Ubah Strategi dan Sales di Shopee Naik Mendadak

 Sedikit tips dari newbie seller shopee yg betul-betul cetek ilmu dari segi bisnes.😁

Sy kongsi tips ni berdasarkan apa yang saya buat dengan produk apa yang saya jual.

Saya buka akaun shopee ni lama dah. Tujuan buka akaun shopee ini hanya untuk membeli barang sahaja dan tidak ada niat langsung nk berniaga dalam ni.

Saya merupakan peniaga Tudung Fareha dan hanya jual kepada kawan dan kenalan terdekat dan kenalan di socmed


Apabila kerajaan umum untuk laksanakan lock down yang bermula 1.6.2021, saya dan wife dah mula pening memikirkan macam mana nk hntar tudung ke customer kerana sebelum ni semua tudung kami hantar ke pada custmer dengan COD, dan yang pos hanya sedikit, boleh kira degan jari.

Fikir punya fikir, last skali dapat idea berniaga di shopee... 😊

Bila bukak ja shopee dan search Tudung Fareha, masyaALLAH, dah banyak seller yang memang dah lama berniaga kt shopee ni dan angka sales mereka  mencecah angka ribu dah jadinya macam mana kita seller baru nak masuk berniaga dalam shopee ni.

Tetapi sebagai seorg peniaga, kita mesti ada strategi dalam bisnes kita.

Kami pun mula merangka strategi untuk masuk berniaga di dalam shopee. Sebagai seorang pembeli di dalam shopee pada asalnya, mesti kita tau kenapa kita nak membeli dengan kedai tu dan apa yg buat kita tertarik untuk membeli di kedai tu..

Kami pun brainstorming dan listkan beberapa point penting seperti di bawah:
1.kedai tu mestilah sudah banyak yang membeli dengannya.
2.dari segi rating dan komen pembeli
3.apa hadiah yg seller akan bagi dekat kita bila kita beli produk mereka.

4.adakah kita kena bayar kos postage.

Ini antara aspek yang saya dengan isteri dapat senaraikan.



Bermula dari situ, kami pun fikir cara yang terbaik untuk kami penuhi ciri-ciri yang seperti diatas.


1. Point yg paling susah mesti lah untuk mendapatkan trust daripada customer untuk melakukan pembelian yang pertama.
Oleh kerana kami sudah ada cutomer yang tetap, kami terpaksa minta bantuan regular customer untuk membeli di kedai shopee kami. Tapi tak semudah yang disangka kerana tak semua pelanggan kami ada akaun shopee.Oleh kerana itu, kami promote dengan lebih kerap di media sosial seperti fb, ig, status wasap dan banyak lagi.

2.Kami join program free shipping RM15 dan 10% cashback dan masa minimum untuk kita sertai program ni adalah selama sebulan.Sebagai permulaan untuk kita bina kepercayan dan untuk custmer mengenali kedai kita, saya galakkan anda sertai program ni.

3.Kami juga ada menawarkan cash back gift untuk follower yang sudi follow kami. Jadinya sesiapa yang follow kedai kami dengan minimum pembelian akan dapat cash back. Tujuannya adalah untuk menambah follower dalam kedai.

4.Kami bagi gift untuk sesiapa yang membuat pembelian tudung di kedai kami, walaupun dengan hanya membeli sehelai tudung.

Hasilnya, Alhamdulillah rezeki dari Allah.. kami berjaya membuat jualan RM+- 8K untuk 20 hari.

Dan tips tambahan untuk umat islam, jaga solat 5 waktu, berdoa dan rajin bersedekah. InsyaAllah pintu rezki seluas luasnya buat kita semua.


PERKONGSIAN INI DARI : Khairul Izuary
EDITOR :MOHD FAIZ ZULHILMI

Mantapkan lagi jualan dengan gambar dan video produk yang boleh menarik perhatian. Produk kita wajib ada gambar pengenalannya sendiri. Bukan gambar sembarangan, tapi kita kena pastikan foto dan video produk yang kita nak jual itu betul-betul menampakkan ciri istimewanya dan dipersembahkan dalam suasana yang mampu membuatkan bakal pelanggan ternganga melihatnya.

Dengan Pakej Usahawan Produk ini, produk biasa-biasa, boleh jadi luar biasa jika betul caranya. Klik untuk daftar.


Related Posts

'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
Ini adalah perkongsian dari Tuan Ammar Zahar, seorang marketing consultant yang banyak membantu usahawan, di page bel...
Read More
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Perkara ini nampak macam isu kecil, tapi sebenarnya ianya antara salah satu sebab kenapa iklan kita DILIHAT, DIAMBIL ...
Read More
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More

Filter
Ubah Strategi dan Sales di Shopee Naik Mendadak - Saiful Nang Academy
Ubah Strategi dan Sales di Shopee Naik Mendadak - Saiful Nang Academy