5 Sebab Cikgu-Cikgu Perlu Belajar Buat Video Untuk PdPR

Zaman dan situasi sekarang dah tak sama macam dulu. Dulu sekolah setiap hari buka, dan cikgu pun tak ada masalah dari segi pengajaran. Tapi sekarang ni, sekolah sekejap buka, sekejap tutup. Kes kejap naik, kejap turun. Kesian buat pelajar yang struggling nak catch up dengan syllabus.  

Jadi sebagai cikgu, tak ada salahnya untuk kita ubah cara pengajaran kita menjadi lebih kreatif. Tujuannya cuma satu, supaya pelajar kita dapat ilmu yang ingin kita sampaikan. Kami kongsikan beberapa sebab mengapa cikgu perlu belajar buat video untuk PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).

1. PELAJAR TIDAK MEMPUNYAI AKSES INTERNET

Perlu di ingat, tak semua pelajar kita mempunyai taraf kehidupan yang sama. Ada yang dari kalangan keluarga yang susah dan ada yang sederhana. Kesian kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet. Bila cikgu boleh hasilkan video pengajaran, cikgu boleh upload video tersebut di dalam sistem sedia ada dan pelajar cuma perlu download sahaja. Jadi video tersebut mereka boleh tonton secara offline. 

Video offline ini juga bagus untuk membantu pelajar yang susah nak catch-up semasa di dalam kelas. Jadi mereka boleh ulang tonton video yang diberikan oleh cikgu sampai faham. Tiada istilah pelajar ketinggalan melainkan pelajar itu malas berusaha. 

2. YOUTUBE - EASY ACCESS 

Ramai sebenarnya cikgu sekolah yang sudah pun membuat video menarik di Youtube. Ada video mata pelajaran Sains, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Teknologi Pendidikan dan banyak lagi. 

Buat video rakam guna smartphone je, edit pun guna smartphone. Tak perlu pening kepala nak kena ada software lah, atau pun nak kena ada laptop. Ini antara video yang Cikgu Romie bercerita mengenai Algebra yang mendapat  100,000 tontonan sepanjang di upload. 

3. PEMBELAJARAN LEBIH INTERAKTIF

Belajar secara online memang tidak dinafikan agak memboringkan. Pelajar perlu duduk depan screen dari pagi hingga ke petang, dari satu subjek ke subjek yang lain.

Tiada social interaction dengan kawan-kawan.
Pelajar lebih mudah rasa rendah diri dan terpencil.
Pelajar lemah dalam communication skill.

Sekurang-kurangnya, bila cikgu hasilkan video yang menarik, secara tak langsung sesi pembelajaran akan jadi lebih interaktif. Cikgu ajar best, pelajar pun berminat nak belajar seperti video contoh di bawah.

4. BOLEH GUNA PELBAGAI JENIS RAKAMAN VIDEO / AUDIO

Ini juga salah satu cara untuk hasilkan video pengajaran yang menarik. Boring juga sebenarnya bila sesi pengajaran online kita tiada unsur humor mahu pun pengajaran material yang menarik. 

5. JANA PENDAPATAN SAMPINGAN 

Sambil-sambil buat content pengajaran untuk pelajar, cikgu juga boleh jana pendapatan sampingan daripada Youtube. Kira sekali jalan lah. Pelajar dapat ilmu, cikgu dapat duit poket.

Syaratnya, cikgu perlu istiqamah lah hasilkan video content yang menarik dan terkini. Untuk cikgu-cikgu, lagi senang sebenarnya nak dapatkan views yang tinggi kerana satu Malaysia menggunakan syllabus yang sama dengan yang kita ajarkan. Maksudnya di sini, video pengajaran kita juga applicable kepada semua pelajar dan cikgu. 

Dengan kes Covid yang tak nampak semakin menurun dalam masa terdekat ini, kita sebagai guru nak tak nak perlu juga adapt dengan situasi ini dan improvise. Tiada apa yang lebih membahagiakan bila pelajar boleh faham apa yang kita ajar dan perform dalam peperiksaan. 

Cikgu-cikgu sekolah dan universiti yang lain pun boleh juga hasilkan video begini guna smartphone jer, yang penting kena tahu teknik rakam video dengan betul dan cara nak edit video dengan mudah guna aplikasi percuma. Jika nak belajar cikgu boleh klik sahaja di gambar ini. Kami ajarkan cara shoot dan edit video guna apa yang ada di tangan sahaja. Daftar pakej kita bagi sekali kelas Youtube Income Tinggi (rakaman) secara PERCUMA. Boleh klik sahaja gambar di bawah untuk register. 


Related Posts

Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Siapa sangka kan, umur baru setahun dah boleh jadi influencer travel. Ini yang terjadi pada seorang bayi bernama Brig...
Read More
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More

Filter
5 Sebab Cikgu-Cikgu Perlu Belajar Buat Video Untuk PdPR - Saiful Nang Academy
5 Sebab Cikgu-Cikgu Perlu Belajar Buat Video Untuk PdPR - Saiful Nang Academy