Saiful Nang Rakam Masak Nasi Briyani Johor Guna Henfon Dapat 206,000 Views Di Youtube

Kalau ada yang belum tengok video apa yang kami maksudkan, boleh tengok video kat bawah ni dulu. Video ini ialah dari channel Youtube kami sendiri, RareTV. Kalau belum subscribe, boleh subscribe okay, percuma jer. 

Video simple begini pun boleh dapat sehingga 206,000 tontonan sepanjang kami upload di Youtube. Senang jer nak hasilkan video begini jika kita tahu bagaimana. Ini kami kongsikan tips penting yang kami sering praktikkan bila nak shoot video masak-masak seperti ini:

1. RANCANG APA YANG INGIN DI MASAK

Bila tahu apa yang ingin di masak, kita dah boleh pre-visualised dalam kepala kita bagaimana end result video kita. Dari situ, kita dah boleh plan angle dan shot yang ingin kita buat SEMASA shooting. Sebab itu penting juga untuk kita tahu apa tujuan asal kita nak buat video itu.

Nak buat review? 
Nak jual produk makanan kita?
Nak jadikan sebagai video content di page?

Bila dah kenal pasti tujuan kita buat video, barulah proses dan flow shooting akan menjadi lebih mudah. 

2. SEDIAKAN PERALATAN DAN BAHAN MASAKAN TERLEBIH DAHULU

Susun siap-siap bahan masakan yang akan kita gunakan dalam masakan nanti. Kenapa kena susun? Sebab lebih mudah untuk kita bercerita dengan penonton nanti. Tak ada lah tengah-tengah masak tiba-tiba ada bahan tak ready - akan jadi kacau lah proses shooting kita nanti. Dan yang kedua, lebih mudah untuk penonton faham kerana flow video kita yang lebih jelas. 

3. KUKU 

Nampak remeh, tapi sangat crucial! Nak buat video makanan dan masakan, pastikan kuku kita pendek dan bersih. Sebab nak shoot video masak-masak ni, memang kita akan banyak gunakan close up shot jadi anggota yang akan sering appear di screen ialah kuku dan jari kita. Bayangkan kalau kita tengok video masak tapi yang tukang masaknya kuku panjang dan ada kotoran di celah-celah kuku tu. Penonton yang tengok pun jadi tak berselera. Sila-silap boleh muntah hijau. Kalau kita berniaga makanan, ini satu kesilapan besar tau. Silap-silap orang viralkan video kita dan kena kecam. 

4. JANGAN HASILKAN VIDEO YANG TERLALU PANJANG

Kita faham proses nak masak/baking memang memerlukan masa yang panjang, TAPI jangan sampai semua step dan proses yang kecil-kecil kita nak masukkan dalam video kita. Contoh mudah, jika nak hiris bawang 10 biji; tak perlulah ditunjukkan semua proses hirisan 10 biji itu. Tunjuk kita hiris 1 biji pun dah cukup. Penonton faham. Video masak-masak ni seeloknya dalam lingkungan 20 hingga 30 minit sahaja dah cukup. Lebih dari tu, penonton akan merasa cepat bosan. 


4 tu dulu lah yang kami nak kongsikan hari ini. Mudah je sebenarnya nak hasilkan video begini, yang penting kena master teknik dalam food videography. Macam dalam video Nasi Briyani Johor ini pun, Saiful Nang rakam guna henfon jer. Kami pasti usahawan makanan dan yang berminat nak jadi content creator pun boleh hasilkan video sebegitu juga. Sebab dah senang sangat, guna apa yang ada di tangan jer. Tak perlu ada camera, tak perlu ada lighting equipment yang mahal, tak perlu props extravaganza. 

Paling penting, ada minat nak belajar dan nak upgrade skill terutama untuk usahawan makanan. Yelah dengan keadaan sekarang ni, marketing kita akan banyak tertumpu di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Jadi nak tak nak, kita kenalah pastikan marketing material kita (gambar dan video) PADU barulah boleh mendatangkan jualan berlipat kali ganda. Kami pun boleh ajarkan cara dan teknik terbaik nak hasilkan video makanan yang menggiurkan. Kami ajar nanti shoot dan edit guna henfon je. Tak kisah guna henfon brand apa, semua boleh join. Boleh klik "ADD SELECTED TO CART" di bawah untuk daftar.

Kelas terdekat pada hujung minggu ini (14 & 15 Ogos 2021), dan kita beri sekali PERCUMA kelas Youtube Income Tinggi (rakaman) dan kelas belajar buat thumbnail video. Kelas Youtube tu kami ajarkan bagaimana nak cara nak naikkan views dan subscriber di Youtube. Memang best ilmu yang kami kongsikan dalam kelas tu.. Jangan terlepas ya! 


Related Posts

Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
Read More

Filter
Saiful Nang Rakam Masak Nasi Briyani Johor Guna Smartphone Dapat 141 Ribu Tontonan Di Youtube - Saiful Nang Academy
Saiful Nang Rakam Masak Nasi Briyani Johor Guna Smartphone Dapat 141 Ribu Tontonan Di Youtube - Saiful Nang Academy