5 Tips Komposisi Untuk Ambil Gambar Landscape Dengan Cantik Guna Smartphone

Sebenarnya shooting landscape ni ialah salah satu cara yang terbaik untuk latih composition skill kita. Keberadaan subjek yang tidak bergerak membolehkan kita jadi lebih kreatif dalam menghasilkan shot-shot yang menarik. 

Kali ini, kami kongsikan pula 6 tips komposisi yang boleh dipraktikkan bila kita nak ambil gambar landscape nanti. Semua jenis komposisi ini boleh digunakan tidak kira kita shot guna kamera mahupun smartphone. 

 1. RULES OF THIRD

Ini yang biasa kita dengar - rules of third. Komposisi ini dikira sebagai asas untuk kita ambil gambar, bukan sekadar gambar landscape sahaja. Sekarang ni hampir semua smartphone dah ada fungsi grid line (kalau tak ada, perlu semak di setting camera masing-masing). Fungsi grid line ni ialah untuk membantu kita menghasilkan gambar yang mempunyai rules of third dengan baik. 

2. GUNAKAN TUMBUHAN/POKOK ATAU ARCHITECTURE SEBAGAI FRAMING

Framing antara komposisi yang baik untuk kita letakkan di dalam gambar. Gunakan subjek yang ada untuk kita tonjolkan pemandangan dengan lebih menarik. Jika kita shoot nature, gunakan dedaunan yang ada. Position kan pokok dan tumbuh-tumbuhan sehingga menghasilkan framing yang kita kehendaki. Begitu juga jika kita shoot architecture. 

 

3. GUNAKAN POINT OF INTEREST DI FOREGROUND

Tips ini boleh dipraktikkan bila kita shoot nature dan juga cityscape.  Gunakan subject yang ada di bahagian foreground gambar sebagai point of interest. Contohnya, tumbuhan yang menimbun, atau atap rumah-rumah yang kelihatan kecil di foreground itu. Element ini berupaya memberikan 'depth' kepada gambar tersebut. 

4. HASILKAN VANISHING POINT 

Vanishing point ni pula ialah leading line yang bertemu dan hilang di dalam gambar. Lihat foto untuk lebih faham. Fungsi kita gunakan komposisi ini ialah untuk menjadikan objek lebih kecil dan mencipta lebih dimensi. Dalam landscape photography, vanishing point ni boleh beri effect yang lebih dramatic dan menarik perhatian penonton. 

5. REFLECTION

Reflection ni ialah pantulan dari tasik, laut, sungai, lopak air, cermin mahupun glass. Tips nak dapatkan gambar relfection yang cantik ialah air kena tenang, tak boleh beralun-alun atau pun berombak. Pastikan gambar yang ada air meliputi 1-2 pertiga gambar. 

 

 
Semua gambar-gambar ini kalau perasan dalam Malaysia sahaja, tapi dengan ilmu dan teknik yang betul kita pun boleh belajar hasilkan gambar-gambar sebegini. Kami ajar shoot guna smartphone sahaja, jadi yang tak ada camera DSLR atau Mirrorless pun masih boleh belajar, jangan risau. Kami boleh ajarkan sekali apps apa yang boleh kita download untuk bantu kita ambil gambar landscape dengan lebih baik, dan bagaimana teknik editing yang betul untuk gambar kategori ini.

Kelas 3 jam sahaja dan kalau tak sempat join semasa Live pun tak apa, boleh tonton video rakaman berulang kali sampai faham. Boleh klik sahaja di gambar bawah ini untuk masuk kelas ya. Sekarang pun kami tengah ada promo daftar 3 kelas cuma RM 150 sahaja berbanding harga asal RM 210. Kelas yang terlibat pula ialah kelas Smartphone Landscape Photography, Smartphone Photography dan Smartphone Photo Editing. 

 


Related Posts

5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Ibnu al-Haytham, Orang Pertama Yang Menemukan Konsep Fotografi
Pada hari ini, dunia fotografi telah berkembang pesat dengan teknologi moden dan canggih. Manusia berjaya memahami ko...
Read More

Filter
5 Tips Komposisi Untuk Ambil Gambar Landscape Dengan Cantik Guna Smartphone - Saiful Nang Academy
5 Tips Komposisi Untuk Ambil Gambar Landscape Dengan Cantik Guna Smartphone - Saiful Nang Academy