggal dan sensitif di musim pandemik. Kini, trend fotografi mulai beralih kepada gambar potret diri sendiri dan orang-orang terdekat seperti ahli keluarga sendiri’. Pada zaman sekarang, self-portrait sangat mudah untuk diambil. Hanya letakkan telefon di tripod yang stabil, setkan ‘timer’ di telefon dan sedia untuk beraksi.

4. Gambar dan video menegak (vertical)

Kalau dahulu, penggunaan gambar atau video berorientasikan ‘landscape’ adalah dominan. Sekarang, dengan penggunaan telefon pintar yang canggih semakin meluas, ramai ‘content creators’ mulai beralih kepada gambar atau video menegak (vertical). 

Tambahan lagi, penggunaan video menegak di laman Tiktok dan Instagram Reels yang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna. Shutterstock juga sudah mulai menerima hantaran video vertical. Kalau pandai ambil gambar dan video berkualiti dengan telefon pintar, anda pun boleh mula jual gambar di Shutterstock.

 5. Fotografi Makanan dan ‘Still Life’

Memandangkan fotografi potret di musim pandemik agak terbatas kerana memerlukan model manusia, fotografi ‘still-life’ dan fotografi makanan mulai meriah kembali. Apa lagi? Lepas penat bersilat di dapur, kita hidangkan makanan cantik-cantik dan ‘snap’ gambar. Tengok di bawah ini: Gambar Ikan Keli Goreng Berlada pun boleh laku terjual. 


Fotografi ‘still-life’ pula berfokus kepada objek yang tidak hidup yang ada di sekeliling kita. Boleh jadi objek itu objek buatan manusia seperti pasu, pakaian, apa-apa produk, atau objek semula jadi seperti cengkerang, batu dan pokok. Apa yang penting, kita perlu ada ilmu asas fotografi telefon pintar DAN asah kreativiti semasa mengambil gambar. 

 

Macam mana? Trend-trend ini sangat senang untuk sesiapa yang ada telefon pintar cuba. Kalau kena pada caranya, gambar-gambar yang anda ambil malah boleh menjana ‘passive income’

Rujukan: 

https://blog.depositphotos.com/12-photography-trends-2021.html

https://www.pixpa.com/blog/top-trends-photography

https://www.format.com/magazine/resources/photography/still-life-photography-ideas-and-tips

 Jom belajar ilmu Smartphone Photography hari ini dan mula ambil gambar yang bukan sahaja cantik memukau, malah ada nilai komersial sekali. 

Kalau mahu ilmu Smartphone Photography yang lebih padu, kami juga ada Pakej Lengkap Fotografi. Anda boleh belajar cara ambil gambar dengan smartphone, cara edit gambar, dan cara jual gambar sekali. Menarik bukan? 

Anda boleh daftar kelas Smartphone Photography dan pakej-pakej jimat lain di sini (klik gambar dibawah)

Jangan sampai terbawa-bawa dalam mimpi kalau terlepas kelas ini.

 


 


Related Posts

3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More

Filter
5 Trend Fotografi 2022 Yang Semua Pengguna Smartphone Patut Cuba 
5 Trend Fotografi 2022 Yang Semua Pengguna Smartphone Patut Cuba