5 Apps Foto Editing Percuma Untuk Pengguna iPhone dan Android

Ambil gambar cantik dah, cukup komposisinya, ada pencahayaan yang baik, ada rules of third, framing, leading line. Tapi gambar masih tak cukup Umphh! 

Ha jangan risau, boleh edit dan cantikkan lagi gambar kita yang dah sedia cantik tu. Kalau pandai edit, nak hilangkan jerawat dan parut jerawat pun boleh. Kami kongsikan 5 apps foto editing yang boleh pengguna Android dan iOS donwload.

1. VSCO

VSCO ni bukan saja untuk edit gambar, tapi boleh juga guna untuk photo-sharing. VSCO ni antara apps yang terbaik untuk iPhone photography dan ada features yang best juga seperti 3-in-1 camera, dan social sharing. Dah macam sebuah community untuk photographer 'berkumpul' dah VSCO ni sebenarnya.

2. SNAPSEED

Snapseed ni ialah aplikasi yang dihasilkan oleh Google. Kalau ada yang mencari features ala-ala Photoshop, then this app is the best for you. Apps ni pun boleh edit RAW image juga. Walaupun fungsinya tak sebagus Photoshop, tapi kebanyakan fungsi yang ada di dalam Snapseed ini hampir menyerupai fungsi-fungsi yang ada di dalam Photoshop. 

Antara yang best dalam Snapseed ni ialah dia ada healing brush (boleh hilangkan jerawat dan parut jerawat), structure, HDR dll. Filter dan photo effects yang boleh di edit, bagi kita lebih control untuk dapatkan gambar seperti yang kita inginkan. Nak create preset sendiri pun boleh juga. 

Jangan tak tahu, gambar yang kita dah shoot dan edit tu boleh dijual di platform online. Lagi best bila gambar kita dibeli dalam nilai USD. Ketahuilah bahawa 1 USD itu jauh lebih baik dari 100 Likes di Facebook dan Instagram. 

3. INSTASIZE 

Mungkin ramai yang tak tahu mengenai Instasize. Tapi Instasize ni ibarat all-in-one photo editing apps. Ada banyak filter yang best, beberapa pilihan untuk resize gambar, ada features untuk pilih border/frame gambar, retouching tools malah boleh edit video juga. 

Apps yang mudah untuk digunakan walaupun first timer. Content creator yang nak ada gambar yang lawa dan aesthetic sesuai untuk gunakan apps ini. 

4. PIXLR

Salah satu apps yang popular dan ada banyak pilihan effects, overlays dan filter yang boleh digunakan untuk hasilkan foto yang unik dan memukau. Pixlr juga menawarkan 4 web apps yang berbeza yang boleh digunakan untuk browser juga. 

i) Pixlr Editor
Antara yang terbaik untuk free web app dan ada banyak features yang boleh digunakan, malah boleh buat layers dan colour replacement juga.

ii) Pixlr Express
A toned-down version of Pixlr Editor tapi features yang lebih mudah untuk digunakan dan difahami dengan tambahan preset filters. 

iii) Pixlr Pro
Ada free trial tapi limited. Melalui apps ni juga boleh buka file Photoshop PSD dan save as PNG atau JPG.

iv) Pixlr Today
Yang ni pula ialah task manager extension untuk Google Chrome Browser. Apps yang ini percuma tapi ada in-app purchases juga untuk features yang lebih menarik. Bila kita dah siap edit gambar, gambar kita akan auto save directly ke account social media kita atau pun email. Menarik kan?

5. ADOBE LIGHTROOM PHOTO EDITING

Antara apps photo editing yang menjadi favourite team Saiful Nang Academy. Boleh edit dan organise gambar dalam kuantiti yang besar. Dalam apps ni juga ada built-in camera yang mana membolehkan kita ambil gambar dalam format RAW; boleh guna fungsi exposure, aperture dll. Guna apps ni edit 100 keping gambar pun boleh settle dalam masa 10-15 minit. Memang mudah. 

Jika nak guna untuk edit foto yang biasa-biasa boleh guna yang free version je itu pun dah cukup memadai, tapi kalau nak guna untuk tujuan profesional boleh beli version yang berbayar. Adobe Lightroom ni pun kita boleh create preset kita sendiri. Memang best!

BONUS: APPS UNTUK JUAL GAMBAR ONLINE

Bagi yang berminat nak jual gambar-gambar yang ada berlambak dalam henfon kita tu, boleh jual di platform ni. Boleh explore dan google bagaimana nak mula menjual gambar online. Kalau nak berguru dengan cikgu yang dah berpengalaman dapat beribu ringgit dari sini, boleh KLIK DI SINI untuk belajar. Klik kat gambar tu pun boleh.  
 Antara 5 apps yang kami kongsikan ni, pilihan you guys yang mana satu? Dah tahu semua ni pun tapi kalau edit gambar pun masih over editing, gambar yang gelap bila edit jadi over expose, gambar yang dull bila edit tapi jadi makin buruk -- memang WAJIB sangat lah untuk join kelas photo editing kami. Kami ajarkan cara edit gambar dengan betul. Tapi kalau gambar pun dah memang tak cantik, edit gambar satu jam pun tetap tak akan dapat mencantikkan gambar tu. Sebab foto editing ni ialah salah satu usaha kita untuk mencantikkan gambar yang dah sedia cantik. Dalam kelas nanti kami nak ajarkan cara: 
- Cerahkan gambar dengan BETUL
- Teknik hilangkan jerawat
- Teknik naikkan seri gambar
- Teknik edit 100 keping gambar dalam masa 10 minit
- Teknik hasilkan preset sendiri dll

Kelas kita online jer selama 3 jam dan kalau tak sempat tonton video kelas secara Live, masih boleh tonton video rakaman dan video boleh ulang tonton sampai faham. Nak belajar boleh klik je 'Add Selected To Cart'. Daftar 1 kelas RM70, daftar 2 kelas RM100, daftar 3 kelas RM150.. Boleh dapat penjimatan sehingga RM60!

Related Posts

Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Pada hari ini, dunia fotografi telah berkembang pesat dengan teknologi moden dan canggih. Manusia berjaya memahami ko...
Read More
Fotografi Minimalis: Cerita Di Sebalik Gambar
Fotografi Minimalis: Cerita Di Sebalik Gambar
Gambar oleh Oliver Hae Dalam blog kali ini, kami ingin berkongsi tentang salah satu kategori fotografi yang agak popu...
Read More

Filter
5 Apps Foto Editing Percuma Untuk Pengguna iPhone dan Android - Saiful Nang Academy
5 Apps Foto Editing Percuma Untuk Pengguna iPhone dan Android - Saiful Nang Academy