'HIJAB GIRL' Karya Anak Terengganu Tewaskan 2300 Peserta Dari Seluruh Dunia

Hijab Girl.

Itulah nama yang disebut-sebut semenjak dua menjak ini di arena fotografi. Foto bidikan Wan Mohd Fadzli W. Samsudin, 39 yang diberi nama 'Hijab Girl' telah memenangi Tempat Pertama dalam pertandingan fotografi kategori potrait, The VII Jalón Ángel International Photography anjuran San Jorge University di Sepanyol. 

Pertandingan fotografi edisi ketujuh tersebut telah menerima penyertaan dari 94 negara lain termasuklah Sepanyol, Rusia, Iran, Perancis, India, Bangladesh, Argentina, Mexio, Colombia, Italy dan lain-lain. Wan Mohd Fadzli yang juga seorang pereka grafik di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya mengalahkan 2300 peserta dari negara-negara tersebut. Tahniah kami ucapkan! 

Berikut merupakan sesi interview kami bersama Tuan Wan Mohd Fadzli;

Pertama sekali, tahniah kami ucapkan di atas kemenangan memenangi tempat pertama dalam kategori potrait untuk pertandingan fotografi, The VII Jalón Ángel International Photography anjuran San Jorge University di Sepanyol. 

Boleh kongsikan dengan kami bagaimana boleh terdetik nak turut serta pertandingan di sana?

Alhamdulillah, terima kasih. Rezeki yang tidak tersangka dari-Nya.

Sebenarnya, photo contest ini saya ternampak dalam iklan di Newsfeed Facebook saya. Jadi, saya buka laman web rasmi contest ini dan membaca terma dan syarat-syarat pertandingan ini.

Saya juga ada review foto-foto pemenang edisi-edisi terdahulu dan kebanyakan semua dari luar negara. Ketika itu, saya mendapat ilham untuk mengetengahkan budaya dan cara hidup kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam. Jadi saya mencuba nasib dengan menghantar sekeping foto Hijab Girl ini.

Berapa lama sudah terlibat dalam bidang fotografi secara profesional?

Kamera DSLR saya yang pertama adalah Canon EOS 400D yang terpakai dan dibeli pada tahun 2009. Di sinilah bermulanya detik saya mempelajari dan ekplorasi fotografi secara serius.

Apakah gear yang digunakan semasa membidik foto ‘Hijab Girl’?

Gear yang dipakai adalah kamera full frame Canon EOS 6D yang dibeli pada tahun 2012. Kamera ini adalah kamera yang selalu bersama saya.

Jangan dibiarkan kamera mahal yang kita beli itu disimpan dalam almari dan berhabuk. Re-fresh semula ilmu fotografi dan cara penggunaan kamera DSLR/Mirrorless. Yang baru beli kamera dan masih tak mahir cara nak guna pun boleh sertai juga. 

Mungkin Tuan juga boleh kongsikan inspirasi di sebalik bidikan gambar tersebut?

Inspirasi saya dalam penghasilan foto ini adalah untuk menonjolkan imej hijab yang mampu memelihara martabat dan maruah wanita khususnya yang beragama Islam. 


Foto 'Hijab Girl' yang telah memenangi Tempat Pertama kategori potrait. 

Jika ada nasihat yang ingin dikongsikan kepada ‘newbies’ dalam bidang fotografi yang baru ingin bermula?

Nasihat yang ingin kongsikan kepada mereka yang ingin menceburi bidang fotografi adalah perlu ada passion untuk belajar dan tidak kenal erti putus asa.  Seperti mana kata-kata Henri Cartier-Bresson yang menyatakan, "your first 10,000 photographs are your worst."

Boleh kongsikan juga dengan kami projek terbaru dan perniagaan servis fotografi Tuan untuk yang sedang mencari terutama di sebelah pantai timur..

Projek terbaru saya adalah mengadakan bual bicara santai bersama ABeKu (X-Photographer Fujifilm) mengenai seni di Malaysia, Jom Lepok Dulu Show yang diadakan setiap hari Ahad pada 9.00 malam. Video rakaman boleh dilihat di YouTube channel saya, Palie Massa

Saya juga masih menawarkan khidmat sebagai jurufoto @ videographer perkahwinan dan event di bawah nama syarikat Massa Studio. Untuk melihat artwork saya terkini, boleh follow di Instagram saya, Palie Massa.

Nak jadi seorang fotografer profesional haruslah mempunyai sifat kental dan tidak mudah putus asa dalam diri. Pucuk pangkalnya, nak shoot gambar apa pun; haruslah ada asas ilmu fotografi. Lepas tu perbanyakkan praktik ambil gambar untuk tajamkan kemahiran dan 'art of seeing' kita.

Ilmu ni bila kita dah belajar, kita TAHU.
Bila kita dah amalkan, baru kita FAHAM.  

Ada juga yang berminat nak jadi seperti beliau? Boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" di bawah dan kami ajarkan dari asas dan fungsi-fungsi penggunaan DSLR/Mirrorless dan juga profesional mode di smartphone. Kelas ni sesuai untuk beginner dan yang dah lupa cara nak guna camera. Kalau dah pandai tu memang tak sesuai masuk kelas ni ya. 


Related Posts

Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Bagi penggemar fotografi di luar sana, pasti sudah faham dengan terma digital noise. Ia adalah salah satu perkara yan...
Read More

Filter
'HIJAB GIRL' Karya Anak Terengganu Tewaskan 2300 Peserta Dari Seluruh Dunia - Saiful Nang Academy
'HIJAB GIRL' Karya Anak Terengganu Tewaskan 2300 Peserta Dari Seluruh Dunia - Saiful Nang Academy