Fotografi Minimalis: Cerita Di Sebalik Gambar

Gambar oleh Oliver Hae

Dalam blog kali ini, kami ingin berkongsi tentang salah satu kategori fotografi yang agak popular bagi penggemar smartphone photography. Kategori ini dipanggil fotografi minimalis. Sebelum itu, biar kami terangkan definisi bagi kategori ini.

Definisi

Fotografi minimalis adalah satu bentuk fotografi dengan konsep kesederhanaan yang ekstrem atau ringkas. Perkataan minimalis itu sendiri berasal daripada bahasa inggeris “minimalist” atau “minimal” yang bermaksud ringkas dan minima. Konsep ini menekankan dan memberi tumpuan kepada bilangan objek yang sedikit dalam satu gambar. Kebanyakan gambar minimalis menitik beratkan komposisi asas, warna yang kontras serta garisan dan bentuk yang ketara.

Ciri Penting Minimalis

Bagi menghasilkan foto minimalis yang bagus, anda perlu faham beberapa ciri atau elemen penting sebelum mula mengambil gambar. Apabila anda sudah faham dan mahir mengaplikasikan ciri-ciri ini, anda akan mampu menyampaikan mesej atau pun cerita di sebalik foto anda. Berikut adalah 6 elemen penting fotografi minimalis.

 

Gambar oleh Parrish Freeman

  1. Kesederhanaan (Simplicity)

Cuba cari komposisi dengan bilangan objek yang sederhana untuk hasilkan foto yang nampak ringkas. Penghasilan foto yang ringkas tidak semestinya membosankan. Sebaliknya, ia mampu melatih anda untuk berfikir dan melihat persekitaran dengan lebih kreatif. Hasilnya, anda akan dapat foto yang menarik perhatian, walaupun dengan bilangan objek yang terhad.

 

Gambar oleh Emilio Garcia

  1. Ruang negatif (Negative space)

Ruang negatif di sini bermaksud ruang kosong yang ada dalam gambar. Elemen ini sangat penting supaya mata audiens dapat melihat bebas dan secara semula jadi memberi ruang untuk mata berehat. Kadangkala, gambar yang terlalu banyak objek boleh membuatkan kita rasa rimas dan serabut. Sedikit tekstur seperti kabus, awan dan laut juga dikira sebagai ruang negatif.

 

  1. Komposisi

Komposisi adalah perkara utama dalam penghasilan foto minimalis. Jika anda meletakkan subjek pada posisi yang betul, anda mampu membuatkan ia nampak menyerlah sekali gus menarik perhatian audiens untuk melihat ke arah subjek. Tetapi, untuk dapatkan komposisi yang bagus, anda perlu bereksperimen beberapa kali sehingga berjaya. Teknik seperti rule of thirds atau leading line juga mungkin membantu.

 

Gambar oleh Rod Long

  1. Isolasi

Isolasi membawa maksud pengasingan atau pemisahan. Kebanyakan foto minimalis yang kita lihat, kebiasaannya menzahirkan perasaan keseorangan atau sunyi sepi. Hal ini kerana jurugambar sengaja mengasingkan subjek daripada objek-objek lain yang tidak berkenaan. Dengan membuang segala objek yang tidak relevan, audiens akan rasa lebih dekat dengan subjek tersebut. Perkara ini penting bagi menyampaikan mesej tertentu kepada audiens.

 

  1. Warna

Selain menggunakan warna hitam putih, warna terang dan kontras juga adalah pilihan yang sesuai untuk foto minimalis. Cara yang paling mudah, gunakan warna komplementari (rujuk colour wheel) untuk jadikan subjek nampak lebih timbul dan menyerlah. Salah satu cara lagi, hadkan kepada 2 warna sahaja dalam satu gambar. Cara ini mudah untuk menumpukan mata audiens ke arah subjek.

 

Gambar oleh Moren Hsu

  1. Garisan dan bentuk

Teknik leading lines akan mendorong mata audiens melihat dari satu titik ke titik yang lain. Teknik ini juga mampu melahirkan rasa pengasingan, pemisahan dan jarak dalam diri audiens. Dalam masa yang sama, bentuk juga membantu foto anda kelihatan abstrak, penuh dengan mesej tertentu. Cuba aplikasikannya dengan teknik pengulangan (repetition), simetri atau geometri untuk menarik perhatian. Bayang-bayang yang jelas juga boleh menghasilkan bentuk unik.

 

Mengapa Minimalis?

Minimalis adalah salah satu kategori yang memberi impak dalam menyampaikan mesej. Jika anda mahu hasilkan gambar yang membuatkan audiens tenung dan berfikir seketika, genre minimalis adalah pilihan yang sesuai. Disebabkan ciri kesederhanaan yang ada padanya, mesej yang cuba disampaikan dapat ditafsir dengan mudah. Walau bagaimanapun, tafsiran tersebut mungkin berbeza bagi setiap individu. Selain itu, gambar minimalis juga berpotensi membuatkan orang teruja untuk tenung lebih lama berbanding gambar yang lain.

Seperti pepatah inggeris yang berbunyi “less is more”. Jadi, mengapa tidak cuba sendiri dan ekspresikan kreativiti anda? Semoga bermanfaat!

Bagi anda yang ingin mempelajari teknik fotografi menggunakan smartphone, boleh sahaja daftar ke kelas smartphone photography bersama kami. Hanya klik ADD SELESTED TO CART di bawah.


Related Posts

Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone
Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone
Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Nak makan, order. Nak masuk kelas, daftar sahaja online. Nak ambil gambar, gu...
Read More
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
Satu yang menyeronokkan bila dapat berguru secara berdepan / bersemuka, kita boleh tanya terus soalan-soalan dekat Ci...
Read More
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More

Filter
Fotografi Minimalis: Cerita Di Sebalik Gambar
Fotografi Minimalis: Cerita Di Sebalik Gambar