Video Panggang Kambing Rakam Guna Smartphone Dapat 360 Ribu Tontonan Di Youtube

Taknak cakap panjang, tengok dulu video ni.

 

Video panggang kambing tepi kolam ni dapat 360,000 views sepanjang ditayangkan. Bayangkan bagaimana powerful video content ini yang cuma di rakamkan menggunakan smartphone.

Dah tengok video kat atas tu? Jadi apa yang menyebabkan video ini mendapat tontonan yang tinggi? Kami kongsikan beberapa faktornya di bawah ni:

1- Transition yang menarik dan berbeza-beza

Transition tu ialah pertukaran dari satu clip ke clip yang lain. Editor tidak menggunakan transition yang sama malah menggunakan teknik transition yang berbeza-beza mengikut 'mood' video. 

2- Camera angle dan shot yang pelbagai

Video sepanjang 15 minit ini menggunakan pelbagai shot yang menarik. Ada close up shot, super close up shot, eye level shot, ada wide angle dll. Penggunaan angle yang berbeza ini memberi impak yang tinggi kepada video content kita. Video tak boring dan tak 'flat'. 

3- Storyline yang kemas

Mereka dah tahu apa yang mereka nak shoot. Preparation dah dibuat sehari (or berhari-hari) sebelumnya. Dari prep kambing sehingga ke lokasi masak semuanya sudah di rancang terlebih dahulu. Jalan penceritaan dan perkongsian resepi juga mudah difahami. Di sini, editing skill penting untuk memastikan jalan cerita kita sampai kepada penonton.  

4- Audio yang jelas

Bila shoot outdoor, antara perkara yang penting untuk diberi perhatian ialah audio. Bunyi angin, bunyi kenderaan, bunyi persekitaran sekeliling perlu dikurangkan semaksima mungkin supaya audio utama jelas kedengaran. Perkara yang menjengkelkan bila tonton video tapi suaranya kurang jelas dan tenggelam timbul. Jika kita baru nak bermula buat video, boleh sahaja guna earphone yang dapat sekali masa beli phone, atau kalau ada budget extra boleh beli wireless microphone. Dalam kelas kami akan kongsikan jenis microphone yang sesuai untuk dibeli mengikut bajet.

5- Tak nampak scripted

Sepanjang video ini vibe nya santai sahaja. Tak nampak scripted. Bila video yang nampak terlalu scripted ni orang tak minat sangat nak tengok, sebab rasa macam tengok Berita Utama jam 8 malam. Kebanyakan orang layan Youtube sebab nak tengok content yang santai dan menarik.

6- Idea lain dari yang lain

Nak secara serius berkecimpung buat video di Youtube ni, perlu kreatif keluarkan idea. Jika kita ada team, brainstorm sama-sama untuk keluarkan idea content yang rare, lain daripada yang lain. Sebelum tu, kita kena kenal pasti dulu niche video content kita. Kita nak channel Youtube kita ni dikenali sebagai apa? 

Fitness channel? 
Food channel?
Travelog channel?
DIY channel? 

Dah tahu kita nak fokus kepada video content yang bagaimana baru lah boleh proceed dengan idea dan penghasilan video. Jelas?  

 

Usahawan dan content creator dah dapat guideline dan idea bagaimana nak hasilkan video content? Tak semestinya untuk upload di Youtube sahaja, nak upload di Facebook pun boleh. Kat Facebook sekarang pun kita dah boleh monetize video-video kita.

Nak berniaga sekarang ni terutamanya makanan, visual WAJIB GEMPAK. Sebab dari visual (gambar dan video) tu lah yang buatkan orang terpengaruh nak beli produk makanan kita. Bayangkan kita jual chocoball yang tengah hot sekarang, lepas tu kita buat video chocoball. Dari proses unboxing, bunyi gaulan choco ball yang crunchy, dengan lelehan coklat yang menggiurkan. Fuh confirm orang yang tengok tu terliur. Video tu kita ads kan pula jadinya video kita yang power tu lalu di timeline orang setiap hari. Nak tak nak, orang pun jadi tertanya-tanya dan akhirnya membeli. 

Nampak tak dari penguasaan video marketing, kita boleh naikkan jualan kita 10 kali ganda. Semua orang pun boleh shoot dan edit sendiri video dan upload di media sosial. Tak ada camera pun tak apa, guna henfon pun boleh. Kalau tak pandai cara nak ambil gambar dan buat video makanan, kami boleh ajarkan bagaimana nak hasilkan video makanan yang menggiurkan. Semua tips dan teknik food videografi akan kami kongsikan dalam kelas nanti. Klik je "ADD SELECTED TO CART" dan boleh terus mendaftar. 

Kelas terdekat ialah pada hujung minggu ni 14 & 15 Ogos 2021 (Sabtu & Ahad) ni.. Tak perlu sediakan apa-apa yang extra, cuma perlu sediakan smartphone dan buku nota sahaja.. Pelaburan yang sangat berbaloi -- belajar sekali, tapi ilmu yang sama boleh digunakan untuk menaikkan jualan bisnes kita.


Related Posts

Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
Read More
6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
Kalau dulu nak edit video kena ada komputer atau laptop yang high performance tapi gajet begini mahal pula harganya. ...
Read More

Filter
Video Panggang Kambing Rakam Guna Smartphone Dapat 340 Ribu Tontonan Di Youtube - Saiful Nang Academy
Video Panggang Kambing Rakam Guna Smartphone Dapat 340 Ribu Tontonan Di Youtube - Saiful Nang Academy