Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi

Pada hari ini, dunia fotografi telah berkembang pesat dengan teknologi moden dan canggih. Manusia berjaya memahami konsep dan cara kamera berfungsi yang membolehkan dunia fotografi ditambah baik dari masa ke semasa. Kini, kamera berjaya dicipta dengan saiz yang lebih kecil sehingga ia mampu disimpan dalam kocek seluar. Di sebalik kemajuan ini, terdetik satu persoalan, siapakah yang mencipta fotografi? Atau bagaimanakah fotografi dicipta?

Abu Ali Al-Hassan atau lebih dikenali sebagai Ibnu al-Haytham merupakan tokoh dan ilmuan yang terkenal dengan kepakarannya dalam bidang optik. Beliau merupakan anak kelahiran Basrah, Iraq dan telah mendapat pendidikan di Basrah serta Baghdad. Tidak dapat dipastikan sama ada beliau berketurunan Arab atau Parsi. Ibnu Haytham dikira amat bertuah kerana telah lahir pada zaman kegemilangan dan kestabilan kerajaan Islam di sana, iaitu pada 1 Julai tahun 965 masihi. Zaman kegemilangan ini telah menyebabkan beliau membesar dalam kalangan masyarakat yang sentiasa cintakan ilmu pengetahuan. Ibnu Haytham dipercayai pernah berhubung dengan Universiti Al-Azhar semasa berada di Kaherah dan terlibat dalam aktiviti Dar Al-Ilm’ yang merupakan pusat ilmu terkenal seperti Baitul Hikmah, Baghdad. Beliau pernah bertugas sebagai pegawai awam dan beliau banyak membaca karya-karya yang ada seperti teologi dan sains. Pada ketika itu beliau menetap di Iran Buyah. 


 

Ibnu Haytham amat terkenal di Timur Tengah, malah dia juga dikenali sebagai Alhazen di barat. Beliau telah membuktikan melalui kajian beliau kepada orang ramai bahawa cahaya itu bergerak dalam garis lurus. Beliau telah menghabiskan banyak masa dengan mengkaji menggunakan kanta, cermin pembiasan dan pantulan cahaya. Disebabkan kepakaran beliau dalam bidang optik, beliau telah diberi gelaran “Bapa Optik”.

Penemuan beliau yang popular adalah “Kamera Obskura” iaitu konsep atau cara kamera berfungsi. Di mana beliau berjaya membenarkan cahaya luar masuk ke dalam bilik yang gelap melalui lubang kecil yang ditebuk pada dinding bilik tersebut. Sinar cahaya dari lubang kecil tersebut kemudiannya memancarkan gambar objek dari luar ke dalam bilik gelap tersebut. Konsep ini telah menjadi asas kepada cara kamera berfungsi yang amat penting dalam dunia fotografi dan cara mata melihat sesuatu objek. Kamera Obskura telah diketahui orang Cina, dan Aristotle pernah membincangkan prinsip di sebalik alat ini dalam karyanya, Problems. Akan tetapi, kerja al-Haytham yang mengandungi pemerian lebih  jelas yang pertama tentang Kamera Obskura dan analisis awal alat ini. Bukan itu sahaja, al-Haytham juga pernah mengkaji proses penglihatan, struktur mata, pembentukan imej di dalam mata dan sistem penglihatan serta menamakan beberapa bahagian di organ mata. Antaranya seperti kornea, retina dan kanta. Ibnu Haytham telah membuat ujikaji untuk membuktikan bahawa manusia dapat melihat kerana cahaya yang bergerak dalam satu garisan lurus ke dalam mata kita. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haytham, bukan mata yang memberikan cahaya, sebaliknya benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia. Teori ini disokong kuat oleh para ilmuwan lain sehingga kini.

Setelah dikaji mengenai latar belakang Ibnu al-Haytham, kita dapat membuat satu kesimpulan bahawa semangat dan azamnya untuk menimba ilmu dan meningkatkan taraf hidup umat Islam amat jelas sekali. Hal ini telah menyebabkan para ilmuwan dan pengkaji kini meletakkan penghormatan yang amat tinggi kepada Bapa Optik, Abu Ali al-Hassan atau Ibnu al-Haytham. 

Bagi anda yang ingin menguasai teknik fotografi, jim sertai KELAS SMARTPHONE PHOTOGRAPHY bersama kami. Hanya menghunakan kamera smartphone sudah boleh mendapatkan gambar yang cantik dan berkualiti. Klik sahaja butang ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar.


Related Posts

5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More
Fotografi Minimalis: Cerita Di Sebalik Gambar
Fotografi Minimalis: Cerita Di Sebalik Gambar
Gambar oleh Oliver Hae Dalam blog kali ini, kami ingin berkongsi tentang salah satu kategori fotografi yang agak popu...
Read More

Filter
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi