Supercar Blondie: Bekas Penyampai Radio 300 Followers Ke Vlogger 60 JUTA Followers

Golongan kaki kereta dan minat supercar mesti kenal wanita ini; Alex Hirschi atau lebih dikenali dengan nama Supercar Blondie.

Seorang social media influencer dan automative content creator yang berjaya di dunia; mempunyai sejumlah 60 juta followers dari kesemua platform beliau. Facebook Supercar Blondie sahaja sudah mempunyai 39 juta followers, Instagram dalam 9 juta followers, diikuti dengan Youtube channel 6.47 juta dan social media terbaru iaitu Tiktok dalam 5.5 juta followers. 

Bagi yang masih belum siapa pemilik Youtube channel Supercar Blondie ni, boleh tengok video di bawah.

Walaupun beliau sudah menempa nama di dunia penyiaran radio di Dubai, tapi bila baru terjebak sebagai 'video content creator' ni ibaratnya beliau bermula dari zero. Buat video pun tak ada orang tengok. Disebabkan minat yang mendalam, Alex dan suaminya tidak putus asa dan banyak bereksperimen video bagaimana yang penonton suka tengok. 

Untuk trend sekarang ni kalau try buat video yang footage nya terlalu nampak cinematic - orang tak suka tengok. Tapi bila buat video yang ala-ala raw, video begitu yang pergi jauh. Video yang raw ni ibaratnya seperti bila kita nampak perkara / subjek / content yang menarik, kita terus ambil henfon dan rekod. Tak ada editing yang bombastik, dan video yang nampak lebih 'real'. Dari situlah bermulanya followers Supercar Blondie naik menderu-deru. Bila pasangan suami isteri ini dah dapat rentak dalam penghasilan video, mereka teruskan sahaja usaha mereka hasilkan video content setiap hari / minggu selama 3 tahun setengah.  

Sekarang dah mudah nak jadi content creator, guna henfon pun dah boleh buat video menarik dan viral. Video tu juga boleh upload dalam Youtube untuk monetise (jana pendapatan) secara pasif.

Dan sekarang, Supercar Blondie banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta mewah untuk buat review. Best kan! Dapat naik kereta mewah free, dan pada masa yang sama dapat duit. Dapat duit dari sponsorship dan juga dapat duit dari Youtube channel tu sendiri. 

Tips untuk kita istiqamah bila buat video content ni ialah pastikan kita buat content yang kita sendiri minat. Jika minat memancing, buat video content yang related dengan memancing. Jika minat masak, buat video content yang berkaitan dengan masakan. Jika minat seni pertukangan, boleh buat video yang berkaitan. Content ada dimana-mana, tapi pastikan kita pilih bidang content yang betul sebab bila kita buat sesuatu yang kita sendiri minat - kita tak kisah nak keluarkan extra effort untuk hasilkan video yang terbaik dan paling penting, secara konsisten.

Perlu ingat juga yang kejayaan, jumlah tontonan dan subscribers tak akan datang dalam satu malam. Hasilkan video yang consistent pasti akan nampak hasilnya. Supercar Blondie sendiri pun ambil masa 3 tahun setengah untuk establish kan nama dia dalam automative content creator ni. 

Semua orang pun boleh mula buat video - guna jer henfon yang ada kat tangan tu. Lepas tu nak upload terus kat Youtube pun boleh. Jangan tunggu perfect baru nak buat sebab sampai bila-bila pun kita tak akan mula. Mula je dahulu dan sambil itu, kita perbaiki video kita. Practice makes perfect. 

Jom kami ajarkan bagaimana untuk shoot dan edit video hanya dengan gunakan smartphone. Untuk join kelas ni cuma perlu ada smartphone je, tak perlu mic dan lighting equipment. Nak belajar boleh klik terus 'ADD SELECTED TO CART'. Harga 1 kelas RM70, tapi kami nak beri RM100 jer untuk kelas Smartphone Video Shooting dan Editing, dan PERCUMA kelas Youtube Income Tinggi. 

Kelas Youtube tu kita ajar bagaimana nak baca analisis Youtube, penggunaan keyword, SEO dan sebagainya. Memang berbaloi, belajar videography sekali pakej ilmu mengenai Youtube. 


Related Posts

Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Seperti yang sering kami beritahu sebelum ini, semua orang pun boleh jadi Youtuber walaupun kita seorang mekanik! You...
Read More
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Jadi cikgu ni, tak kiralah di zaman bila pun, cabarannya memang tetap ada. Zaman Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al...
Read More

Filter
Supercar Blondie: Bekas Penyampai Radio 300 Followers Ke Vlogger 60 JUTA Followers - Saiful Nang Academy
Supercar Blondie: Bekas Penyampai Radio 300 Followers Ke Vlogger 60 JUTA Followers - Saiful Nang Academy