Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan

Perkara ini nampak macam isu kecil, tapi sebenarnya ianya antara salah satu sebab kenapa iklan kita DILIHAT, DIAMBIL PEDULI & TINDAKAN atau TIDAK, oleh bakal pelanggan kita.
.
Tujuan sebenar buat poster iklan terutamanya adalah untuk POSTER KITA DILIHAT ORANG. Bila dah jadi 'big-stopper', mudah nak yakinkan bakal pelanggan untuk lihat produk / sevis yang kita sedang promosikan.
Kalau tengok poster pun ada yang tak suka nak baca, macam mana nak ajak orang BELI produk / servis dari kita kan? TAPI, kalau sekali tengok poster kita, terus terpikat dan terikat hatinya, yang inquiry biasa pun boleh bertukar jadi 'REPEAT CUSTOMERS'.
.
5 KESILAPAN YANG PERLU DIELAK DALAM POSTER KITA

1. GUNA SAIZ FONT TERLALU KECIL ATAU TERLALU BESAR
Tetapkan pendirian, dan jangan berlebih-lebihan. Pilih saiz tulisan yang 'sedang elok' di mata. Kalau kita sendiri lihat, nampak terlalu halus / terlalu 'menjerit', ubahkan saiznya.


*Cikgu Saiful Nang akan kongsikan tips copywriting dalam VIDEO RAKAMAN SILIBUS kelas ini
.

Kalau tulisan dalam blog ini antara 10-12 Arial, contohnya, jangan guna yang terlalu lebih kecil atau terlalu lebih besar, untuk dituliskan di atas poster saiz petak biasa saiz asas untuk sebaran di Instagram contohnya.

2. GUNA AYAT TERLALU PANJANG DALAM POSTER
Kita bukan nak buat karangan dalam sekeping poster tu. Kena jimat masa dan juga ruang, supaya orang yang membacanya, tak rasa serabut alam. 
.
Kena pastikan ada 'breathing space' pada poster. Sama juga teknik dalam ambil gambar untuk poster, bila ada 'breathing space' ni, lebih mudah kita nak gunakan ruang tersebut pada gambar yang sama, untuk kita letak tulisan kita di situ.
.
Guna 'point form' lebih baik pada poster dan bukan ayat lengkap gaya kita nak menduduki peperiksaan SPM.
3. GUNA TULISAN 'CURSIVE' SEHINGGA SUKAR DIBACA MAKLUMATNYA
Gaya tulisan jenis ini memang cantik, tapi kalau tak dapat nak sampaikan mesej, kurang berguna juga. jenis font sebegini menarik jika digunakan pada kad jemputan, tajuk nota dan lain-lain. 
Tapi, untuk tujuan pemasaran, kita fokuskan kepada KEPANTASAN & KETEPATAN mesej disampaikan. Kalau orang tak faham apa yang kita tuliskan, hanya kita sahajalah yang syok sendiri faham.
4. GUNA WARNA TULISAN YANG KURANG JELAS
Pemilihan warna tulisan terkait rapat dengan warna latar belakang / 'tanah' poster kita. Boleh rujuk kombinasi warna yang sesuai untuk kegunaan poster-poster iklan.
.
Kalau kita pergi ke kedai-kedai yang menjual cat, mereka akan sediakan / tunjukkan carta warna dengan tona warna yang pelbagai, atau gabungan kombinasi warna yang sesuai digandingkan bersama dalam satu-satu permukaan (secara online pun boleh rujuk carta warna ini). 
Cuma, janganlah guna kesemua kombinasi warna yang disenaraikan, sekaligus. Jadi 'fun-fair' meriahnya nanti. Pilih sahaja 3-4 warna sesuai, mencukupi. 5 warna pada 1 poster adalah jumlah maksima kita boleh pilih. Ingat, kita juga akan memberi kesan kepada emosi pembaca / bakal pelanggan dengan pemilihan warna yang kita buat. 
.
Jangan buat orang stress, atau lari pula ya, dek poster kita.  
5. GUNA TERLALU BANYAK JENIS FONTS PADA POSTER
Kita bukan masuk pertandingan tulisan cantik macam di sekolah rendah. Fonts untuk kegunaan professional, terutamanya dalam pengiklanan, kebanyakannya jenis tak banyak 'ekor' pada huruf-hurufnya. Apa maksud 'ekor' nI? Yang berkait-kait ('cursive') di hujung tulisan font.
2-3 jenis fonts sahaja pada 1 poster, adalah memadai. Kedua-duanya juga SEBAIKNYA dari 'keluarga' yang sama. Contohnya, jika guna font LATO, pilihan fonts dalam keluarga yang sama adalah Lato light, regular, italic, bold dan black italic (jika guna apps buat poster percuma, CC Express - dahulu dinamakan Adobe Spark Post).  
Banyak lagi Cikgu Syibli nak kongsikan kepada semua peserta Kelas Poster Iklan Guna Smartphone (RM70) AHAD | 10 APRIL 2022, 9.00am - 12.00pm ini.
.
Kalau masuk sekarang pun boleh. Rakaman video kelas pun dah siap untuk diulangtonton dalam tempoh 1 bulan bermula dari tarikh daftar. Lebih jimat kalau sertai melalui PAKEJ USAHAWAN ONLINE - lengkap untuk usahawan belajar :
.
- cara buat poster iklan guna smartphone dan guna apps percuma (live & rakaman)
- 'lock sales' guna WhatsApp (live & rakaman)
- tulis Copywriting Membelah Langit (live & rakaman)
- buat Iklan Facebook Impak Tinggi (rakaman sahaja)
.
Maklumat lanjut, boleh tekan mana-mana gambar dalam artikel ini. Daftar SEKARANG dan tukarkan poster biasa-biasa jadi 'sales puller', JOM! 💪🏻💪🏻💪🏻 

Related Posts

Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal...
Read More
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
Tak perlu tulis berjela kalau tahu cara MUDAH nak 'pancing poket' pelanggan / bakal pelanggan. Kena caranya, terus ja...
Read More
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
Beberapa tips ini sangat berguna untuk peniaga online yang banyak bergantung kepada leads yang diterima dari iklan me...
Read More

Filter
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan