Bekas Penjawat Awam Cabar Diri Buat Video Hingga Cecah Suku Juta "Views" Di Youtube
Dulu sebelum start channel Youtube, ingatkan senang..haha..payah rupanya. First, dari segi content tu, kena research dulu topik apa yang nak buat. Lepas tu, kena buat script, kalau power, buat point form pun boleh. Biasa saya memang tulis script panjang-panjang sebab tak pandai sangat nak hurai panjang-panjang. Then, dah siap script, kena plan video apa yang kita nak, basically to-do-list of shooting sequence.
Then benda yang paling penting, kena shoot video-video yang kita nak masukkan ke dalam content kita. Take time juga benda ni sebab banyak kali tak jadi. Ha ha ha… Lepas dah shoot, boleh start transfer ke laptop and susun dalam file untuk memudahkan kerja editing later on.
Then, bahagian editing video bab ni memang time consuming especially bagi saya yang tak ada basic editing skills langsung. I have to watch youtube video, tengok kelas video editing dekat skillshare. Saya dari dulu nak belajar buat video editing dan buat mcm vlog/cinematic stuff, but still hmmm… masa tu tak ada kelas lagi.
Kenapa saya start buat video youtube?
1. Sebab dah stuck di comfort zone. Pi kerja balik kerja, aktiviti sama sahaja setiap hari. Kalau ada family pun sama je rutin, tengok youtube, baca buku, makan tido kejenya, dah macam boring asyik aktiviti sama je setiap hari.
2. Tak banyak channel yang perkenalkan content culture kereta di Youtube pada masa tu. Benda yang sama jer orang cuba buat setiap hari, so saya cuba buat content yang boleh beri inspirasi pada orang masa tu. So hasil dari content tu saya pernah dapat offer untuk buat review autoshow di luar negara and dia orang willing to pay.
Haha.. tapi saya tak boleh pi pun sebab masa tu saya kerja sebagai orang gomen. Korang boleh faham kot, kena buat surat kebenaran bagai. Leceh, so terpaksa tolak offer diaorang tu. Join yang mana dekat jer.
3. Saja nak dokumentasi perjalanan hidup masa tu sebagai seorang yang minat dengan scene kereta dan autoshow. Dari seorang yang kerja gomen, part time mekanik, blogger dan seterusnya Youtuber. Rasa best giler masa tu bila ada satu video cecah all time view 276k, walaupun video tu just collection dari gambar dan cuma berdurasi 3 minit.
Kredit: Youtube AR CarLifeZone
Yes, dengan Youtube kita boleh buat duit dan ianya bukan mimpi. Korang bukan sahaja dapat buat duit dari Youtube ads tapi juga dari offer dari orang persorangan, syarikat atau group macam saya pernah dapat. Bayangkan korang boleh buat video Youtube jauh lebih hebat dari saya.
Itu semua cerita 10 tahun lepas, sekarang dah senang, sejak dah kenal dengan orang hebat seperti Haji Saiful Nang dan Haji Syibli Fakih. Mereka mengangkat banyak jenama-jenama seperti Rarecation, Werda, Rare Malaysia, Sarc Menswear dan Dapur Raya.
Kalau korang rasa nak jadi Youtuber yang berjaya macam Alieff Irfan, Syahmi Sazli, Zukiee dan lain- lain tu. Apa kata anda join kelas Youtube dan Smartphone Video Shooting dan Editing Saiful Nang Academy ni. Dengar cerita diaorang tengah buat offer, rugi korang tak amik peluang ni. Boleh klik sahaja gambar di bawah ni okay bila nak mendaftar.
Hasil kreatif: Ami Rizuan