Google Workspace Kini Percuma Untuk Semua Pemegang Akaun Google

 

Google telah mengumumkan bahawa Google Workspace sudah boleh didapati serta digunakan oleh pemegang akaun Google dan bukan hanya untuk akaun perniagaan. Features yang disertakan bersama Google Workspace juga boleh didapati oleh semua pemegang akaun sekarang.

Google Workspace dilancarkan pada tahun 2020 sebagai penjenamaan semula G Suite yang digunakan secara berbayar untuk akaun perniagaan dan perusahaan. Google kini menyediakan features di Workspace sesuai untuk semua pemegang akaun Google. Jadi tidak perlu lagi membayar pada masa akan datang.


Apa kelebihan Workspace pada pengguna Google?

1. Workspace menggabungkan beberapa aplikasi Google yang berlainan seperti Gmail, Chat, Calendar, Drive, Docs, Sheets, and Google Meet di dalam satu Window. Untuk mengaktifkan features tersebut, pengguna harus mengaktifkan Google Chat dalam setting Gmail di web.



2. Ketika menggunakan salah satu aplikasi Google ini, pengguna boleh melihat pilihan untuk beralih ke aplikasi lain di tab yang sama. Contohnya, anda boleh menambahkan maklumat baru ke Google Sheet semasa berada di Gmail.

3. Google menjelaskan bahawa  Workspace adalah untuk memudahkan orang untuk terus berhubung, mengatur dan bekerjasama. Nampaknya Google menyedari bahawa banyak pengguna biasa juga akan mendapat kelebihan daripada 'multitask" yang mudah daripada Workspace dan bukan hanya untuk segmen perniagaan.

4. Mampu mengakses aplikasi Google yang berbeza dari dalam Gmail adalah penjimatan masa yang besar untuk ramai pengguna, kerana mereka tidak perlu beralih antara aplikasi dengan aplikasi yang lain lagi.

Boleh dikatakan Google Workspace memberi kemudahan pada peniaga untuk mengatur kerja kerana semuanya berada dalam 1 platform.

Sekarang hanya perlu memahami bagaimana untuk meletakkan perniagaan di dalam Google dan bagaimana menggunakan fungsi Google. Semua ini kami akan ajarkan di kelas Google Business yang hanya bernilai RM10. Klik gambar di bawah untuk mendaftar.


Related Posts

6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
Beberapa tips ini sangat berguna untuk peniaga online yang banyak bergantung kepada leads yang diterima dari iklan me...
Read More
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
Siapa di sini yang selalu TERASA bila tengok iklan ejen insurans? Kebanyakan antara kita mesti pernah sekurang-kurang...
Read More
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
Ada dengar pelbagai kisah dan luahan usahawan dengan isu yang berlaku pada Platform FB sebelum ini.Facebook, Instagra...
Read More

Filter
Google Workspace Kini Percuma Untuk Semua Pemegang Akaun Google - Saiful Nang Academy
Google Workspace Kini Percuma Untuk Semua Pemegang Akaun Google - Saiful Nang Academy