Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Barulah nampak 'rare' untuk dijadikan koleksi peribadi keluarga.
.
Di sini kami kongsikan macamana nak hasilkan gambar anak macam gambar di bawah ni gunakan smartphone dan props di rumah sahaja.
.
1) Caranya, pastikan anak mengadap sumber cahaya dan kita tidak menghalang cahaya.
2) Pilih apa-apa props yang ada di rumah seperti kain / material yang ada corak-corak yang boleh ditembusi cahaya seperti langsir putih, doily paper, potongan kertas dan lain-lain yang bercorak.
3) Letakkan props tersebut dekat dengan muka anak hingga nampak bayang props di muka anak
4) Shoot gambar guna henfon yang ada
5) Pastikan fokus kita di anak mata anak kita dan cuba hasilkan 'catch light' di titik fokus tersebut
6) Edit sedikit menggunakan apps percuma Lightroom di henfon untuk hasilkan gambar cantik, lebih cantik jadinya
7) Simpan / muatnaik / jual gambar di website stock photo
.
EXTRA TIPS: Nak bagi muka dan dagu nampak runcing dan kurus, angle camera smartphone kita tu naikkan sikit ke 45 darjah. Jangan ambil gambar dari angle bawah, nanti nampak segala double chin, triple chin kita. Benda boleh sorok, kita sorokkan đ
.
Mudah sangat kan? Jangan lupa untuk mencuba!
.
Dapatkan lebih banyak tips dan trick fotografi smartphone dalam kelas SMARTPHONE PHOTOGRAPHY Saiful Nang Academy bersama Cikgu Harraz. Klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar.