Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan.
Jika kami boleh, content creator yg lain juga boleh. Kebanyakan video kami record guna henfon je.
Kami bergiat aktif kembali semasa September tahun lepas dan telah berjaya menghasilkan hampir 200 video content. Ini tips yg boleh kami kongsikan untuk menaikkan channel berdasarkan PENGALAMAN KAMI SENDIRI.
1. BUAT VIDEO YANG KITA MINAT
Trick nya di sini, perlu pastikan juga perkara yang kita minat itu juga haruslah disukai dan diminati oleh orang lain juga. Bila kita nak hasilkan video, jangan abaikan minat viewers kerana mereka inilah yang akan menonton dan menaikkan views video kita. Pendek kata jgn buat video syok sendiri. Skill videografi pun penting juga sebab kita sendiri pun tak minat nak tengok video yang boring dan meleret-leret.
Ketika video ini kami sudah terima RM6K++ sebulan untuk income pasif (melalui iklan Youtube) sahaja, itu belum termasuk lagi nilai pengiklanan (sponsorship, reviews dan etc) yang lain. Walaupun ada mulut-mulut yang berkata 'Saiful Nang boleh lah dah ada nama' tapi sebenarnya ramai yang tak tahu bila kami ingin mula berkecimpung dalam arena Youtube -- kami perlu mula BINA NAMA DARI ZERO.
2. JANGAN BUAT CONTENT ROJAK
Sekejap buat video kereta, lepas tu buat video masak-masak, dah boring dan kering idea buat pula video DIY. Bukan tak boleh, tapi followers yg subscribe channel kita sebab video kereta akan lari bila tiba-tiba channel kita buat video masak-masak.
Jangan buat subscribers kita pening. Lebih baik kita fokus kepada 1 jenis content dan bina komuniti sendiri. YT juga susah untuk buat kerja algorithm mereka bila kita buat video content rojak. Kami sendiri belajar dari kesilapan yang terdahulu.
3. PENGGUNAAN KEYWORD DAN SEO
Yang ini SANGAT SANGAT PENTING. Dari keyword dan SEO yg kita letakkan inilah video kita akan lebih banyak 'appear' di bahagian recommended/suggestion video. Lagi tinggi peluang kita untuk dapatkan views yang tinggi.
Yg ini lebih teknikal tapi tak susah pun nak faham. Nak belajar boleh masuk kelas Youtube, kami terangkan satu per satu dalam kelas (rakaman). Kelas buat video dan edit pun ada juga kami ajarkan Live guna henfon hari Sabtu ni. Ambil pakej Youtuber RM100 je utk ketiga-tiga kelas ni.
3 tu dulu lah tips yang kami kongsikan dulu. Praktikkan yang tiga tu dulu dan tengok hasilnya.
Semoga bermanfaat.
Nak belajar dengan kami pun boleh, online jer belajar dari rumah masing-masing.
SABTU | 19 MAC 2022 | |
9.00am - 12.00pm | Smartphone Video Shooting |
2.00pm - 5.00pm | Smartphone Video Editing |
Nak JIMAT, boleh daftar PAKEJ YOUTUBER, boleh dapat sertai Kelas (Rakaman) Bina YouTube Income Tinggi bernilai RM50 secara PERCUMA. Boleh klik di bawah ni untuk masuk kelas.