Smartphone Landscape Photography

Regular price RM70.00 MYR Sale price RM50.00 MYR Save RM20.00 MYR
/

INFO KELAS SECARA LIVE
11 April 2021 | Ahad
9.00am - 12.00pm

Landscape Photography merupakan salah satu jenis fotografi yang merakam pemandangan alam dengan sudut pandang yang luas. Ianya tidak hanya terhad kepada penghasilan gambar-gambar pemandangan alam, tetapi juga merangkumi binaan dan bangunan ciptaan manusia.
Menghasilkan fotografi landskap akan meningkatkan pemahaman kita tentang cahaya dan exposure dengan baik.

Ini juga akan memberi manfaat kepada fotografi kita secara keseluruhan. Ianya membuatkan kita berfikir tentang elemen-elemen dalam fotografi landskap seperti:

Sunrise
Sunset
Golden hour
Contrast
Shadow
Highlight
Tones
Pencahayaan 


Salah satu lagi ciri penting fotografi landskap adalah minimanya atau tidak ada unsur manusia langsung yang menjadi subjek di dalamnya dan hanya alam sahaja dengan subjek seperti bentuk muka bumi, cuaca dan cahaya sekitar yang sangat jelas. 
Tetapi, ada masanya kehadiran subjek manusia tetap diraikan dalam jenis fotografi sebegini. 
APA YANG AKAN KITA PELAJARI?

1. Cahaya
Fahami kondusi cahaya dan dynamic range. Bagaimana untuk melihat seperti kamera kita dan bagaimana mengatasi kelemahan kamera kita.
Kita juga akan belajar secara asas beza frontlight, sidelight, backlight dan dengan menggunakan cahaya matahari sebagai sumber cahaya utama yang menaikkan lagi seri dan 'ketajaman' (sharpness) satu-satu gambar landskap yang dihasilkan. Pelajari bagaimana kita boleh gunakan cahaya matahari sebagai backlight tanpa subjek nampak gelap dari depan? Tricky, tapi BOLEH.

Shoot gambar dengan elemen light trail dan menggunakan mode long exposure pun boleh dikategorikan sebagai fotografi landskap. Di sini, penggunaan tripod amat membantu kerana sebagai manusia, kita tak akan dapat duduk pegun tak bergerak untuk hasilkan gambar yang sharp.
2. Teknik Shooting
Pelajari setting kamera yang tepat di dalam mengambil gambar landskap. Terutamanya ketika pada waktu sunset/sunrise.
Kadang-kadang, tak kira di mana pun, kita boleh dapat lokasi untuk shoot gambar sunset yang cantik di celah-celah bangunan seperti ini. Walaupun menggunakan smartphone, bila ada 'seni melihat', kita boleh dapat kedua-dua unsur alam dan bangunan dalam gambar landskap kita, dan boleh lebih lagi, sekaligus.
3. Editing

Belajar RAHSIA TEKNIK HDR yang menjadi teknik rahsia ramai jurufoto antarabangsa mendapatkan gambar landskap yang hebat.

Shoot dan edit gambar landskap hanya dengan menggunakan smartphone dan kebanyakannya hanya menggunakan apps percuma yang memudahkan kita, memang menyeronokkan.

Nak cerahkan 'foreground' yang gelap pun akan ditunjukkan dalam kelas. Tak adalah kusam je gambar kita, kan? Mudah sahaja nak buat editing macam ini guna smartphone, tak macam zaman dulu-dulu.

Lagi-lagi bila hasilnya, nampak macam lokasi kita shoot gambar tersebut seperti di luar negara.

Nampak macam sedang bercuti di Kepulauan Bahamas, kan? padahal, di Pekan, Pahang sahaja.

Mungkin kita tak perasan dan mungkin juga kita tak pernah sampai. Tapi lokasi gambar ini diambil dengan menggunakan smartphone adalah di Putrajaya sahaja. Dengan menggunakan apps berbayar pada kadar minima ataupun apps percuma, boleh shoot juga aliran air yang seakan 'terhenti' menggunakan teknik 'slow shutter'/'long exposure' ini.

MATLAMAT KELAS

Selesai kelas ini anda akan mahir dengan teknik merakam dan menghasilkan gambar landskap yang cantik dan menarik, seperti dalam gambar-gambar contoh. Kami yakin anda boleh. Anda, bagaimana? 

PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Smartphone
2. Aplikasi Snapseed
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah.
2. Ada nota dan video Live bersama cikgu.
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami.
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.

 

TESTIMONI

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas Live, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Community Group untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Jika terlepas sesi kelas live, tidak mengapa jangan risau. Anda masih boleh menonton semula video rakaman kelas dalam tempoh satu (1) bulan.

8. Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN