Ini Rahsia Buat Gambar Air Terjun Macam Kapas

Pernah tak korang tengok gambar landscape pantai ke air terjun ke atau sungai yang air dia nampak smooth? Nampak menarik bila dapat hasilkan landscape macam tu, kan?

Sebelum kita belajar macam mana nak buat gambar macam tu, kita kena tahu apa tu shutter speed. Shutter speed ni tempoh masa cahaya masuk dalam sensor. Bila sensor terdedah lama dengan cahaya ianya akan menghasilkan motion blur. Lagi lama sensor terdedah dengan cahaya lagi banyak la motion blur terhasil.

Haaaa, sekarang korang dah tahu shutter speed tu apa, mari kita belajar macam mana nak hasilkan gambar air untuk nampak smooth. Kalau pakai smartphone boleh ke buat? Boleh!

.

1) GUNA TRIPOD

Nak buat gambar motion blur ni, TRIPOD ni benda paling penting. Kalau tak ada tripod gambar kita bukan setakat air jadi blur, dengan kita-kita sekali jadi blur dan tak tau apa yang kita dah shoot. TRIPOD ni bantu kita untuk kekalkan camera jadi stabil dan menghasilkan gambar yang sharp. Pastikan tripod yang kita pakai kukuh, dan tempat kita nak shoot tu dalam keadaan rata.

2) SETTING CAMERA

Untuk DSLR/Mirrorless users, setting penting yang perlu kita laraskan ialah shutter speed. Nak hasilkan gambar ni, kita perlu guna shutter speed yang paling lama.

Setting shutter untuk dapatkan effect ni adalah 1/50 ke bawah. Lagi lama shutter tu kita buka, lagi membayu la effect air yang terhasil. Macam mana nak dapat shutter lama ni? Kita perlu gunakan ISO paling rendah dalam 100 dan Aperture paling besar f22. Nak lebih membantu kita dapatkan shutter rendah, kita boleh pakai ND filter pada lens. Boleh ke nak buat, kalau guna smartphone? Boleh, kita perlu guna mode professional kalau nak hasilkan gambar jenis ini. Kenapa? Sebab mode ni kita boleh control shutter setting nya.

3) CAHAYA

Kalau tempat yang terbuka macam dekat tepi pantai, masa sesuai untuk buat gambar macam ni waktu sunrise dengan sunset. Sebab masa ni cahaya tak terang sangat dan senang korang nak dapatkan shutter speed yang lama. Kalau buat dekat sungai atau air terjun, cari tempat yang gelap atau kurang cahaya.

Sekian tips macam mana korang nak hasilkan gambar air jadi kabus. Tips penting yang perlu ada ialah teruskan bereksperimen dan belajar hasilkan gambar yang menarik kerana apa yang ada disekeliling kita adalah landskap.

Kalau betul tekniknya, keluar rumah pun dah boleh dapat gambar landskap yang "wow". Tambahan pula, sekarang hanya menggunakan henfon saja. Di kelas smartphone landscape, kami akan ajarkan lebih mendalam cara shoot dan edit foto lanskap. Klik pada gambar di bawah untuk mendaftar.

Sekarang kita menyediakan pakej kaki Foto Lanskap untuk lebih penjimatan. Ada 3 kelas dengan harga RM150 sahaja. Boleh daftar disini.

Related Posts

Semua Gambar Ini Diambil Menggunakan Smartphone Redmi Berharga RM400 Sahaja
Semua Gambar Ini Diambil Menggunakan Smartphone Redmi Berharga RM400 Sahaja
Yes betul! Kita shoot masa ni guna smartphone Redmi 5 jer tak pakai iPhone pun tapi dengan skill dan ilmu yang ada, g...
Read More
5 Instagrammable Hotspot Di Selangor
5 Instagrammable Hotspot Di Selangor
Beberapa minggu lepas, kerajaan telah mengumumkan yang Pelancongan Dalam Negeri Yang Sama Kini DIBENARKAN termasuklah...
Read More
AWAS! Jangan Tertipu Dengan Scam Jual iPhone Terlajak Murah
AWAS! Jangan Tertipu Dengan Scam Jual iPhone Terlajak Murah
Baru-baru ini tular di dalam Facebook group Malaysia iPhone Users mengenai satu sponsored ads penjualan iPhone dengan...
Read More

Filter
Ini Rahsia Buat Gambar Air Terjun Macam Kapas - Saiful Nang Academy
Ini Rahsia Buat Gambar Air Terjun Macam Kapas - Saiful Nang Academy