7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan

Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang memang perlukan fokus dan kemahiran yang pelbagai.
.
Boleh fokus kepada 7 PERKARA UTAMA ini dahulu untuk bantu melancarkan lagi tugasan harian. Semak setiap foto sisipan. untuk penjelasan.
.

1. Sentiasa cari peluang untuk ‘cucuk jarum’ secara berhemah
Dalam socmed kita, setiap perkongsian yang dilakukan, telah dan akan 'ambil masa' kita. Itu juga KOS. Jadi, perlu pastikan yang setiap komen dilayan / dijawab sebaiknya, setiap maklumbalas tentang perkongsian post kita tu diambilkira keberkesanannya. Setiap iklan, ada hasilnya.
.
Maksud berhemah : JANGAN SPAM DI PAGE ORANG LAIN DENGAN IKLAN KITA. Sebab kita pun kebanyakannya bukan suka sangat orang menyibuk selit iklan di page kita kan? Jadi, jangan buat macam tu. Ada cara yang LEBIH BERKESAN nak pastikan kita boleh 'selit cucuk jarum'.

Merugikan jika kita penat-penat buat post, tak ada 1 like pun kita dapat. Kena kaji, kenapa post A 'tak pergi' - tak dapat maklumbalas baik, kenapa post B pula boleh viral dan bawa hasil. dah kenalpasti, perbaiki dalam post seterusnya dan konsisten dalam menambahbaik apa yang dah dibuat sebelumnya.
.
Kadang-kadang gambar dah cantik, tulisan pada poster pula tak menarik. Dah poster cantik, copywriting pula tak bawa pelanggan membeli. Jadi, setiap inquiries boleh selitkan unsur 'cucuk jarum', walaupun ada masanya orang tak komen tanya tentang produk / servis kita pun.

2. Shoot foto / video apa sahaja ‘bahan’ yang boleh digunakan dalam pemasaran
.
Ke mana pun kita pergi, pasti akan bawa smartphone kita tu sama. Jangan lepaskan peluang bila ianya 'melintas' depan mata. Shoot & share. Kadang-kadang, post umum tapi informatif dan ada kaitan dengan produk / servis kita membantu memberikan kesedaran kepada pembeli untuk gunakan produk / servis kita.
.
Kadang-kadang kita 'rasa' "tak kan lah macam ni orang suka", tapi tak salah kita buat koleksi bahan marketing guna smartphone yang ada. Ada masa, sesuai keadaan, foto / video itu jugalah kita boleh ulang guna sebagai bahan pemasaran.

3. Jawab mesej bakal pelanggan sebaiknya.
.
Sebagaimana orang kata 'tetamu bawa rezeki', bakal pelanggan / pelanggan yang hantar mesej kepada kita bertanyakan jawapan pun boleh 'bawa rezeki' kepada kita. Akhiri jawapan dengan soalan seterusnya, tapi BUKAN mendesak. Nampakkan saranan, berbanding kewajipan untuk dapatkan produk / servis kita.
.
Jangan 'berkira', kalau tak dapat jawab segera ketika mesej diterima, set kan siap-siap 'fast replies' yang ada dalam WhatsApp Business kita tu. Kemudahan dah ada, gunakan sebaiknya.

4. Guna apps yang membantu tugasan selesai dengan lebih pantas.
.
Zaman sekarang MEMANG zaman teknologi di hujung jari. Banyak sangat apps yang boleh bantu kerja-kerja editing kita walaupun guna smartphone sahaja.
.
Nak edit foto, video; nak buat poster iklan, gambar thumbnail YouTube, nak buat ads di socmed utama dan macam-macam lagi, semuanya dah ada. Memang kalau digunakan sebaiknya, boleh bantu Banyak apps PERCUMA pun untuk kita pilih. Team Saiful Nang Academy pun banyak guna apps percuma sahaja siapkan semua bahan marketing. Yang penting, MUDAHKAN lagi kerja-kerja pegawai pemasaran.

5. Cari jalan untuk kurangkan kos pengiklanan.
.
Zaman sekarang juga, disebabkan ramai yang dah tahu strategi VIRAL, ada yang cuba gunakan cara itu dalam memastikan produk / servis mereka pun sama viral. Ada yang guna cara viral yang buruk, orang ramai memperkatakan (dan mengata) tentang isu viral mereka. Tak perlu bayar apa, kecuali sama ada mampu nak tebalkan muka dan jatuhkan maruah sendiri (tak semua buat).

Tapi untuk kita yang masih ada aqal yang waras dan akhlak yang baik, ada cara lain yang LEBIH BERHEMAH. Foto cantik, video menarik, copywriting mantap walaupun tak meleweh-leweh, poster yang jadi 'big stopper', jawab mesej cara terbaik; pun boleh JADI VIRAL SECARA POSITIF kepada orang ramai. Tak ada cas pun kalau dah post kita diviralkan orang dengan cara yang baik.

6. Rajin kongsikan tips berkaitan produk
.
Jangan terlalu banyak kongsikan iklan menjual dalam socmed syarikat. Followers mahukan ILMU BERMANFAAT dan mahu ilmu baru / tambahan yang boleh mereka amalkan dalam kehidupan seharian. Ilmu yang boleh bawa lebih kebaikan dalam hidup mereka.
.
Kalau jual produk / servis berasaskan makanan, boleh kongsi RESIPI, contohnya. Atau tips nak cari makan bila travel di negara orang. Kemudian selitlah sekali jenama produk / servis kita dalam tips tu.


Kalau kita jual produk kosmetik, boleh nampakkan apa tips sesuai dengan jenis kulit muka berbeza, contohnya. Keperluan setiap orang yang berbeza, membantu pemahaman dan pemilihan produk sesuai dengan diri masing-masing. Orang suka baca tips sebab ianya informatif dan berguna, selalunya.
.
TAPI, pastikan infonya tepat. Naya pula kalau tersilap kongsi tips, habis kulit muka orang nanti, dek salah guna tips penjagaan kulit muka kita yang salah tu.

7. Tunjukkan keperluan bakal pelanggan terhadap produk / servis berbanding hanya kelebihan produk / servis
.
Jangan syok sendiri semasa buat post. . Kalau jual insurans, jangan selalu sangat takut-takutkan bakal pelanggan dan terlalu kerap guna penulisan berbentuk ANCAMAN. Walaupun kita tahu ianya memang perlu dan memang wujud keadaan sedemikian. 
.
Lebih selesa kalau kita banyak kongsikan kisah-kisah INSPIRASI sampai orang terbuka hati tentang KEPERLUAN mereka dengan servis yang kita tawarkan. Contoh, melaram baju Melayu di Cappadoccia sampai dapat tempahan raya awal. Tak lama lagi raya, orang kita PERLU baju Melayu baru (dan kita boleh selit INSPIRASI dalam post kita). Peniaga lain yang baca pun boleh tiru cara kita ni.

Taip dan baca panjang-panjang tapi kalau satu pun kita TAK BUAT, memang tak boleh jadi untung kepada kita kan? Bagus kalau setiap satu tu kita boleh kuasai, terutamanya sebagai 'newbies' dalam bidang ni.
.
Nak tambah ILMU BISNES dalam Pakej Usahawan Online (RM 150 SAHAJA) yang memang sangat berbaloi dengan ilmu dan yurannya, tekan je terus gambar di bawah ni. Dahlah 4 kelas bisnes tu ilmunya dari pengalaman cikgu-cikgu yang juga membantu menguruskan 15 syarikat milik penuh Rumah Pengasih Warga Prihatin sejak 17 tahun lepas, kita pun dapat JIMAT RM 200 kalau join secara pakej. TEKAN SAHAJA GAMBAR DI BAWAH NI.

Related Posts

4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
Siapa di sini yang selalu TERASA bila tengok iklan ejen insurans? Kebanyakan antara kita mesti pernah sekurang-kurang...
Read More
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
Ada dengar pelbagai kisah dan luahan usahawan dengan isu yang berlaku pada Platform FB sebelum ini.Facebook, Instagra...
Read More
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
2 bulan berturut-turut kelas bisnes online kami dihadiri oleh agent Thermomix untuk upgrade ilmu menjual mereka. Jadi...
Read More

Filter
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan