Upload Video Cara-Cara 'Flush' Tandas Dapat 40,000 Views Dan Dapat Gaji Dari YouTube
.
'How to' cook nasi goreng
Cara cuci mesin basuh
Cara masak nasi lemak
Cara buang jerawat (Jangan tak percaya, yang ini ada 'peminat tegar'nya tersendiri) dan lain-lain lagi. Ini antara contohnya:
Jadi, sebab itu ada YouTube channel yang boleh menjana pendapatan melalui aktiviti mereka upload video-video tutorial ni.
Contohnya seperti channel YouTube Helpful DIY ni.
Kalau ikutkan Social Blade, ini 'anggaran pendapatan' bulanan / tahunan untuk channel tersebut. Kebanyakan video dimuatnaik mereka adalah video 'biasa-biasa' yang kita buat seharian. Berbaloi sungguh kalau pendapatan sebenarnya memang seperti ini, kan?
Siapa yang tak tahu 'flush' tandas kita tu kan? (Ini yang kita rasa) Tapi, sebenarnya, video-video tutorial macam ni sangat dicari orang awam. Kenapa?
.
- Ada ibubapa nak tunjukkan cara-caranya kepada anak masing-masing.
- Ada cikgu, nak tunjukkan cara-caranya kepada anak murid masing-masing.
- Ada boss nak pastikan staff jaga kebersihan dalam tandas di pejabat dan elak menyusahkan orang lain, jika ada dalam kalangan staffnya tak pandai flush tandas selepas guna
- Ada ramai lagi manusia dalam dunia ni yang TAK TAHU dan mereka perlukan video-video tutorials 'semudah' video tutorial flush tandas ini.
Maksudnya, dah boleh mula fikirkan: Apa agaknya video tutorials yang KITA boleh buat pula. Kenapa? Sebab kita juga boleh jana pendapatan melalui YouTube, lebih-lebih lagi bila kita ramai subscribers dan ramai likers kepada video-video yang kita kongsikan. Macam channel Youtube RareTV ni.
Tetapi bukan semua 'How to' ini bagus. Ada kelebihan dan kekurangan video-video 'How to' ini.
.
KELEBIHAN
1) Sentiasa ada view terutama apabila video kita sangat releven terhadap apa yang orang cari.
2) Video 'How to' yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa seperti 'cara buat kad raya', 'cara solat terawih', 'cara masak rendang' dan lain-lain akan mendapat view yang sangat tinggi setiap kali perayaan.
3) Memberikan manfaat kepada yang memerlukan
.
Contoh video cara-cara buat kad raya yang dalam 24 jam dikongsikan sebanyak 3,000 kali di Facebook page Saiful Nang Academy sebelum dikongsikan semula ke YouTube oleh channel Youtube PhotoSunday
KEKURANGAN
1) Dah banyak video 'How to',
Jadi, sama ada anda perlu buat video 'How to' yang lebih baik atau cari 'How to' yang masih belum ada orang buat
2) Kebiasaanya orang yang menonton video 'How to' adalah untuk mencari jawapan bukan untuk 'leasure purpose'.
Ingat ada orang tengok YouTube utk berhibur, ada yang mencari jawapan. Untuk kategori mencari jawapan setelah mendapat jawapan, biasanya viewer tidak akan subscriber. Jadi jangan pelik kalau kita ada video dengan view yang tinggi tetapi subscribers tak meningkat
.
Jadi sesuai atau tidak nak buat video 'How to'?
Boleh sahaja, ini tips nya :
1) Buat 'How to' yang ada carian yang tinggi, (semak di Google Trend).
2) Jadikan video 'How to' kita menarik, kelakar, orang terhibur tengok. Jadi bila mereka tengok, dapat 2 in 1 : ilmu dan hiburan. Jadi orang akan berminat untuk subscribe
3) Buat video 'How to' yang kena dengan isu semasa. Sekarang, 'musim' apa?
.
Tahu tips, tapi tak tahu buat video mantap sampai boleh dapat gaji dari YouTube pun tak guna juga. Boleh cuba tambah ilmu-ilmu lagi di sini. Tekan pada semua gambar-gambar untuk maklumat lanjut.
Ini dahulu tips untuk waktu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa ajak kawan-kawan, supaya lebih ramai beroleh manfaat.