6 Tips Khusus Untuk Youtuber Yang Baru Nak Bermula Buat Content

Bercadang nak upload video di Youtube? Tak tak tahu apa ‘pantang larang’ atau pun guidelines sebelum nak bermula? Atau pun dah ada Youtube channel tapi tak tahu mana nak mula? Jangan risau, kali ini kami kongsikan beberapa panduan untuk semua content creator bagaimana nak grow Youtube channel kita dan improve kan skills untuk hasil yang lebih baik. Boleh scroll gambar dan baca caption setiap point. 

1. CONSISTENT BUAT CONTENT 


Nak jadi Youtuber yang berjaya?

Perlu consistent. Be active.

Buat jadual kita sendiri berapa banyak video yang kita nak up dalam masa seminggu, sebulan. Jangan lah post 1 video dlm masa 2 bulan, memang sendu la channel kita nanti. Subscribers pun tak naik. Kena tahu satu perkara, orang subscribe channel kita sebab video kita. Kalau kita stop upload video, kenapa dia nak kena follow Youtube channel kita?

Seeloknya set kan setiap hari apa kita nak upload video baru. Baru lah subcribers kita boleh tahu dan tunggu. Nak set as premiere pun boleh. Yang penting, apa-apa schedule yg kita buat, kita mesti deliver. Kalau dah janji nak upload video hari Isnin contohnya, tapi video nya tak ada - penonton akan hilang kepercayaan kat kita.

2. CHECK AVAILABILITY NAMA YOUTUBE CHANNEL


Bagi yang belum ada Youtube channel lagi, fikirkan satu nama yang catchy, memorable dan perfect. Kebanyakan Youtuber buat silap di sini. Ambil sedikit masa untuk fikirkan nama yang menarik dan boleh diguna pakai di platform yang lain. Contohnya:

Youtube channel: RareTV
Facebook: Rarecation
Instagram: @rarecation

Bila kita sediakan platform yg lain, penonton yg menonton video kita juga boleh tag social media kita. Itu juga boleh dijadikan sbg free marketing utk channel kita.

Selain tu, boleh juga search nama yang available di Namechekr untuk verify username yg ada di kebanyakan platform.

3. PENGGUNAAN SEO YOUTUBE



Bagi yang tak aware, in order untuk video kita ditonton oleh ramai orang, video kita mesti rank well di Youtube.

Sebab tu, kita mesti properly optimise setiap video yang kita upload di channel. Macam mana nak optimise video kita ni?

Right keywords.

Gunakan keyword kita di dalam tajuk, tags, dan description.

The best keyword ialah keyword yang ada great demand dan low competition kerana ianya lebih mudah untuk di rank dan dicari.

Ingat ya, fakta menunjukkan 500 jam video di upload ke Youtube setiap minit. Ini bersamaan dengan anggaran 3000 video. Kita kena pandai main dengan SEO kalau taknak jauh kebelakang. Nak belajar boleh klik sahaja di gambar ini.

 

Dalam kelas Youtube Income Tinggi ada kami kongsikan bagaimana cara nak baca analisa Youtube, penggunaan keywords dan SEO yang betul untuk mendapatkan views yang tinggi dan strategi pembinaan video content. 

4. GUNA THUMBNAIL VIDEO YANG POWER


Contoh thumbnail video di Youtube channel kami, RareTV.

Thumbnail yang powerful ialah thumbnail yang berupaya menarik penonton untuk klik video kita.

Tips kami, thumbnail yang berkesan ialah thumbnail yang ada gambar orang. Jika dalam video kita ada kita ceritakan mengenai public figure, boleh juga letakkan gambar mereka.

Maklumat tambahan: ada 2 element yang contribute kepada great video-click-through-rate iaitu TITLE dan THUMBNAIL. Kalau dua benda ni tak menarik, memang 100% kami confirm orang takkan click pun video itu.

Kami buat thumbnail video guna apps percuma di smartphone sahaja. Memang memudahkan dan pantas - boleh buat sambil on-the-go. 5 minit boleh siap 1 thumbnail.
5. ORGANISE VIDEO PLAYLIST KITA



Tak ada orang sukakan benda yang bersepah-sepah. Jika di channel kita ada banyak jenis content. Kita boleh susun elok-elok dalam playlist kita. Apa kelebihan kalau kita create playlist ni?

1. Increase your audience retention rate
2. Lebih banyak video dari playlist yg sama akan keluar di bahagian suggestion

6. RESPOND KEPADA REQUEST DAN SOALAN VIEWERS


Jangan malas!! Jangan sombong!

Rajin-rajinkan reply comment di ruangan comment. Hargai mereka yang telah meluangkan masa menonton video kita dan tinggalkan komen.

Jika ada yg request untuk kita cover certain topic, kita cuba tunaikan apa yang mereka inginkan.

Jika mereka beri kritikan membina, ucapkan terima kasih. Kerana kritikan inilah yang akan membuatkan video kita bertambah baik.

Bila jumpa komen-komen yang tak best untuk kita, jangan ambil hati pula. Viewers comments are the most valueable source of content ideas. Ingat tu..

 

Guidelines dah beri, sekarang dah tiba masa untuk buat video pula. Nak buat video ada teknik-teknik nya. Angle dan shots camera, composition, lighting, audio. Nak edit pun kena pandai juga. Kalau tak, takkan lah kita nak upload video yang raw jer kat Youtube kan, tak menarik la video kita nanti.

Bagi yang tak ada full equipment, jangan risau. Sekarang ni gunakan smartphone pun dah boleh shoot, edit dan upload video di Youtube. Memang mudah dengan teknologi yang ada ni. Kalau tak reti juga, kami boleh ajarkan secara online. Yang mengajarnya pun Youtuber juga dari Youtube channel RareTV.

Shoot video guna henfon
Edit video guna henfon

Boleh baca info dan maklumat lanjut berkenaan dengan kelas di bawah ni. Klik "ADD SELECTED TO CART" untuk grab terus harga pakej. Boleh jimat sehingga RM90!


Related Posts

Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Jadi cikgu ni, tak kiralah di zaman bila pun, cabarannya memang tetap ada. Zaman Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al...
Read More
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Baru-baru ini Google Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada salah seorang Youtuber tempatan, Syafiq Aiman yang ber...
Read More

Filter
6 Tips Khusus Untuk Youtuber Yang Baru Nak Bermula Buat Content - Saiful Nang Academy
6 Tips Khusus Untuk Youtuber Yang Baru Nak Bermula Buat Content - Saiful Nang Academy