Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?

Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal pelanggannya.

Ramai yang memberikan maklumbalas yang pelbagai. Ada yang setuju dengan pengusaha kek tersebut. Ada juga yang menentang dan menyokong bakal pelanggan tersebut.
Mungkin peniaga-peniaga online boleh ambil ini sebagai pelajaran:
1) Apa tujuan kita berniaga?
Ada tujuan atau terpaksa?
Jika terpaksa, mungkin perlu fikirkan semula dan jadikan perniagaan sebagai salah satu USAHA MURNI untuk membantu diri dan keluarga.
Ramai yang akan kata, carilah YOUR BIG WHY dalam kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tahu sebabnya, kita akan jadi lebih mudah melaluinya. 
2) Tetamu bawa rezeki
Kalau berniaga secara fizikal, siapa pun yang memasuki kedai kita pasti akan ada 'membawa rezeki'. Jika dilayan baik, baiklah hasilnya. Walaupun ada masanya BUKAN DITERIMA PADA HARI / MASA YANG SAMA. 'Rezeki' kita mungkin datang pada hari yang lain, melalui rakan-rakan pelanggan yang datang 'melawat' tadi.
Begitu juga jika kita 'layan tetamu di WhatsApp' dengan baik-baik. Walaupun tak segera membelinya, dengan budi bahasa kita yang baik melayannya, pasti satu hari nanti akan ada yang dibelinya dari kita. 
3) Jawab mesej pelanggan sebaiknya
Tak mengapa kalau terlambat membalasnya. Kita ni pun manusia biasa, ada masa perlu berehat dan 'mengadap' urusan-urusan lain. Sebab itu, jika ada teknik dan apps yang memudahkan kita menjawab sementara kita sedang uruskan urusan lain, boleh kita aturkan terlebih dahulu. Dalam WhatsApp pun ada 'features' yang sangat membantu peniaga online yang memang selalunya kesuntukan masa nak menjawab mesej-mesej yang berjujuk masuk (banyak mesej bermakna, iklan kita berkesan. Tinggal sikit sahaja lagi nak pastikan produk / servis kita terjual).
Customer is always right . Betul ke? 
Walaupun kata-kata ini boleh dibangkang, ada masanya, bakal pelanggan yang 'sukar' pun boleh 'dijinakkan' dengan kita membalas mesej dengan cara yang baik. Sebagaimana kita mahu orang berbuat kepada kita, berbuatlah sebaiknya kepada bakal pelanggan kita tu. Untung-untung, mereka juga boleh jadi REPEAT CUSTOMERS kita selepas ini, dan kita boleh fokus buat iklan yang mensasarkan bakal pelanggan yang lain pula. Kan, best tu. Database kita boleh jadi SEMAKIN BESAR / BANYAK - antara 'harta' bagi peniaga online.
.
Teringat kata-kata ini:
Bukan tempatnya yang sempit, cuma hatinya sahaja yang kurang lapang.
Bukan rezekinya yang sedikit, bersyukurnya sahaja yang kurang.
.
Baca panjang-panjang pun tak guna, kalau ilmunya tak diamalkan, kan? Tambah ilmu dalam kelas-kelas dalam Pakej Usahawan Online untuk lebih mudah 'lock sales'. Tekan gambar untuk mendaftar. Dah lah JIMAT, dapat MANFAAT.

Related Posts

9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
Ada dengar pelbagai kisah dan luahan usahawan dengan isu yang berlaku pada Platform FB sebelum ini.Facebook, Instagra...
Read More
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
2 bulan berturut-turut kelas bisnes online kami dihadiri oleh agent Thermomix untuk upgrade ilmu menjual mereka. Jadi...
Read More
10 Website Sedeqah Gambar Percuma Untuk Designer dan Peminat Foto Cantik
10 Website Sedeqah Gambar Percuma Untuk Designer dan Peminat Foto Cantik
Designers untung banyak tak perlu keluarkan duit nak guna gambar cantik secara percuma. .Ada masa, kita TAK BANYAK MA...
Read More

Filter
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?